Jika anda jalankan iklan di Facebook menggunakan gambar, saiz gambar facebook sangat memainkan peranan kerana setiap placement adalah berbeza paparannya. Saiz paparan di telefon pintar dan komputer adalah berbeza, paparan di Facebook dan Instagram adalah berbeza. Ini adalah sedikit panduan saiz gambar yang boleh digunakan di platform Facebook bagi tahun 2020.
Facebook Profile Photo

Saiz bagi Facebook profile photo paparan komputer ialah 170 x 170 pixel.
Dan 128 x 128 pixel bagi telefon pintar.
Facebook Cover Photo / Video
Untuk kualiti gambar yang cantik ialah menggunakan gambar berformat PNG dengan saiz 851 x 315 pixel dan bersaiz kurang dari 100kb bagi paparan komputer, dan 640 x 360 pixel bagi paparan telefon pintar.
Jika anda nak menggunakan video sebagai Facebook cover, boleh guna setting ini 820 x 462 pixel dan durasi video antara 20 hingga 90 saat. Tapi Facebook cover Video ini kurang efektif di paparan telefon pintar. Dan gambar atau video yang dijadikan cover ini tidak melanggar peraturan Facebook.
Facebook Ads
Jika gambar yang anda ingin gunakan bagi tujuan iklan di Timeline, saiz terbaik ialah sekurang-kurangnya 1200 x 628 pixel dan mengandungi perkataan (text) tidak melebihi 20%. Boleh semak menggunakan Facebook Text Overlay. Bagi iklan di Right Column, boleh guna saiz yang sama dengan Timeline tapi pastikan guna perkataan yang sedikit kerana saiznya akan jadi sangat kecil. Iklan Right Column cuma akan dipaparkan di komputer sahaja.
Facebook Messenger Ads

Jika anda jalankan iklan messenger atau menggunakan chatbot, dimana anda reply dengan gambar. Saiz normal yang boleh digunakan ialah 254 x 133 pixel dengan ratio 16:9
Facebok Carousel

Jika anda mempunyai banyak jenis produk dan ingin menggunakan iklan jenis carousel. Saiz yang disarankan ialah 1080 x 1080 dengan ratio 1:1.