3 Fasa Iklan Sebelum Scale Up

Sebelum mula scale up sesuatu iklan, kita kena jalankan beberapa fasa iklan ini dulu supaya budget kita akan sepnd nanti tak membazir dan mendapat result yang terbaik.

scale up
Bila result conversion baik, tiba masa kita scale up budget iklan, Follow 3 fasa dibawah

Fasa 1 – Split Test

Split test ada dua jenis iaitu, kita nak test Audiens dan nak Test Copywriting & Creative. Kita split sebab nak result lebih cepat. Iaitu, kita test beberapa adset & ads terus, instead of test 1 iklan sahaja. Untuk memudahkan buat iklan, boleh guna ‘dynamic creative’ cuma, dimana dynamic creative sendiri akan optimize the best dari pada beberapa copywriting & creative yang kita masukkan.

Malangnya, sejak IOS policy diperkenalkan, dah tak boleh baca breakdown copywriting mana perform, daripada dynamic creative ni dan creative mana yang perform. Jadi saya akan buat je manual, dengan Duplicate Ads + Tukar Ads Copy & Creative. Untuk Split test pertama, kita nak test ayat iklan kita dan creative digunakan.

Ads 1 – CW 1 + Creative 1
Ads 2 – CW 2 + Creative 2
Ads 3 – CW 2 + Creative 3

Nak test dibahagian ads ni samada kita test: Situation Problem atau Focus Problem Berlainan, Ayat iklan Softsell / Story vs Hardsell, atau Ayat iklan Focus Solution berlainan. Baik, saya terangkan,. Bagaimana ayat iklan pun dapat result paling power..

i. Situation Problem

Kita buat ayat iklan dengan situasi masalah atau fokus masalah berlainan, tetapi dapat diselesaikan daripada produk yang sama. Contoh

CW Situasi 1 - Masalah kegatalan
Hmm.. lama dah sy kena gatal2 ni.. asyik keruk je.. kadang sampai luka.. mujur ternampak produk X ni.. Bgus sbb dari ekstrak daun gelenggang.. org2 tua2 pun saran guna daun gelenggang ni utk atasi masalah gatal2 ni.. Sy sapu 3 kali sehari je.. tak lama, gatal2 syg dah 6 bulan kena tu, dah hilang.. syukur, siapa cari, sy rekemen produk X ni..
CW Situasi 2 - Kehitaman
Lama sgt kena jaga roadblock, kadang sun burn.. Pakai mcm2 produk sun burn pun, tetap nmpak kering & kehitaman. Cuba produk X ni, sblum tidur sy sapu.. Kesan2 kulit kering dah xde dah.. sentuh pun lembut je.. Sy amalkan ni, Xtrak Daun gelenggang bagus.. sbb dia tak panas, dan xberminyak.. selesa pakai.. Produk X ni Rekemen sgt!
CW Situasi 3 - Berminyak
Kena masalah mengelupas ni dah lama.. kalau berpeluh sgt je, esok mula la, berminyak2, lepas tu, Mr.Jerawat pun timbul.. Bisa2 kalau dia timbul. Pening dah nk pakai krim apa. Sy terjumpa Krim X ni, sapu.. kesan2 minyak hilang.. jadi pakai selesa.. xkering sangat.. berpeluh pun, tak berminyak.. seminggu pakai mkin cerah & flowless..

Kesimpulan, Situasi berbeza, Produk X yang sama. Kandungan X yg sama. Kemudian, bukan Ads shj yang kita nak test tu, tapi kita nak Split Test Audiens jugak! Fasa ni, kita nak cari sampai winning!

Split Test audiens ni, saya akan test beberapa Detail Targeting (DT)
– Open Detail Targeting..
– By Keyword DT / General Interest..
– Brand – Brand consumer pakai, ataupun brand besar same niche.
– Browse DT – If nak narrow dengan demographic, behaviour, dll

Kesimpulan, Split test saya akan buat beberapa Ads dahulu. kemudian, duplicate beberapa Adset, audiens DT berlainan. Dalam 1 Kempen Struktur 1 Kempen, ada 4-5 Adset permulaan, dan ada 2-3 Ads berlainan CW & Creative.

Fasa 2 – Optimize

Disini kita dah tahu, iklan mana yang winning di Fasa 1. Jadi tugas kita, yang winning tu kita nak optimize result untuk dapat, the spesific winning. Antara pecahan berperingkat yang saya buat antaranya:

  • Pecah DT – Daripada 5 DT 1 adset, kepada 5 Adset, 1 DT berasingan.
  • Pecah Location – Daripada Focus Malaysia, akan fokus pada lokasi yang HIT .
  • Pecah Age – Daripada wide range 24 – 55. Kepada 24 – 29, 30-34, 35-39, 40-44, 45-49. .
  • Pecah Placement – Daripada Automatik, kepada fokus News feed, Story, Message, dll

Sebenarnya, sebelum ni kita boleh buat keputusan untuk pecah audiens/placement ni, kita boleh rujuk data breakdown dimana kita boleh baca Lokasi mana, Umur, Placement mana yang HIT. Namun, Sejak IOS update, data breakdown dah tak dapat baca dengan tepat. Jadi kita boleh pecah kepada All variation terus.

FASA 3 – SCALE

Masa scale ni, kita boleh on CBO, dengan naikkan budget yang besar. Masa ni boleh set cost cap, agar iklan dan budget dapat di optimize dengan baik. Beberapa Adset yang winning di Fasa 2 tadi, akan dipilih, kemudian duplicate ke New Campaign dengan budget yang baru yang dinaikkan.

Scale ni pun masih target stranger, iaitu kita exclude dengan existing enggage any ads or post 14 days.Masa ni, boleh on terus Dynamic Creative, yang mana kita dah sahkan ayat iklan & creative yang winning di Fasa 1 & 2.

Sumber Artikel CC : UbaidullahJaafar
Ada buat jualan melalui website? Nak tahu cara optimize sale conversion baca artikel di sini

Terbaru!!

Panduan Ecomm Masterclass

Case Study Jualan RM1.9 Juta kurang dari setahun dengan Strategi Ecommerce Ads

Isi borang dibawah ini.. Lepas Register ni, Dapat BONUS Free bernilai RM249

Leave a Comment