8 Teknik Sales Page Yang Convert Produk Mahal

Saya start menulis sales page tahun 2017. Dan antara 3 pakej, jarang user beli pakej paling rendah. Biasanya user beli pakej tengah2 & paling mahal sekali. Ini perkongsian saya semoga dapat membantu sesiapa yang nak convert produk mahal melalui sales page.
Tapi sebelum tu, jika yang belum pernah ada sales page ni dan tak ada idea nak mula boleh baca disini. Ok, kita teruskan

Apply Teknik Ni Dalam Sales Page:

1. Jual Secara Pakej

Jika kita ada banyak produk, kita boleh pakejkan dengan produk produk lain, tapi dalam satu niche. User boleh pilih nak pakej mana. Contoh
Produk A + B + C = RMXXX
PROMOSI
RMYYY (Jimat RMXX)

2. Jual Dengan Combo

Jika kita nak fokus 1 produk, tapi nak dapat per-customer-purchase tinggi, kita boleh pakejkan dengan Combo iaitu kita cadangkan beli lebih 1 unit. Beli semakin banyak semakin dapat jimat, berbanding beli 1 unit je. Bagitau reason dengan jelas kenapa perlu beli banyak? Contoh situasi:

  • Masa : Beli 3 unit nanti boleh jimat & pakai set yang tahan 3 bulan terus
  • Variasi design: Beli 3 unit sebab nanti senang boleh pilih nak design mana satu
  • Variasi warna: Beli 3 unit sebab ada banyak pilihan warna kesukaan.

Mulakan pakej combo paling mahal dulu masa presentation harga.. Sebab user akan bermula baca harga paling tinggi dulu.
3 x Produk A = RMXXX (Jimat RMYY)
2 x Produk A = RMXXX (Jimat RMYY)
1 x Produk A = RMXX

3. Banyakkan Freegift

Banyakkan freegift walaupun barang freegift tu murah di pasaran. Semua orang suka kalau beli barang dapat freegift, walaupun sekeping kad penanda buku. Lebih baik, freegift ni yang related dengan produk Utama yang kita jual tu.
Lagi banyak lagi bagus. Lebih baik letakkan sekali di sales page kita nilai harga. Baru lah user tahu freegift ni valuable!

4. Variasi Ciri / Warna

Variasi ni, antara salah satu reason yang boleh buat orang beli produk kita lebih dari 1 unit, disebabkan nak ciri berbeza atau nak warna berbeza. Contoh boleh listkan:

Produk A – Formulasi A
Produk A – Formulasi B
Produk A – Formulasi C
ATAU;
Produk A – Warna A
Produk A – Warna B
Produk A – Warna C
Ambil ABC bagus utk siang, malam, nak tidur, senja.

5. Table of Comparision Dengan Harga Luar

Table ni kita akan nampak, owh kat luar standard mcm ni, dapat ni jer, tapi dengan kita dapat lebih. Table ni kita listkan pelanggan bakal & freegift beserta nilai. Contoh:

3x Set XXX RM180
Freegift A RM5
Freegift B RM15
Freegift C RM10
Jumlah RM200
Harga Promosi kita RM1XX je!

6. Status Unit Yang Terjual @ Stok Yang Ada

Paparkan berapa unit dalam bentuk nombor highlight warna merah menunjukkan dah berapa dah terjual dari masa kes semasa.. Ini akan influence bahawa produk kita sedang fast selling. Namun fungsi Ecommerce dah siap sediakan secara automatik setiap user beli, akan tunjuk berapa unit dah terjual.

Atau anda boleh tunjukkan jumlah stok yang tinggal dalam bentuk unit. Dimana ecommerce pun boleh set berapa actual stok yang kita nak launch, dan dia akan auto decreased setiap user buat pembelian.

7. Tarikh Tutup Promosi

Ni pun penting jugak, tak semua offer kena buka sepanjang waktu. Jadi tarikh tutup ni, akan create urgency, buatkan user untuk grab masa promosi. Hari lain, mungkin kita kembali pada harga biasa.

Adakala promosi tidak semestinya harga. Kita tak semestinya perlu ajar user asal promosi mesti potong harga. Namun, itulah strategi yang di buat oleh pasaraya. Ada juga yang tak jujur. Sebaiknya kita elakkan.. boleh jadi promosi dengan freegift kita beri samada:

  • Freepostage
  • Free coupon code
  • Free transaction cost (if available)
  • Etc

8. Pilihan Harga (Table pricing )

Jangan jual satu harga shja, Jual harga berbeza. Buatkan user ada pilihan untuk memilih pakej apa. Sesuai dengan bajet dan kemampuan diri mereka. Kita sediakan pakej ikut kelas seperti contoh dibawah:

Ekonomi
1x produk A
1x Freegift A
Harga XX (Jimat RM YY)

Standard
2 x produk B
1 x Freegift A
1 x Freegift B
1 x Bonus C
Harga XX (Jimat RM YY)

Premium
3 x Produk C
1 x Freegift A
1 x Freegift B
1 x Bonus A
1 x Bonus B
Harga XX (Jimat RM YY)

Dalam website, kalau kita buat guna page builder, block ini dinamakan pricing table. Sebaiknya 1-3 pricing table dah cukup baik. Contoh seperti gambar dibawah

sales page

Lebihkan freegift pada pakej Premium & Standard, sebab user adakalanya tertarik dgn freegift yang banyak dan tiada masalah nak beli pakej paling mahal..

Terbaru!!

Panduan Ecomm Masterclass

Case Study Jualan RM1.9 Juta kurang dari setahun dengan Strategi Ecommerce Ads

Isi borang dibawah ini.. Lepas Register ni, Dapat BONUS Free bernilai RM249

Leave a Comment