Wow! Inilah 10 Cara Buat Website Jualan yang convert sales

hirdetes eleme e1483653128292 500x383

Share This Post

Share on facebook
Share on linkedin
Share on twitter
Share on email

Buat website jualan ini sebenarnya sama macam buat ayat iklan. Cuma website jualan yang power akan mudahkan untuk convert sales. Cuma website jualan ni kita masukkan sekali info produk yang tersusun. Kebiasaan website jualan ini hanya dibuat dalam 1 halaman sahaja. Dan fokus ialah untuk dapatkan jualan dari pembaca. Dibawah ialah flow bina sale page:

Screenshot 3

1. Pengenalan ayat website jualan beserta ayat unik

Apa masalah yang pelanggan selalu hadapi, apa pelanggan yang mahukan.. Apa penyelesaian yang kita boleh bantu. Beserta ayat penguat. Ayat penguat ni mcm penyelesaian pada masalah tadi yang unik.

Contohnya..

Anda ada masalah tiada idea nak bina website jualan?

Jangan risau, anda boleh hasilkan website jualan dengan mudah dan boleh convert dengan semudah drag n drop jerr..

Ayat Intro: Tiada idea bina website jualan

Ayat penguat: Bina website jualan mudah dan boleh convert semudah drag n drop jerr..

Lihat gambar dibawah ini antara sales page saya paling convet.

Intro website jualan untuk Modul Vegas Pro Video Editing
Intro Modul Vegas Pro Video Editing

2. Senaraikan Masalah Pelanggan dalam Website Jualan

Senaraikan masalah yang mungkin pelanggan hadapi. Dari satu produk tadi, kita boleh pecahkan kepada beberapa masalah.

Bayangkan anda dalam situasi pelanggan sehingga mereka perlu dapatkan produk anda.

Dalam website jualan ini kita boleh tambah gambar ataupun icon beserta sub tajuk masalah, dan penerangan ringkas. Senarai masalah dalam website jualan ini membantu untuk kita tapis pelanggan kita yang ada masalah seperti yang kita nyatakan je.

Masalah usahawan yang selalu hadapi dalam bisnes
Contoh saya highligh usahawan yang ada masalah dimana mereka perlu belajar chatbot

3. Masukkan Nombor, Fakta, Statistik sebagai sokongan dalam website jualan

Masa ni boleh bagi keputusan yang bersifat nombor dan angka, yang boleh menyokong point masalah tadi. Kalau macam Fakta, boleh masukkan statistik sikit.. dan menyokong & menjawab pada masalah tadi.

Boleh nyatakan sumbernya daripada mana. Boleh masukkan gambar infografik. Kenapa penting dengan sokongan angka dan fakta dalam website jualan? Sebab setiap masalah tadi, mesti di ‘validate’ dengan sokongan fakta. Baru lah, masalah yang kita kata tadi adalah benar benar ingin membantu mereka yang membaca website jualan kita.

Dengan ada angka fakta dalam website jualan ini boleh tingkatkan keyakinan pelanggan tentang, pentingnya untuk baca website jualan sampai habis dan berminat untuk beli produk anda.

fakta kenapa perlu belajar video
Fakta yang saya dapatkan untuk mereka yang perlu belajar video

4. Testimoni Pelanggan anda

Pengalaman pengguna yang telah guna produk kita. Dalam sales page biasanya ada gambar pengguna, dan apa feedback mereka. samada dalam bentuk video mahupun gambar.

Testimoni ini untuk buatkan pembaca atau bakal pelanggan yang baca sales page ini membayangkan bagaimana mereka menggunakan produk & servis anda dan selesaikan apa yang mereka nak & impikan.

Bayangkan, anda beli produk di Lazada mahupun Shopee pun nak pastikan produk ni berkualiti atau tidak, anda akan refer apa di bahagian review lazada dan shopee. Kalau ramai bagi review 5 bintang, anda rasa yakin nak beli tanpa banyak soal. Betapa pentingnya review, ada sorang share tips beli barang lazada ataupun shopee ni antaranya kena lihat review kalau nak tahu barang tu original atau tidak.

5. Perkenalkan Produk anda beserta gambar yang menarik

Perkenalkan produk anda. Ada gambar produk, nama produk. dan penyelesaian yang boleh bantu kepada pelanggan anda. Nak perkenalkan pasal produk anda dalam sales page mestilah disokong dengan gambar produk yang menarik.

