Cara Kira Data Ads Manager Secara Manual

Bila jalankan iklan guna sistem Leads & Team sales. Tapi sangkut tak tahu baca data kat ads manager, sebab data adakala tak tepat. jadi boleh kira secara manual. Post kali ni adalah cara kira data Ads Manager secara manual.

Kira Data Harian

Ni nak tahu perkembangan jualan harian, sebab kita spend ads hari-hari..Mengikut Malaysia, GMT +8.00, ads akan restart budget pukul 12 tgh malam nanti. So bila anda set daily budget dia akan restart ikut masa tau. Saya recommend anda baca data pukul 9 malam – 11.59 malam. Sebab Daily budget akan tukar ikut pertukaran hari. Namun, ada juga beberapa ads tersalah set GMT, kena lah ubah ikut masa Malaysia.. Ini data harini kena rekod:

  • Berapa spend sehari?.
  • Leads masuk berapa harini?.
  • Leads Close Sales harini?.
  • Total sales harini?

Kira Data (7 Hari)

Ni kita ambil data ni sebab nak baca cost per result average. Kenapa penting baca data average ni? Sebab disini lah kita nak buat keputusan Scale up Ads, atau stop ads..Seperti yang kita tahu, nak baca data yang stabil boleh baca data average.

  • Berapa spend 7 hari lepas?.
  • Leads masuk berapa 7 hari?.
  • Close sales berapa 7 hari?.
  • Total sales berapa 7 hari?

Kira Kos Per Unit Average (7 Hari)

Disini la decision untuk kita stay on ads, off ads, optimize mahupun scale up. Selalunya kita silap, baca data harian, kos mahal sikit harini, dah terlalu sensitif terus off ads. Adakalanya kos mahal harini, esok murah. adakala kos leads mahal sikit, tapi convert banyak, return tinggi. So kita nak ending result kita apa? Leads, sales, return? Dia akan ikut flow macam ni:
Leads > Sales > Return

Nak baca data sales semata, tapi tak baca data leads pun tak boleh jugak. Jika takde leads masuk langsung, macam mana nak ada sales. Proses close sales tak berlaku. Sama juga, jika asyik tekankan kos leads murah je, leads masuk terlalu banyak, tak guna juga tapi susah sangat nak close. Data average ni penting, Bila average kos per result mahal, ia menunjukkan majoriti harian mahal. so kita boleh Off atau Optimize, Optimize ayat iklan, creative, mahupun targeting. Ini Formulanya:

cara kira data ads manager

Compare Cost Average Vs KPI

Untuk lihat ads kita capai KPI atau tidak. Ini lebih nak compare, result average 7 hari lepas VS KPI yang kita tetapkan. Penting juga, kita akan lihat, ads sekarang ni capai KPI atau tak. Jika tak capai KPI, atau kos per result terlalu tinggi, disini kita buat decision samada stop, optimize, stay, scale-up ads.

  • Kos per leads average (7 days) vs KPI
  • Kos per sales average (7 days) vs KPI
  • Return average vs KPI

Tiada masalah jika nak compare cost per result today, past 3 days mahupun 14 days vs KPI.

KPI

Okay nak set KPI pula, bukan ikut sebiji-sebiji ketetapan dibawah ni. Bawah ni saya bagi contoh je. Kena ikut produk kita punya harga, dan berapa besar margin keuntungan dapat untuk setiap unit peroduk. Benda ni dah kena kira sebelum kita letak harga produk lagi. Setiap unit produk, dah kena tetapkan portion tujuan pemasaran iaitu utk ads dikeluarkan.

Misalnya: Produk harga RM100, boleh set KPI cost ads per produk 10%-20% iaitu RM10-RM20. Jika produk bawah RM30, mungkin boleh pakejkan, 2-3 pakej, harga berpakej. Agar ads kita jalan, setiap unit terjual tu boleh buat return. Lihat dalam 1 harga untuk 1 unit produk buat pembahagian macam ni:

  • Kos barang raw RM20.
  • Kos pemasaran RM10 (katakan 10%).
  • Kos postage RM7.
  • Kos komisyen RM10.
  • Keuntungan kasar yang kita nak 50
  • Total kiraan diatas RM97

Untuk produk special, harga RM2K – RM100K seperti penapis air, insurans, property, rumah. Boleh ikut standard KPI leads iaitu kos per leads adalah RM5 per leads. *bergantung pada industri ya

Contoh KPI untuk produk harga RM50:
Kos per message < RM2
Kos per leads < RM5
Kos per unit sales < RM10
Return > 3
*KPI paling minima, bergantung pada industri, niche produk
Contoh KPI untuk produk harga RM100:
Kos per message < RM5
Kos per leads < RM10
Kos per sales < RM20
Return > 3
*most fizikal produk tetapkan KPI ini
Contoh KPI utk produk harga RM200: 
Kos per message < RM10.
Kos per leads < RM20.
Kos per purchase < RM40.
Return > 3
*bergantung pada industri, ini contoh shj
Ini KPI utk produk harga RM300:
Kos per message RM15.
Kos per leads RM30.
Kos per purchase RM60.
Return > 3
*bergantung pada infustri & niche produk, ini contoh shj

‘<‘ bermaksud kos per result tak lebih dari RMXX
‘>’ bermaksud, return mesti lebih dari XX kali ganda

Okay berdasarkan gambar dibawah, cara nak tahu berapa dah spend Today & 7 Days tu klik kat bulatan hitam & biru dibawah.. Nanti dia tunjuk kat spend kat bulatan hijau dibawah ni..

Terbaru!!

Panduan Ecomm Masterclass

Case Study Jualan RM1.9 Juta kurang dari setahun dengan Strategi Ecommerce Ads

Isi borang dibawah ini.. Lepas Register ni, Dapat BONUS Free bernilai RM249

Leave a Comment