5 Jenis Video Pemasaran Wajib Buat

video marketing

Dah ada page Facebook untuk bisnes?, tapi tak tahu nak mula dengan media apa yang sesuai? Untuk pengenalan, ini adalah 5 jenis video pemasaran yang boleh dibuat.

Hasilkan video sepantas 5 minit disini.

1.Video Pengenalan Bisnes

Video korporat atau video branding ini adalah satu kemestian, sebab ia merupakan satu cara untuk memperkenalkan bisnes kita kepada umum terutama bakal pelanggan. Dari video ini, kita boleh tunjukkan kelebihan bisnes dan perbezaan dengan bisnes lain. Video ini boleh di post di homepage atau website, dan juga dijadikan video cover Facebook. Contoh video:

2.Video Penjelasan

Video kedua adalah video penjelasan, video bimbingan atau video yang boleh menunjukkan kepakaran kita dalam sesuatu bidang. Pilih topik-topik yang berkaitan dengan bisnes kita dan buat sedikit penjelasan mengenainya. Dalam video ini, jangan menjual. Sebab? Tujuan video ini adalah untuk menunjukkan tahap ilmu kita dalam bidang kita sendiri serta untuk meningkatkan credibility kita dan dapatkan kepercayaan pengguna. Video seperti ini lebih mudah mendapat share kerana kita lebih kepada berkongsi ilmu.

3.Video Testimoni

Video testimoni paling berkesan dalam mempengaruhi bakal pelanggan. Kerana mereka dapat melihat kepuasan pengguna lain selepas menggunakan produk/servis kita. Gunakan testimoni yang asli bukannya direka atau dibuat-buat. Video testimoni paling kuat ialah video yang dibuat sendiri oleh pengguna sedia ada, elakkan buat video testimoni dari perbualan dalam talian (Whatsapp dsb). Contoh video:

4.Video Iklan

Seterusnya adalah video iklan atau video promosi. Buat video yang simple tapi menarik, dan gunakan targeted audience di Facebook atau Instagram. Kandungan dalam video iklan ini perlu ada 3 benda utama: produk utama, Unique Selling Point, dan Call-To-Action.

5.Video Konten

Akhir sekali ialah Video Konten, ini ialah untuk dapatkan organic reach di media sosial. Video ini perlulah berunsurkan pendidikan, bermaklumat dan memberi inspirasi. Jika 4 jenis video di atas kita tak perlu buat selalu, tapi untuk video konten, adalah lebih baik jika kita sentiasa update setiap hari. Untuk video konten, kita boleh masukkan CTA di hujung video.

Terbaru!!

Panduan Ecomm Masterclass

Case Study Jualan RM1.9 Juta kurang dari setahun dengan Strategi Ecommerce Ads

Isi borang dibawah ini.. Lepas Register ni, Dapat BONUS Free bernilai RM249

Leave a Comment