7 TIP UNTUK MENJADI DROPSHIP BERJAYA

Share This Post

Share on facebook
Share on linkedin
Share on twitter
Share on email

Ramai orang sekarang yang ingin berniaga tidak mengira umur yang muda mahupun yang tua. Ramai yang ingin mencari pendapatan sampingan untuk menampung keperluan kehidupan buat masa kini. Tetapi terdapat masalah yang timbul yang iaitu untuk berniaga perlulah modal yang besar. Tanggapan itu adalah benar. Namun ada juga, berniaga tetapi tidak perlu modal yang besar iaitu menjadi dropship.

Dropship ialah sesebuah bisnes untuk seseorang indidvidu yang mahu berniaga tanpa perlu untuk menyimpan stok dengan lama. Tugas seorang dropship hanyalah untuk mengambil pesanan dan mempromosikan perniagaan di mana-mana platform media sosial dan rakan-rakan. Tugas menghantar produk diserahkan kepada pihak pembekal.

Dropshipper juga akan menerima komisyen hasil daripada jualan yang dibuatnya. Komisyen akan menjadi besar dan berbaloi apabila barang yang terjual adalah banyak. Untuk menjadi dropshipper yang berjaya anda perlulah mengetahui rahsia yang digunakan. Oleh itu, mari kita ketahui 8 tip untuk menjadi dropship berjaya ini.

Berikut 7 tip untuk menjadi dropship berjaya

1. Cari Produk Yang Viral Atau Popular

Sebagai seorang dropshipper, anda perlulah mencari produk yang telah viral atau popular. Ini kerana kebarangkalian untuk pelanggan anda untuk membeli produk anda adalah sangat tinggi. Anda perlulah peka dengan isu semasa dan trend di keadaan sekeliling anda.

2. Mencari Pembekal Berpotensi

Pembekal memainkan peranan amat penting bagi seorang dropship. Dropshipper perlulah mencari pembekal yang berpotensi di mana, permbekal perlulah mempunyai barang yang mencukupi untuk dijual dan mempunyai kedai ataupun gudang untuk menyimpan banyak barang. Dropshipper mestilah mengetahui tentang latar belakang pembekal dan produk.

Dropshipper juga perlulah mencari barang yang murah untuk dijual. Sebagai contoh barang yang terus diambil daripada kilang ataupun pembekal. Ini kerana anda boleh mendapatkan keuntungan yang berlipat kali ganda berbanding biasa apabila anda ambil barang dengan harga yang murah. Ini akan membuatkan anda lebih mudah dalam menjana pendapatan.

3. Tumpukan Hanya Pada Satu Produk Dan Pembekal.

Anda perlu tumpukan perhatian sepenuhnya kepada satu produk dan pembekal sahaja. Untuk membuat perniagaan yang melebihi satu adalah tidak digalakkan. Ini kerana pasti akan menjejaskan prsetasi anda dalam membuat “marketing” sesebuah produk itu. Dalam membuat analisa pemasaran juga akan memeningkan anda, jikalau anda membuat melebihi satu perniagaan.

4. Produk Mesti Dicuba Terlebih Dahulu

Sebelum anda menjual sesebuah produk, anda perlulah merasakannya sendiri. Daripada situ juga, anda boleh menilai sejauh mana produk ini sama ada produk ini boleh pergi jauh ataupun tidak. Anda perlulah menilai daripada segi kualiti barang dan pembungkusan produk itu sendiri. Jikalau anda tidak merasa terlebih dahulu sebelum menjual, ini akan menimbulkan masalah kepada anda dengan pembeli.

Anda juga perlu tahu tentang produk itu secara detail agar mudah untuk anda apabila anda ditanya pelbagai soalan.

5. Memiliki Ramai Pengikut Di Media Sosial

Media sosial adalah platform yang amat berkesan untuk anda mempromosikan barang anda. Anda perlulah mempunyai pengikut yang ramai untuk mempromosikan barang anda agar diketahui ramai. Sebagai mana yang anda tahu, Facebook membenarkan anda untuk menambah rakan sehingga 5000 orang dalam satu-satu masa.

Jika anda mempromosikan produk anda di dalam Facebook lebih mudah untuk dikenali dan mudah terjual. Anda hanya perlu mengisi nombor telefon, alamat perniagaan, meletakkan gambar produk dan nama sebenar anda. Hal ini kerana, lebih dipercayai oleh semua orang untuk membelinya.

Sekiranya anda, tidak mempamerkan identiti anda yang sebenar. Ini akan menurunkan kepercayaan pelanggan terhadap anda. Anda perlulah menggunakan nama sebenar dan jangan gunakan nama samara anda agar orang lebih mudah mengenali anda. Perkara yang sama juga anda perlulah lakukan di platform media sosial yang lain seperti Twitter, My Space dan lain-lain.

6. Usaha Yang Gigih

Perniagaan amat memerlukan usaha yang gigih juga untuk memastikan perniagaan kita berjalan dengan lancer. Selain usaha juga, doa amatlah penting untuk kita amalkan. Ini mengikut kepercayaan agama masing-masing.

Sedekah perlulah dilakukan apabila menerima keuntungan agar rezeki yang diperolehi lebih diberkati.

7. Membuat Page Sendiri

Page yang khas untuk berniaga perlulah dibuat untuk tujuan mudah untuk anda mempromosikan barangan anda disitu dan memuatnaik status perniagaan anda disana. Adalah tidak digalakkan untuk menggunakan akaun personel untuk berniaga. Ini kerana akan menghadkan untuk anda menambah rakan dan juga tidak boleh memperluaskan perniagaan anda.

Akaun personel tidak digalakkan kerana akan menyebabkan anda pening untuk menguruskannya. Akaun personel digunakan hanyalah untuk memuatnaik status tentang anda dan keluarga anda. Page perniagaan pula hanyalah untuk perniagaan sahaja. Kalau anda campurkan kedua-duanya sekali, nanti pelanggan anda juga akan mendapat tahu tentang situasi personel semasa anda.

Dikreditkan oleh https://daku-amat.blogspot.com/2016/11/8-tip-untuk-menjadi-dropship-berjaya.html

Untuk tip yang lebih menarik, anda boleh klik di sini

close

Leave a Reply

Subscribe To Our Newsletter

Get updates and learn from the best, Free Powerpoint Template worth $300.. Get Here!

More To Explore

3 Cara Kembangkan Bisnes Anda
Artikel

3 Cara Kembangkan Bisnes Anda

Apabila anda mula berniaga, anda akan bermula dari 0 sale, kita mula belajar dapatkan sales pertama contohnya dapat rm100. Lepastu kita teruskan lagi, pusing modal dan sebagainya, capai target rm1000

Apakah Kekurangan Dan Batasan Website Builder
Artikel

Apakah Kekurangan dan Batasan Website Builder?

Adakah anda memerlukan laman web untuk perniagaan anda? Adakah anda berfikir untuk menggunakan pembangun laman web (iaitu Wix, GoDaddy Website Builder, Squarespace, dll.)? Adakah anda tahu kekurangan dan had kebanyakan

Artikel

4 Cara Tingkatkan Jualan Untuk Bisnes Anda

Tentu anda sebagai usahawan ataupun peniaga pernah mengalami masalah kekurangan jualan dan juga pelanggan. Tidak dinafikan lagi yang kita akan buntu dan mula merasa putus asa untuk terus berniaga. Tapi,

Sponsored

Case study Setup Messenger Ads dengan Chatbot Mudah

chatbot
Share on facebook
Share on google
Share on twitter
Share on linkedin
Share on facebook
Share on google
Share on twitter
Share on linkedin
Scroll to Top