Apa Itu Facebook Bidding?

fb ad bidding

Share This Post

Share on facebook
Share on linkedin
Share on twitter
Share on email

Strategi bajet yang baik adalah kunci kejayaan dalam pemasaran di Facebook. Sememangnya iklan di Facebook membuka peluang yang tinggi dalam tingkatkan jualan, tapi dalam masa yang saya ia juga bergantung pada berapa bajet yang dikeluarkan dan berapa pulangan yang diperolehi dari setiap bajet itu. Jika anda mula create ads dan pilih kempen yang dikehendaki, Facebook akan terus minta pilihan bajet (Campaign Budget Optimisation) dan Bid Strategy. Apa itu facebook bidding strategy?

Facebook Ad Bidding

Bid Strategy

Facebook Bidding ialah satu sistem iklan berdasarkan lelongan untuk mencari iklan terbaik untuk ditampilkan kepada pengguna dan waktu yang tertentu. Setiap hari, berbillion iklan dikeluarkan oleh berjuta pengiklan, ini menjadikan persaigan yang sengit untuk mendapatkan tempat di wall pengguna. Bagaimana Facebook nak tentukan iklan mana yang akan di tampilkan? Ada tiga komponen yang mempengaruhi iklan di Facebook iaitu:

  1. Strategi Bid – jumlah bajet yang anda bayar untuk iklan dan jenis bid yang dipilih
  2. Kadar Tindakan – kemungkinan untuk mencapai objektif pemasaran dengan iklan yang disasarkan.
  3. Kualiti Iklan – diukur berdasarkan reaksi audience terhadap iklan, samada mereka like atau hide.

Dalam sistem lelongan ini, jumlah wang yang anda sedia bayar untuk capai objektif pemasaran anda memainkan peranan. Dan untuk menang lelongan ini, iklan anda mesti relevan kepada orang yang akan melihatnya. Sistem Facebook lebih memilih iklan yang relevan berbanding iklan yang bid tinggi. Maknanya membazir walau anda letak wang sebanyak mana pun tapi iklan ada tak tepat audience yang betul dan iklan tak mengikut cara yang betul.

Strategi Tawaran Kempen (Campaign Bid Strategy)

Jika anda lihat gambar di atas, saya highlightkan Campaign Bid Strategy kerana di sini anda kena buat pilihan yang betul mengikut objektif anda. Facebook beri 3 pilihan iaitu:
– Lowest Cost
– Cost Cap
– Bid Cap

1. Lowest Cost

Saya cadangkan guna pilihan ini untuk dapatkan kos paling rendah tapi kos ini mungkin boleh naik jika anda naikkan bajet. Strategi ini sesuai untuk objektif berikut:

  • Brand Awareness
  • Reach
  • Traffic
  • Engagement (Post Engagement, Page Likes, Event Response)
  • App Installs
  • Video Views
  • Lead Generation
  • Messages (tak termasuk Sponsored Messages)
  • Conversions
  • Product Catalogue Sales

2. Cost Cap

Cost cap membolehkan anda kawal kos mengikut limit dan capai conversion boost ( dengan CPA yang munasabah. Jika pilih strategi ini, anda dah tak perlu laraskan bid secara manual untuk minimize perbelanjaan. Strategi ini sesuai untuk objektif berikut:

  • Traffic
  • App Installs
  • Event Responses
  • Lead Generation
  • Offsite Conversions and Catalogue Sales dengan optimum penyampaian iklan seperti: Landing Page View, Link Clicks, Page Likes, Post Engagement, Replies, Video Views, Product Catalogue Sales W/ Link Click, Offsite Conversions

3. Bid Cap

Strategi bid cap ini sesuai jika anda nak menang antara pemasar yang mempunyai sasaran audience yang sama. Setting pada max bid, anda boleh tampilkan iklan kepada seramai yang mungkin bergantung pada harga bid. Strategi ini sesuai untuk objektif berikut:

  • Brand Awareness
  • Reach
  • Traffic
  • Engagement (Post Engagement, Page Likes, Event Response)
  • App Installs
  • Video Views
  • Lead Generation
  • Messages (etak termasuk Sponsored Messages)
  • Conversions
  • Product Catalogue Sales

Jenis Ad Bidding

Bergantung kepada strategi bid anda, Facebook akan menawarkan beberapa jenis bid:

Cost-per-Click (CPC)

CPC ialah anda akan dikenakan bayaran bila pengguna klik iklan anda. Dengan kata lain, Facebook akan tampilkan iklan anda secara percuma sehingga pengguna klik pada iklan itu.

Cost-per-Impression (CPI)

CPI ialah bid yang membenarkan anda set jumlah yang sedia dibayar untuk dapatkan 1 ribu impression. Dengan kata lain, anda akan bid terhadap 1 ribu impression sebelum iklan sebenar di tampilkan. Ini akan menentukan jika iklan anda akan tampil sebelum iklan lain atau mengikut ranking. CPI boleh bantu anda tentukan ROI kempen. Untuk bisnes kecil, strategi ini tidak sesuai dan mungkin hilang banyak wang tanpa keputusan yang positif.

Cost-per-Acquisition (CPA)

CPA atau dikenali dengan cost-per-action ialah strategi bid yang lebih targeted dan kos dikira bila pelanggan ambil tindakan seperti membeli, klik, download atau install selepas lihat iklan. Untuk tengok keberkesanan strategi ini, memerlukan Facebook Pixel. Tapi Facebook telah keluarkan pilihan ini dari Ads Manager.

Bagaimana nak buat bid yang boleh menang lelongan iklan Facebook ni? Sebelum tetapkan bajet dan run iklan, anda kena jelas dan setkan 3 perkara ini dengan betul kerana ia akan tentukan kadar kemenangan bid anda iaitu: Objektif pemasaran, target audience, dan placement. Bila dah set, baru lah optimize ad spend.

close

Leave a Reply

Subscribe To Our Newsletter

Get updates and learn from the best, Free Powerpoint Template worth $300.. Get Here!

More To Explore

custom audience
Teknik Pemasaran

5 Kategori Utama Custom Audience (CA)

Custom Audience adalah salah satu tapisan (filter) dalam Facebook dimana ia membolehkan pemasar (marketer) memilih sasaran audience dari senarai yang tertentu. Senarai ini boleh diupload sendiri ataupun diperoleh dari data

9 Idea Perniagaan Kos Rendah
Bisnes

9 Idea Perniagaan Kos Rendah

Mungkin ramai yang tidak tahu akan perniagaan yang boleh mendatangkan pendapatan lumayan walaupun dengan kos yang rendah. Jom kita lihat: 1. Home Tutoring Ini adalah salah satu daripada banyak idea

Sponsored

Case study Setup Messenger Ads dengan Chatbot Mudah

chatbot
Share on facebook
Share on google
Share on twitter
Share on linkedin
Share on facebook
Share on google
Share on twitter
Share on linkedin
Scroll to Top