7 Platform Promosi Produk Guna Pemasaran Digital

pemasaran digital

Share This Post

Share on facebook
Share on linkedin
Share on twitter
Share on email

Ada produk nak dijual, tapi orang tak tahu pun kewujudan produk anda? Pesaing yang mirip pula banyak sangat diluar sana? Nak mula pemasaran tapi tak tahu platform mana nak pakai untuk mempromosikan produk-produk anda? Gunalah kaedah Pemasaran Digital. Pemasaran Digital ialah satu usaha untuk mempromosikan produk atau jenama dengan menggunakan applikasi media digital. Selain tujuan pemasaran, ia juga dijadikan medium yang menghubungkan penjual dengan pelanggan dengan lebih kos efektif.

7 Platform Pemasaran Digital

Facebook Ads

Facebook Ads ni merangkumi iklan berbayar dan percuma. Jika dulu Facebook menjadi medium penghubung, tapi sekarang Facebook sudah menjadi medium jual beli paling aktif dan popular. Asalkan produk yang dijual tidak melanggar polisi yang telah ditetapkan. Sebelum jalankan iklan di Facebook, pastikan objektif anda jelas samada untuk brand awareness, jualan terus, atau conversion di website.

Google Ads

Jika anda ada website anda sendiri, anda juga ada dua pilihan seperti FBAds iaitu dapatkan pelanggan secara organic melalui blog & SEO ataupun menggunakan Google Ads bagi menarik pelanggan ke web anda dengan lebih cepat. Google Ads menggunakan kaedah pay-per-click (PPC) iaitu kita akan di kenakan bayaran setiap kali pengguna klik pada ads. Rate untuk pengguna masuk ke website lebih tinggi disebabkan website kita akan berada paling atas di carian mereka dan pengguna yang masuk adalah tergolong sebagai leads yang berkualiti. Dalam masa yang sama ia menjadi salah satu usaha brand awareness.

Search Engine Optimization (SEO)

SEO kebanyakan digunakan pada website yang banyak memberi konten. Dengan adanya bahagian BLOG, kitab oleh masukkan lebih banyak konten yang berkaitan produk dan dengan meletakkan katakunci (keyword) yang tertentu boleh membantu Google Algorithm mengenalpasti website kita dengan lebih jelas dan menaikkan rank di carian Google. Tapi gameplan SEO adalah untuk long-term dimana lebih kepada memperkenalkan produk bukan untuk terus menjual.

Email

Pemasaran melalui email masih relevan pada sesetengah jenis produk. Kebiasaannya email tidak digunakan untuk mencari pelanggan baru tapi digunakan untuk mengekalkan pelanggan sedia ada iaitu dengan memberi offer, diskaun, promosi dan update baru kepada mereka. Buat kajian untuk dapatkan waktu yang tepat untuk blast email pada pelanggan. Email juga boleh digunakan untuk dapatkan review dari pelanggan.

Kontent

“Content Is King” pemasaran melalui konten adalah paling saya suka sebab kita tak terus menjual, sebaliknya kita mendidik pengguna dengan memberi maklumat am dan sedikit sebanyak yang berkaitan produk kita. Kebanyakan pengguna akan membeli sesuatu produk setelah mereka tahu atau faham akan kegunaan sesuatu produk dan bagaimana ia boleh menyelesaikan masalah yang mereka hadapi. Gunakan formula 80/20 iaitu 80% content dan 20% menjual. Kontent boleh dibuat dalam beberapa bentuk seperti video, blog, case study, testimoni, social media post, infografik dsb. Tapi pastikan pilih topik yang betul dan mempunyai kaitan dengan produk yang kita ingin jual.

Social Media Post

pemasaran digital
Sumber: Google Image

Platform seperti facebook, twitter & Instagram adalah antara platform social media yang terkenal dengan bahagian post. Pengaruh yang mampu diberi dalam setiap post sangat besar. Jika anda ada produk baru, bina satu post mengenainya. Ceritakan segalanya mengenai produk anda, USP, cara penggunaan, kelompok pengguna, ceritakan bagaimana anda mampu membantu masalah mereka. Gunakan fungsi hashtag (#), jadikan ianya unik atau gunakan hashtag yang popular dan trending di media social. Post yang mendapat banyak view, komen dan share boleh digunakan untuk tujuan retargeting.

Website Page

Platform terakhir untuk pemasaran digital ialah website.Anda boleh Tarik audiens dari platform-platform lain ke website anda. Tapi pastikan design website anda telah di optimize sebaik mungkin kerana impresi pertama akan memberi impak besar kepada bakal pelanggan anda. Tarik mereka dengan rupa website, gunakan banyak konten bergambar, video dan inforgrafik. Tingkatkan pengalaman pengguna (UX) dengan butang navigasi yang berfungsi dan mampu membawa kemana pengguna mahu pergi. Dan tingkatkan kelajuan respon website supaya mereka kekal lama di website anda.

Kesimpulannya, banyak kaedah dan platform pemasaran digital yang boleh digunakan untuk mempromosikan dan menjual produk anda. Terus buat kajian dan ujian bagi mendapatkan maklumat yang lebih tepat mengenai sasaran pengguna anda dan kesesuaian platform mana yang perlu diguna mengikut objektif anda.

Leave a Reply

Subscribe To Our Newsletter

Get updates and learn from the best, Free Powerpoint Template worth $300.. Get Here!

More To Explore

website

10 SEO Percuma Meningkatkan Rank di Google

Agak sukar untuk meningkatkan rank website di pencarian Google tanpa bantuan dan panduan yang betul. Oleh itu kita memerlukan SEO Tools untuk membantu dengan data-data dan paling penting keyword yang

3 Cara Hilangkan Rasa Takut Berniaga
Tips Menarik

3 Cara Hilangkan Rasa Takut Berniaga

Mungkin ada di antara anda yang teringin sangat nak berniaga tapi takut atas sebab-sebab yang tertentu. Topik kali ni khas untuk orang yang takut berniaga tapi nak berniaga. Rileks, anda

Sponsored

Case study Setup Messenger Ads dengan Chatbot Mudah

chatbot
Share on facebook
Share on google
Share on twitter
Share on linkedin
Share on facebook
Share on google
Share on twitter
Share on linkedin
Scroll to Top