Cara Masukkan Sarikata (Subtitle) Ke Dalam Video Di Facebook

Share This Post

Share on facebook
Share on linkedin
Share on twitter
Share on email

Mungkin ramai lagi yang belum tahu bahawa Facebook beri fungsi masukkan sarikata (subtitle) kedalam video yang diupload. Disini saya ingin kongsikan cara masukkan sarikata dan ianya sangat mudah. Ada yang bertanya, “saya dah edit video untuk iklan tapi nak masukkan subtitle tu susah la nak kena edit dan trim dengan betul mengikut masa”. Ya, kalau nak edit subtitle kedalam video memang akan makan masa, jadi berterima kasih dan bagi kredit pada mereka yang letak subtitle pada movie yang kita tonton selama ini. Kenapa subtitle ni penting? sebab beberapa situasi:

  • Kualiti audio bagi video itu sendiri tak berapa jelas atau ada gangguan bunyi-bunyi lain.
  • Ada pengguna yang tak boleh menggunakan speaker yang kuat mungkin di pejabat atau tempat awam.
  • Untuk pengguna yang mempunyai masalah pendengaran.
  • Penggunaan bahasa yang berlainan, contoh video dalam English atau ada loghat negeri tetapi video itu kita nak semua orang faham.

Apa yang penting, kita nak apa yang kita cuba sampaikan dalam video itu, semua orang boleh faham. Dan salah satu kebaikan tersembunyi mengenai sarikata ini ialah SEO, dengan adanya sarikata dan keterangan pada video, sistem SEO boleh kesan dan jelas mengenai apa video itu dan memudahkan pencarian pengguna lain.
Ada channel Youtube dan nak naikkan SEO Video di Youtube? Baca disini.

Ikut Cara Masukkan Sarikata Ini

Pilih post video yang nak dimasukkan sarikata. Video ini mestilah sudah diupload di wall Facebook anda, klik pada 3 titik di bucu kanan post (rujuk gambar dibawah) dan klik Edit Post

cara masukkan sarikata (subtitle)

Pilih bahagian Subtitle and Caption (CC). Seterusnya pilih bahasa yang digunakan dalam video, pilih peratus bahasa yang tertinggi. Dan klik Auto Generate, tunggu sehingga siap dan klik pada simbol edit untuk semak dan baiki bahagian-bahagian yang salah.

cara masukkan sarikata (subtitle)

Dibahagian edit akan keluar beberapa panel yang kena ambil tahu (Rujuk gambar dibawah).
1. Panel sebelah kiri untuk preview dan timing, kita boleh tarik timing supaya sama dengan sarikata. atau
2. Panel sebelah kanan adalah untuk edit sarikata. Kita boleh klik sahaja untuk ubah perkataan, masa mula, masa tamat dan juga pangkah untuk buang sarikata.
Bila dah siap, klik Save Draft.

cara masukkan sarikata (subtitle)

Dah siap, klik Save. Mudah kan nak masukkan sarikata. Dah tak perlu guna software-software yang rumit semata nak masukkan sarikata. Jadi video-video yang diupload selepas ini dah mudah untuk difahami oleh sasaran penonton.

close

Leave a Reply

Subscribe To Our Newsletter

Get updates and learn from the best, Free Powerpoint Template worth $300.. Get Here!

More To Explore

design grafik

7 Perbezaan Antara Photoshop dan Illustrator

Masih pening nak pilih software editing yang tepat? Adobe Photoshop atau Adobe Illustrator. Kedua-dua software ini mempunyai tools dan command yang hampir sama, namun interface dan kegunaan bagi setiap tools

website ecommerce - lernify
Tips Menarik

9 Perkara Penting Untuk Website Ecommerce Yang Bagus

Nak buat website ecommerce? Ada banyak platform, ada yang berbayar, ada percuma dgn fungsi terhad, ada yang free terus.. tapi kena pasang kat hosting sendiri.. Boleh survey, ..bigcartel..shopify..easystore..bigcommerce..shoppegram Cuma, Shopeegram

Sponsored

Case study Setup Messenger Ads dengan Chatbot Mudah

chatbot
Share on facebook
Share on google
Share on twitter
Share on linkedin
Share on facebook
Share on google
Share on twitter
Share on linkedin
Scroll to Top