Pening memikirkan jenis perniagaan yang sesuai untuk anda? Jom kita lihat 10 jenis perniagaan makanan yang laris.
1. Perniagaan Buah Potong
Buah-buahan potong ini memang digilai orang ramai terutamanya ketika cuaca panas. Ditambah pula dengan serbuk asam masam-masam manis, pastinya orang berebut nak membelinya.
Yang bagusnya, kos memulakan perniagaan ini murah dan penyediaannya sangatlah mudah. Cuma cari satu kotak polisterin besar dan isikan ais serta buah-buahan potong anda itu. Kalau rasa susah nak dapatkan payung dan meja, beli sahajalah box makanan dan buat ala-ala jualan car boot.

Dicadangkan anda cari lokasi-lokasi ataupun port yang sesuai untuk tarik lebih ramai pembeli. Contohnya di depan kawasan sekolah, food court, kawasan office dan sebagainya.
2. Perniagaan Kek
Jika dahulu kek hanya di beli di kedai kek, tapi lihatlah situasinya sekarang. Ia dijual melalui atas talian, di pasar malam dan juga di kedai-kedai. Malah kita sendiri tidak terfikir perniagaan ini mendapat tempat di hati penggemar kek. Di samping itu, modal untuk memulakan perniagaan ini sangat kecil.
Walaupun begitu, keuntungannya berlipat kali ganda.

Maka tidak hairanlah perniagaan ini di sukai oleh para peniaga. Yang paling penting dalam perniagaan kek ini adalah kemahiran anda dalam membuat kek.
3. Perniagaan Ice Blended
Ice Blended atau Smoothie sememangnya antara minuman kegemaran seluruh rakyat Malaysia. Percayalah antara faktor yang menyebabkan perniagaan ini relevan adalah kerana cuaca Malaysia yang panas sepanjang tahun.
Anda tidak perlu mengeluarkan modal yang besar atau mempunyai kepakaran tertentu untuk membuat ice blended.
Terdapat beberapa keistimewaan perniagaan ice blended ini seperti perniagaan ini sangat mudah, kurang risiko membazir kerana serbuk yang digunakan tidak mudah rosak atau basi. Ice blended juga mudah untuk disediakan mengikut cita rasa pelanggan.
Kebanyakan peniaga ice blended menjual di kawasan tumpuan orang ramai seperti kawasan sekolah, kawasan perumahan, pusat membeli belah, karnival dan sebagainya.

4. Perniagaan Waffle
Perniagaan yang paling mudah dan paling mendapat permintaan tinggi di pasaran tempatan yang boleh anda lakukan.
Cara membuatnya amatlah mudah dan melibatkan kos yang murah. Anda hanya memerlukan tepung premix waffle yang enak dan jem untuk sapuan sahaja. Semua ini banyak dibekalkan di kedai-kedai kek atau kedai menjual bahan makanan.

5. Perniagaan Burger
Kebanyakan orang suka burger terutamanya lelaki. Di mana-mana sahaja ada gerai burger dan ia dijual bila-bila masa sahaja. Sekiranya anda sudah ada pengalaman, maka teruskan berniaga burger, atau lakukan franchise.
Sebaliknya, jika belum, pelajari ilmu perniagaan burger daripada pakar. Cari mentor anda dan pelajari cara-cara menjalankan perniagaan burger.

6. Perniagaan Frozen Food
Frozen food adalah antara produk makanan yang anda boleh cuba. Ia menjadi pilihan bagi kebanyakan masyarakat kita pada hari ini kerana mudah dan cepat dimasak. Anda boleh buat karipap, ais krim goreng, mini popia, roti canai, dan sebagainya.
Selain itu, anda boleh letakkan di kedai-kedai runcit atau minta suami atau kawan-kawan promosi di office. Anda juga boleh masukkan maklumat anda di dalam pack makanan tersebut supaya senang jika ada yang berminat untuk membeli atau membuat tempahan.

7. Perniagaan Kuih Muih
Tidak dapat dinafikan bahawa jualan kuih muih di waktu petang adalah satu perniagaan yang paling laris dan mempunyai peluang yang sangat luas.
Kuih muih seperti Penjaram, Seri Ayu, Popiah Goreng, Martabak Jawa dan Candi Kelapa menjadi pilihan masyarakat Malaysia untuk santapan waktu petang bersama-sama orang tersayang.

8. Perniagaan Murtabak dan Roti Canai
Selain daripada burger, murtabak dan roti canai adalah makanan kegemaran orang Malaysia. Perniagaan ini ada di mana-mana dan mempunyai ramai pelanggan tidak kira pagi mahupun malam.
Jika anda sudah lama ingin membuat perniagaan murtabak atau roti canai, inilah masanya untuk anda mulakan impian perniagaan makanan anda.

9. Perniagaan Roti Bun Homemade
Di zaman teknologi ini, semua orang sudah ada kepakaran membuat roti dengan hanya “Google” resepi di internet. Namun untuk memulakan perniagaan Roti Bun ini anda harus ada modal sedikit untuk menyediakan peralatan dan alat pembakar roti.

Ada banyak cara untuk pasarkan roti bun ini, termasuklah dengan meletakkan di kantin sekolah, restoran berhampiran dan seumpamanya. Bila pasaran sudah besar, anda boleh menempah di kilang untuk membuat roti bun yang lebih banyak untuk dipasarkan dengan jenama sendiri.
10. Perniagaan Makanan Dan Minuman Pasar Malam
Antara perkara paling laris tak menang tangan di pasar malam ada perniagaan makanan dan minuman. Lihat gerai jual mee, mihun, nasi goreng dan seumpamanya, mesti ada lebih dari satu tauke. Siapa buat sedap dan pantas servis nya dia akan dikerumuni orang ramai.

Manakala, bagi perniagaan air di pasar malam pula, terdapat berbagai jenis air pilihan. Lagi banyak lagi meriah.
Bagaimana? Anda sudah membuat keputusan? Di harap dengan artikel ini dapat membantu anda untuk memilih perniagaan makanan yang sesuai untuk anda.
Artikel ini dikreditkan kepada profhariz.com.
Baca juga: