3 Strategi Asas Audience Targeting

audience targeting

Untuk pemula Facebook Ads, sangat lah penting untuk ada strategi dalam setup iklan. Bukan sekadar boost dan bagi duit bulat-bulat dan biarkan facebook buat kerja. Jadi kita kena lebih spesifik dalam mencari bakal pelanggan. Ini adalah 3 strategi asas Audience Targeting yang saya boleh kongsikan untuk dijadikan panduan dan bagaimana nak setup di Ads Manager.

Target Engage Audience

Strategi paling mudah dalam Audience Targeting ialah kita target mereka yang dah pernah engage dengan kita. Engage ini termasuk like page, subcribe, tonton video, masuk ke website, dll. Cara ini mudah untuk dapatkan potensi jualan sebab mereka ini sudah kenal atau pernah tahu mengenai kita. Kita cuma pertemukan kembali dengan mereka ini dengan iklan baru.

1. Senarai Pelanggan

Jika anda ada menyimpan database atau maklumat pelanggan yang lepas, samada email atau nombor telefon. Gunakan semula untuk iklan sebagai Custom Audience, Facebook akan mencari lebih kurang separuh dari senarai yang kita upload. Jadi kita boleh guna CA ini untuk sebarang iklan yang sesuai dengan target ini. Macam mana? Di Ads Manager, ikut cara ini:

Tools > Audiences > Create Audience > Custom Audience > Customer List

2. Target Semula (Retargeting)

Audience Targeting di sini saya lebih fokus kepada mereka yang pernah masuk ke website, terutama mereka yang dah sampai ke shop page atau checkout page. Macam mana nak target semula pelawat ni? Caranya ialah dengan install Facebook Pixel. (Cara pasang pixel di website di sini)Dengan Facebook Pixel ni, kita boleh jejak setiap orang yang pernah lawat website dan page di website. Di Ads Manager, ikut cara ni:

Tools > Audiences > Create Audience > Custom Audience > Website Traffic
Website Ca
Website Custom Audience

Di sini kita boleh pilih siapa yang kita nak target, customize ikut objektif kita samada nak mereka yang pernah lawat sahaja, atau yang pernah masuk ke page tertentu, atau mereka yang dah lama tak lawat website. Untuk lebih tepat, pilih mengikut hari (1 – 180 hari)

3. Fan

Siapa lagi potential customer paling tinggi kalau bukan peminat (fan). Mereka menjadi fan bukan sekadar suka-suka atau tak sengaja, mereka menjadi fan sudah semestinya kerana apa yang kita bagi dan kongsi. Cara setup di Ads Manager boleh ikut cara ni:

Di bawah kategori Connection, pilih Type > Facebook Page > People who like you page
People Who Like You Page
People Who Like You Page

Target Lookalike Audience

Jika di atas kita target mereka yang dah kenal kita, sekarang kita boleh target mereka yang belum kenal tapi punyai potensi belian sangat tinggi iaitu Lookalike Audience. Facebook telah memudahkan kerja kita untuk mencari mereka yang menyerupai pelanggan sedia ada kita.

LA Customer List – Ini adalah bertujuan mencari mereka yang menyerupai pelanggan yang sedia ada mengikut senarai yang kita masukkan di dalam CA.
LA Lead – bina CA dari mereka yang pernah engage (like, share, comment)dan tonton video.
LA Fan – dan cari mereka yang menyerupai peminat kita.

Macam mana nak setup LA ni? Di Ads Manager, ikut langkah ni:

Tools > Audience > Create Audience > Lookalike Audience
Lookalike
Lookalike Audience

Di sini kita boleh pilih peratusan LA dalam negara tertentu dari 1% hingga 10%. Semakin rendah peratus, semakin mirip.

Lookalike + Interest Targeting

Strategi ketiga ialah kita gabungkan LA dengan interest targeting. Ini akan menjadikan bilangan audience lebih kecil tapi ia lebih spesifik. Ini kita buat bila jumlah LA terlalu besar sahaja, kita kecilkan menggunakan interest. Boleh pilih beberapa interest yang berkaitan. Di Ads Manager, ikut langkah ini:

Di bawah Custom Audience, create LA. Dan di Detail Targeting pilih interest dan behavior yang berkaitan sahaja.

Screenshot 3

Terbaru!!

Panduan Ecomm Masterclass

Case Study Jualan RM1.9 Juta kurang dari setahun dengan Strategi Ecommerce Ads

Isi borang dibawah ini.. Lepas Register ni, Dapat BONUS Free bernilai RM249

Leave a Comment