8 Perkara Utama Boleh Naikkan Youtube SEO

youtube seo

Selepas habis berjam-jam berhari-hari shoot video, edit dan upload video, kita pun tunggu la view naik tanpa ada usaha apa-apa, memang krik krik la. Kita tahu konten yang dibuat memang padu, tapi kenapa tak ada orang tengok? Jawapannya ialah Youtube SEO. Jangan ingat website je yang ada search engine optimization (SEO), Youtube pun kena buat jika kita ada channel sendiri.

Ini adalah 8 tips Youtube SEO yang boleh kita cuba:

1. Katakunci (Keyword)

Disebabkan algorithma youtube tak boleh fikir macam manusia, jadi kita kena setkan katakunci tertentu. Katakunci yang nak disetkan tu mestilah antara yang trending di youtube. Jadi tak semestinya perlu set yang baru, boleh guna sahaja yang sedang popular. Kita biasa lihat, bila keluar lagu yang catchy ramai youtuber akan buat content samada cover atau reaction. Dan keyword yang digunakan akan mengandungi tajuk lagu yang sedang trendy itu.
Atau boleh cari di Google Trends Youtube Search , tapi apa pun katakunci yang digunakan, pastikan ia berkait dengan konten yang nak disampaikan. Dan keyword ini perlu ada dalam tajuk, description, subtitle dan tumbnail.

2.Tajuk

youtube seo

Nak pilih tajuk video pun agak mencabar, yang kita nak ialah bila orang tengok tajuk sahaja pun terus klik. Dan juga untuk memudahkan Youtube Algorithm membaca tajuk kita. Tajuk yang diletak juga perlu Nampak labih natural, contoh konten yang saya buat “setup chatbot”, disebabkan ia terlalu luas jadi saya kecilkan skop “How to setup Chatbot for Beginner”. Dengan ini, saya sudah beritahu dengan jelas kepada Youtube mengenai apa video yang saya upload ni.

3.Penjelasan

Seterusnya dibahagian penjelasan (description), penjelasan ni sebaiknya panjangnya antara 150 ke 250 patah perkataan dan mengandungi katakunci yang kita telah setkan. Untuk baris pertama hingga ketiga, perlu guna ayat yang menarik supaya trigger orang nak tekan “show more”. Seterusnya letak juga Call-to-action dan juga link yang berkaitan, seperti ke website kita sendiri.

4.Thumbnail

Ini antara perkara yang ramai youtube abaikan, mereka terus guna thumbnail dari salah satu scene dalam video mereka. Adalah lebih baik kita upload thumbnail yang lebih menarik perhatian. Sesetengah youtube menggunakan Teknik clickbait seperti wajah terkejut, menangis dan lain2 emosi.

5.Tags

Klik “More Option” dan cari bahagian Tags. Seperti kita guna hashtag (#) di Instagram & Facebook, Youtube juga perlu ada tags bagi memberi lebih maklumat kepada Youtube dan juga Google ketahui lebih lanjut mengenai konten yang kita upload dan memaparkan apabila pengguna mencari dengan tag yang tertentu.

6.Kategori

youtube seo

Youtube meletakkan 15 kategori utama untuk memudahkan pengguna mencari video yang mereka inginkan. Jadi padankan konten yang kita nak sampaikan dengan kategori yang betul supaya sampai ke audiens yang tepat.

7.Sarikata

Sarikata (Subtitle) sebenarnya sedikit sebanyak membantu Youtube Algorithm untuk membaca keyword dalam content. Tetapi yang utama ia mampu membantu pengguna terutama jika audio tak berapa jelas, atau situasi dimana mereka tidak boleh menggunakan speaker.

8.Card & End Screen

Disini kita boleh letak 2 fungsi pada video kita iaitu “Add an End Sceen” dan “Add Cards. End screen adalah tempat dimana kita boleh promote penonton untuk melihat video-video kita yang lain, subscribe channel atau ke channel lain yang berkaitan.

Yang kedua ialah Add Cards, ia sama seperti End Screen tetapi kita boleh letak di sepanjang video dimain atau di beberapa part sahaja.Dan ia mempunyai satu fungsi iaitu poll dimana kita boleh minta penonton memberi jawabbalas, tujuan dua fungsi ini ialah untuk kita berhubung dengan penonton dan memastikan mereka terus setia dengan konten kita selama yang mungkin. Lagi lama penonton melihat video kita, lagi tinggi keupayaan untuk naik di rank youtube.

Terbaru!!

Panduan Ecomm Masterclass

Case Study Jualan RM1.9 Juta kurang dari setahun dengan Strategi Ecommerce Ads

Isi borang dibawah ini.. Lepas Register ni, Dapat BONUS Free bernilai RM249

Leave a Comment