5 Kelebihan Berniaga Makanan

5 Kelebihan Berniaga Makanan

Share This Post

Share on facebook
Share on linkedin
Share on twitter
Share on email

Peluang perniagaan makanan memang mempunyai potensi yang sangat tinggi untuk berjaya. Siapa je yang tak suka makan. Ye tak? Berniaga makanan mempunyai pelbagai kelebihan. Antaranya ialah;

1. Pelbagai jenis makanan

Di Malaysia, kita mempunyai pelbagai jenis makanan dengan pilihan harga tertentu. Oleh itu, modal untuk menjalankan perniagaan adalah fleksibel. Sama ada anda mempunyai modal kecil atau besar, anda boleh memilih perniagaan ini sebagai sumber pendapatan tetap atau tambahan.

perniagaan makanan yang laris

2. Penguasaan pasaran tanpa had

Sambai bila-bila pun semua orang selalu memerlukan makanan. Di samping itu, kebayakkan penduduk Malaysia, tidak kira warna kulit, muda atau tua suka akan makanan ringan ketika bersama keluarga.

Jadi kita boleh katakan, bidang perniagaan ini mempunyai pengguna dengan nombor dan segmen yang mencapai banyak kumpulan.

perniagaan makanan yang laris

3. Keuntungan yang lebih besar

Walaupun dalam hal masa dan tenaga, ia diklasifikasikan sebagai membazir, tetapi keuntungan yang kita capai dapat didarabkan dengan jumlah modal yang dibelanjakan.

perniagaan makanan yang laris

4. Risiko kerugian agak rendah

Walaupun sekarang ini terlalu ramai yang terlibat dalam perniagaan makanan, akan tetapi peluangnya masih terbuka lebar. Persaingan ketat, tentu saja dapat diatasi dengan inovasi dan kreativiti anda mencipta makanan yang baru.

perniagaan makanan yang laris

5. Inovasi berterusan

Jika kita lihat di media sosial, ada saja viral tentang makanan atau resepi baru. Ia akan membuat makanan tersebut menjadi daya tarikan yang sangat tinggi. Malah, mendapat permintaan yang tinggi dari masyarakat sekeliling.

Jika anda memilih tema tradisional, anda masih boleh mengembangkannya dengan rasa yang lebih moden. Tambahan lagi, sehingga kini makanan tradisional masih dalam permintaan. Bukan sahaja rakyat Malaysia bahkan dari pelancong luar yang melancong di negara kita ini.

Artikel ini dikreditkan kepada profhariz.com.

Baca juga:

Leave a Reply

Subscribe To Our Newsletter

Get updates and learn from the best, Free Powerpoint Template worth $300.. Get Here!

More To Explore

website

VPS vs Shared Hosting – Apakah perbezaannya?

Kebanyakan pemilik laman web bermula dengan pelan shared hosting. Sebagai perniagaan atau laman web berkembang ia memerlukan fungsi tambahan dan lebih banyak sumber. Pemilik laman web ingin menaiktaraf pelan hosting

Sponsored

Case study Setup Messenger Ads dengan Chatbot Mudah

chatbot
Share on facebook
Share on google
Share on twitter
Share on linkedin
Share on facebook
Share on google
Share on twitter
Share on linkedin
Scroll to Top