Jangan lah ambil gambar produk yang kabur, gelap, atau terlalu terang. Gambar mesti jelas. Bagitahu point ringkas tentang ciri ciri produk anda.

Cara edit video
Contoh gambar produk digital super impact video

6. Ciri-ciri Produk

Ciri-ciri produk. Masa ni boleh la, cerita penyelesaian kepada masalah tadi berdasarkan ciri ciri yang produk kita ada. Sama macam part masalah tadi. Kena buat dalam bentuk point. Boleh masukkan gambar mahupun icon dalam sales page tadi. Pastikan ciri-ciri yang unik ya. Ciri yang berbeza menentukan produk kita ada kelebihan tersendirinya daripada produk pesaing.

cara edit video guna vegas pro

7. Sasaran Pengguna

Siapa yang sesuai dapatkan produk ni, kepada golongan yang macam mana, ataupun situasi yang mcm mana sehinggakan produk ini diperlukan. Senaraikan dalam bentuk point, ini boleh buatkan pembaca lebih faham dengan apa yang dia nak. Ibarat ‘sharp-shooter’. Kita dah target awal kepada siapa. Yang baca, akan terasa dia lah yang tepat dengan masalah dihadapi.

bina website jualan
Siapa sasaran pelanggan anda?

8. Tambahan ataupun bonus untuk naikkan value dalam sales page anda

Jika produk berbentuk pakej, ataupun ada tambahan tambahan lain. Boleh masukkan. Cuma lebih jelas, jika bergambar. Setiap apa yang pelanggan dapat, dihimputkan dalam 1 gambar atau poster.

Manakala bonus ni penting. Bonus kita boleh katakan apa freegift yang pelanggan dapat. freegift yang berbaloi. Bonus ni anda kena bagi sekurang kurangnya 3. dimana bonus ini relevan dengan produk anda. Adakalanya tak perlu keluar kos mahal untuk jadikan bonus ataupun freegift.

Anda boleh siapkan freegift dalam bentuk digital sebagai contoh:

..poskad & kalendar
..Penanda buku
..tutorial video
..ebook
..template

Bila ada bonus ni, nilai produk anda akan jadi lebih bernilai. Dimana orang akan rasa, kalau beli produk ini memang tak akan dapat kat tempat lain.

Ni antara bonus yang saya beri untuk produk digital saya

9. Harga

Mesti kenalkan dulu harga asal. Harga diluar sana. Kemudian kita bagi harga promosi (jika ada). Sebab orang suka tawar menawar kan? Dalam sale page ni kita dah siapkan dah, harga tawaran. Cara convert jualan produk mahal

Bagi harga promosi dan jangan lupa jika produk and asecara pakej boleh letak dalam pricing table seperti dibawah ini. Pelanggan lebih jelas dengan apa yang mereka bakal dapat.

10. Butang CTA

Sediakan butang cta atau belian. Samada melalui butang ke whatsapp, atau ke halaman pembayaran.

Sales page ni pasang pixel Facebook ya, dimana ia boleh track setiap traffik masuk. Selepas trafik masuk. Sebahagian yang berjaya buat pembelian tu. Kita boleh ‘exclude’ daripada lihat ‘repetitive’ iklan conversion. Boleh lihat contoh sale page dibawah sebagai inspirasi:
https://lernify.com/chatbot-and-automation/
https://lernify.com/mudahnya-edit-video/
https://lernify.com/grafix-monsta/

close

Leave a Reply

Subscribe To Our Newsletter

Get updates and learn from the best, Free Powerpoint Template worth $300.. Get Here!

More To Explore

CARA SPY ADS UNTUK RUJUKAN
Teknik Pemasaran

Teknik Spy Ads Untuk Rujukan

Ada masanya kepala dah pening nak brainstorm idea, nak run ads macam mana lagi dah ni? dah cuba macam-macam style asyik tak jadi jerr. Ini mungkin boleh jadikan panduan Lihat

Sponsored

Case study Setup Messenger Ads dengan Chatbot Mudah

chatbot
Share on facebook
Share on google
Share on twitter
Share on linkedin
Share on facebook
Share on google
Share on twitter
Share on linkedin
Scroll to Top