LHDN e Filing merupakan sistem percukaian lhdn diaman jika anda merupakan individu yang mempunyai pendapatan di Malaysia anda perlu declare cukai pendapatan anda setiap tahun.
Beberapa langkah serta proses anda perlu lakukan untuk mendaftar e-filing ini, antaranya anda perlu tahu berkaitan kadar cukai berapa persen (%) anda kena bayar serta pelepasan cukai apa ada boleh dapat.
Untuk tahun 2020 ini, anda perlu declare cukai pendapatan anda bagi tahun sebelumnya iaitu pada 2019 dan kebawah.
Lhdn E filing akan dibuka pada setiap tahun sekitar bulan Mac (Bulan 3)
Kadar Cukai Pendapatan Bagi Tahun 2018-2019
Dibawah merupakan kadar cukai pendapatan yang dikeluarkan oleh LHDN e filing untuk pengiraan tahun 2018-2019 yang boleh anda jadikan rujukan, bagi pendapatan tahunan 5000 kebawah tidak perlu bayar cukai, hanya sekadar declare sahaja di LHDN e filing .

Senarai Potongan/Pelepasan Cukai Individu LHDN
Berikut merupakan 21 jenis potongan senarai cukai (individu) yang boleh anda potong semasa isi borang cukai lhdn e filing nanti, pastikan pelepasan yang nak anda declare mesti besertakan bukti yang kukuh.



Cara Daftar LHDN E filing 2020
• Step 1 – Login ke portal rasmi LHDN e filing dan masukan segala makluamat yang diminta oleh lhdn untuk proses pendaftaran pertama kali (first time register) boleh rujuk Daftarindividu.hasil.gov.my , Paparan seperti dibawah akan di tunjukkan.

• Step 2 – Isi semua maklumat yang diminta hingga selesai.
• Step 3 – Dah sattle semua apa yang diminta, anda akan diberi No. Permohonan, no. ni akan digunakan untuk membuat semakan status daftar anda nanti.
• Step 4 – Dalam masa tiga (3) hari lhdn akan proses pendaftaran anda, anda boleh semak status permohonan di edaftar.hasil.gov.my. (paparan seperti dibawah untuk buat semakan.

• Step 5 – Dah lulus “application status” boleh login ez.hasil.gov.my/CI/ untuk log masuk ke laman sistem ezhasil untuk membuat e filing cukai. (Jika ini merupakan kali pertama anda masuk, sila “Login Kali Pertama” terlebih dahulu).

• Step 6 – Pilih borang yang ada kaitan dengan diri anda dalam proses isi lhdn e filing
- e-BE Tiada Punca Pendapatan Perniagaan.
- e-B Ada Punca Pendapatan Perniagaan.
- Dan banyak lagi.
• Step 7 – Selesai isi dan hantar, tunggu status hantar borang, jika dah selesai maka, selesailah declare cukai anda bagi tahun tersebut.
* e-Filing boleh diisi mulai 1 Mac.
Disclaimers : Artikel lhdn e filing yang dikongsikan ini merupakan perkongsian step-by-step sahaja, jika ada kesalah, perubahan boleh ajukan di ruangan komen, semua yang dikongsi hasil rujukan dari Hasil.gov.my
Artikel ini dikreditkan kepada portalmalaysia.com.
Baca juga: