Kepentingan SEO Website, 3 Tools Utama Dan Content Website

Awal bulan 9 haritu, saya migrate web ke Lernify.com. Sejak dari tu, web lama ubaidullahjaafar.com dah tak pakai.. Semua urusan membership, online course dah tukar ke lernify..
Tapi, sayang pulak nak padam web lama, sebab organic traffic dah mula masuk..
Konten konten lama dalam website, bila search di google dah ada beberapa artikel kat 1st page Dan dah ada traffic dari situ. Baru nampak betapa pentingnya SEO website ni.

Kesimpulannya, saya buat macam ni:

1. Padam semua membership dalam web lama, sebab dah migrate ke web baru

2. Woocommerce semua saya padam, sebab nak fokus jualan di website Lernify

3. Layout semua ubah, Fokus Konten sahaja..
.
Cuma, jujur saya bagitahu, saya pun baru dalam Konten SEO.. Masih banyak belajar.. Cuma saya nak share apa saya buat, kalau salah betulkan saya:

1. SEO Website optimization

Jika gunakan website jenis wordpress, boleh install plugin untuk SEO optimization, iaitu Rank Math.. Yang saya pelik sangat, plugin untuk stup seo website ni percuma, dan tak de pulak kena upgrade pro ke apa.. Tapi, dia kira okay la, memang membantu kalau kita ni jenis bukan IT..

website seo

Masa nak setup tu, cuma klik klik siap dah melalui ‘start wizard’. Bila dah setting, ada beberapa rule yang kena ikut, masa kita setup artikel. Antaranya Focus Keyword dari post content yang kita publish, Panjang artikel, Alt image, Interlink ke artikel sebelum, link ke website luar, dll.. Nanti saya share kat bawah ya..

2. Plugin Site Kit

Gunakan plugin Site Kit dimana plugin ni anda mudah sangat nak submit ke Google Search console. Benda ni la yang membantu rank SEO website anda. Dulu siap kena buat manual, nak verify semua manual, kena copy paste kod kat website dan verify. Untuk orang bukan IT background macam saya ni, mulanya memang stuck tengah jalan..

Cuma Sekarang hanya klik klik je siap.. Hehe.. Search je plugin Site Kit by Google.. Site kit ni la yang bantu website anda nak connect dengan platform google melalui

..Search console – submit web & rank website
..Analytics – nak tahu data traffic, audiens, behaviour, dll
..Tag manager – if nak track traffic ke website kita
..Adsense – boleh connect terus disini.. tambahan kalau blogger, konten, nak buat duit adsense melalui iklan google di website anda.

3. Jetpack

plugin Jetpack ni aku suka sebab dia boleh speed up website, security, free use, dan official plugin dari Automatic.. Boleh guna free version, still dapat optimize benda ni untuk website kita

jetpack

..Optimize image
..Optimize lazyload image
..Optimize speed website
..Security from Bruteforce Attack – orang nak login pecah masuk dlm website kita, jetpack ada option ni
..Security from SPAM – kena connect dengan Akismet Anti Spam plugin dulu

Okay.. rasanya 3 plugin ni dah cukup dah membantu untuk SEO Website anda. . Bawah ni pula, apa kena buat kalau nak Ranking website anda ke Google..
.
.
1. Submit sitemap –
Kat rank math plugin tu ada option untuk generate sitemap url.. Dimana sitemap ni lah struktur link dalam website anda.. Struktur link ni akan dihantar ke google melalui Google Search Console. Cari je option Site Map.. Copy link sitemap website anda, dan paste di bahagian google search console, kemudian klik submit..

Rujukan: https://www.youtube.com/watch?v=pZ24HuiolDs

2. Focus Keyword – apa keyword yang anda fokus dalam konten anda, biasanya, fokus keyword ni ada dalam tajuk, subtajuk permulaan ayat dan isi, serta URL. Contoh, cara nak edit video.. saya buat fokus keyword, edit video, cara edit video, dll.. So setiap dalam sub tajuk & isi ada perkataan edit video yang berlainan penerangannya.. bukan copy paste edit video banyak2 macam spam tu ye..

3. Tajuk & Subtajuk – Sebaiknya, konten kita bukan hanya perenggan, atau karangan tapi tiada sub tajuk langsung.. Pecahkan karangan kita tu kepada beberapa sub tajuk, dimana ia membantu dalam fokus keyword kita.. kita kena kategori subtajuk dalam, H2, H3, dan seterusnya jika ada sub kepada sub tajuk.. Biasa saya sampai Sub-sub tajuk H3 je..

4. Panjang artikel – Ini memainkan peranan penting, sebaiknya lebih panjang lebih bagus ya.. Nak bagi panjang tulis macam ni.. apa, mengapa, dan bagaimana, serta contoh.. Setiap huraian sub tajuk buat mcm tu.. Formula 4W1H (what, where, when, who & How). Panjang artikel dalam 600 patah perkataan ke 2500 patah perkataan.

5. ALT image – Setiap artikel, sebaiknya kena ada gambar. dan sebaik baik gambar ada keyword sekali. Sebab? Orang search gambar, guna keyword. Jadi keyword ini yang membantu jumpa image yang dah set alt image.. Maka ia membantu SEO rangking anda..

6. Nombor – amat memainkan peranan penting juga.. Kalau boleh masukkan dalam tajuk.. 7 cara nak XXXX..

7. Interlink – Ada beberapa artikel anda ni, ada kena mengena dengan artikel sebelum ni.. Jadi anda boleh highligh text tersebut, dan hyperlink kan ke artikel sebelum ini..

8. External link – Bukan ke artikel internal dalam website anda je.. Kalau boleh, ambil beberapa sumber luar dan jangan lupa hyperlink ke website luar.. Sumber yang kukuh, boleh naikkan kredibiliti penulisan anda.. sebab anda bukan main tulis je.. siap ada sumber kot.. hehehe

9. Tag & Kategori – Tag dan kategori ni pun bagus juga.. Tag ni macam hashtag, kita letak berapa banyak, bila orang klik tag tersebut di website kita, akan keluar artikel artikel lain yang sama tag.. Sama cuga kategori, kita kena kategori kan artikel agar kita tahu topik besar artikel ini berkenaan apa..

10. Keyword repetition – Mengulang keyword banyak kali secara authentic writing, bukan copy paste tapi tak ada isi.. Repeat fokus keyword ini di permulaan isi, sub tajuk, dan isi di dalam sub tajuk.. tapi jangan lah banyak sangat.. Cukup la satu perenggan 1-2 kali dah okay dah.. Nampak konten yang kita tulis nanti tak macam dibuat buat.. Google penting kan isinya ya..
.
11. Backlink – Ni yang paling mudah nak naik rank, tapi bukan dengan cara SPAM, antaranya ASK owner website lain linkkan url artikel kita dalam artikelnya..

Contohnya, mereka ada tulis pasal tips video, kebetulan kita pun ada share benda yang sama, jadi mereka boleh hyperlink ke website kita..

Cara lain, kita dan nak dapat backlink cara mudah, kita kena contribute dalam perbualan satu forum.. Then bagi jawapan dan pandangan kita, disertakan link artikel kita yang merujuk kepada topik forum tersebut..

Ada juga yang suka SPAM link website di komen komen artikel di website orang lain, cara seperti ini salah, dan dilarang oleh google sama sekali..

Tips penulisan konten untuk owner produk:

1. Anda ada produk, anda tahu masalah pelanggan anda, jadi buatlah penulisan berbentuk

..tips
..panduan
..cara atasi

Perkongsian pribadi berbentuk pengetahuan & ilmu yang bersifat santai. Orang suka baca pengalaman dari orang lain..
Contoh saya berpengalaman edit video, saya buat la ikut macam ni:

cara edit video
aplikasi edit video
lokasi shoot video
punca susah edit video
course edit video sesuai

2. Nombor diawal tajuk anda macam diatas tadi, Contoh nya.. seperti tajuk diatas ni, saya tambah nombor di awal tajuk. Pastikan, anda pecahkan sub tajuk ikut nombor tadi kalau 7 tips, bermakna ada 7 sub tajuk.. Seperti ini

7 cara edit video
8 aplikasi edit video
6 lokasi shoot video
3 punca susah edit video
5 course edit video sesuai

3. Tambah ayat power di belakang, ayat power ni sebab tajuk diatas ni masih umum.. Kita nak spesifikkan sedikit.. So akan jadi macam ni..

7 cara edit video mudah
8 aplikasi edit video yang senang digunakan
6 lokasi shoot video yang sesuai untuk wedding
3 punca susah edit video dan cara atasinya
5 course edit video sesuai untuk newbie

4. Buat research tentang tajuk artikel sesuai dengan menggunakan Google Extension

..Keyword Anywhere – Nanti akan list related tajuk bila anda search google. Mungkin ini boleh generate idea anda untuk menulis. Dulu free, sekarang berbayar.. Masih boleh guna, tapi limited.

Dapatkan disini: https://keywordseverywhere.com/

..Keyword finder – Ni lebih kurang juga, anda boleh search related problem, keyword, atau apa apa tajuk yang general, nanti akan auto suggest tajuk artikel.. Free 10K list tak silap saya..

Dapatkan disini: https://keywordfinder.io/
.
Gambar dibawah ni, Aku dapat free 535 klik & 7.2K impression, dalam masa 28 hari..


Banyak jugak tu, kalau run ads nak dapat 500 klik ni ke konten, dalam RM125 – RM250 kosnya.


P/s: BTW, terima kasih baca sampai habis.. Aku share je.. Aku share bukan aku power, aku share sebab aku nak share, aku suka share, dan better aku share, dari orang lain sengaja tak mahu share, lebih baik aku share.. so silakan SHARE.. hihihi
Klik sini kalau nak tahu 10 SEO percuma yang boleh pakai untuk tingkatkanrank di Google

Terbaru!!

Panduan Ecomm Masterclass

Case Study Jualan RM1.9 Juta kurang dari setahun dengan Strategi Ecommerce Ads

Isi borang dibawah ini.. Lepas Register ni, Dapat BONUS Free bernilai RM249

Leave a Comment