Cara Memilih Produk Mengikut Margin dan ROAS

roas calculating

Share This Post

Share on facebook
Share on linkedin
Share on twitter
Share on email

Ada yang bagitahu walau besar mana Return Of Ads Spend (ROAS), tapi untung kecik tetap tak ada guna buat jualan. Cara nak tahu berbaloi atau tak, saya cadangkan set kan minima ROAS mengikut margin produk.
Utk produk margin RM40 dan keatas – Boleh set ROAS minima 4..
Untuk produk margin RM100 keatas. – Boleh set ROAS minima 3.

Kalaulah di ads manager boleh kira terus berapa untung, senang lah kita nak baca kan. Tapi kebanyakan parameter di Facebook bagi data yang kita boleh baca iaitu: Link Click, Landing Page View, Content View, Add to Cart, Initiate Checkout, Purchase, dan ROAS. Ni semua parameter basic if kita jalankan conversion ads. Sungguhpun parameters tu tak ada data keuntungan, kita kena pandai buat anggaran. Saya bagi contoh mudah, agar tak perlu susah susah nak kira manual, kalau kita run ecomm, nak tahu dia make profit atau tak, caranya begini:

Katakan Produk RM60
Margin Dropship kita dapat RM40 seunit.
Tolak postage & freegift kita dapat Margin RM30.

Untuk jualan produk 1 unit dengan spend RM100 sehari.
Target ROAS kita adalah 4, jadi target jualan semestinya RM400
Spend RM100, sales RM400

Katakan RM400 tu semua terjual utk pakej 1 unit..
RM400/RM60
~ 7 unit sehari.

Daripada 7 unit ini, kita dapat total margin adalah
RM30 x 7 = RM210.

Dari total margin diatas ni belum tolak kos ads. Jadi selepas tolak kos ads RM100, baru kita tahu untung kita dapat atau komisyen sebenar kita dapat adalah RM110. Kesimpulannya: tiap kos ads dilaburkan RM100, kita dapat bersih RM110.

1 Ada yang berpendapat, kos ads RM100, mesti dapat untung bersih 3 kali ganda iaitu RM300.
2. Ada yang berlapang dada, iaitu kos ads RM100, dapat 2 kali ganda pun okay lah iaitu RM200.
3. Ada yang tahap asalkan ada untung iaitu, kos ads RM100, dapat bersih RM100.
Yang kes ketiga ni selalu berlaku. Sebab tu, setiap kali dalam memilih produk untuk dijual saya set untuk dapat margin yang betul sekurang-kurangnya ROAS 4. Semakin tinggi ROAS, semakin besar lah untuk kita. Tapi ada cara lain untuk tingkatkan ROAS iaitu jual secara berpakej. Setkan ada pakej trial, Pakej biasa dan Pakej mahal.

Jadi bila kita nak pilih produk untuk dijual, boleh kira anggaran dari segi: Margin kita dapat vs Harga produk.. Dan berapa target ROAS yang mungkin boleh dapat.
Disini kita dah boleh buat keputusan, samada nak jual or tak..*Bergantung juga dengan produk tersebut kat market laju or perlahan. Bila dah dapat estimate berapa untung kita nak, dari situlah kita boleh set budget ads nak spend, dan mesti capai KPI ROAS sekian, sebab nak untung berapa.

Nasihat saya buat kira-kira dulu, Kita tak boleh terus menjual. Sebab boleh jadi kos ads tak berbaloi dgn sales. Kos ads tak berbaloi dgn keuntungan.

Bila nak up bajet? Jawapannya bila ROAS kita lebih dari KPI kita dah tetapkan. Masa tu, boleh kira dah jumpa tune baik dari segi Ayat iklan, Gambar dan Targeting. Masa ni kita boleh scale besar terus, ramai nak scale besar tapi tak dapat baca data. Akhirnya nak lepas KPI pertama iaitu purchase pun susah. Nak test KPI pertama iaitu purchase, kenalah run ads ada purchase dulu. Dari situ, kita dapat baca secara anggaran, sebab kita dah dapat baca data awal iaitu: Cost per purchase, ROAS, dll

close

Leave a Reply

Subscribe To Our Newsletter

Get updates and learn from the best, Free Powerpoint Template worth $300.. Get Here!

More To Explore

5 Kepentingan Bisnes Plan
Artikel

5 Kepentingan Bisnes Plan

Bisnes plan adalah seperti peta jalan; boleh melakukan perjalanan tanpa satu, tetapi hanya akan meningkatkan kemungkinan tersesat di sepanjang jalan. Daripada meletakkan diri anda pada kedudukan di mana anda mungkin

Artikel

3 Tips Kembangkan Perniagaan

Berikut adalah 3 perkara penting yang anda perlu dapatkan, amalkan terhadap diri sendiri jika mahu kembangkan perniagaan menjadi lebih maju. 1. Kembalikan aura hebat anda  Berusaha untuk kembali bertenaga. Juga

Sponsored

Case study Setup Messenger Ads dengan Chatbot Mudah

chatbot
Share on facebook
Share on google
Share on twitter
Share on linkedin
Share on facebook
Share on google
Share on twitter
Share on linkedin
Scroll to Top