Dah ada Facebook Business Page ke? Ada bisnes dan masih post iklan di group-group dan di facebook personal? Tak ada masalah, sebab ia pun adalah satu jenis pemasaran percuma. Tapi ia susah nak berkembang kepada sasaran dan pelanggan baru yang lebih besar. Sebab apa? di group terhad kepada ahli group sahaja, dan hanya ahli yang aktif atau recently active sahaja akan naik notification dan news feed, ada pula group yang ada syarat diletakkan jika nak iklankan apa-apa. Manakala di facebook personal pula hanya ada keluarga dan kawan-kawan sahaja. Kalau senarai rakan dah cecah 5ribu atau 10ribu ke atas macam artis, influencer atau public figure, nak menjual pun dah tak ada masalah. Jadi penyelesaian yang paling mudah ialah bina Facebook Business Page anda sendiri. Ini adalah kelebihan Facebook Business Page:
- Professional – Dengan ada page bisnes, kredibiliti bisnes lebih tinggi dan dalam masa yang sama boleh branding kan specific produk atau brand. yang penting pelanggan lebih yakin bila mereka search, page kita keluar.
- Follower – yang baiknya page tiada had follower/fans. Nak 10k, 1juta pun tak ada masalah.
- Iklan – nak jalankan FBAds sudah semestinya kena ada page dan post di page boleh run ads. Boleh dapatkan audiens yang lebih targeted dengan setting-setting dalam Ads Manager.
- Insight – yang ni penting bagi marketer,kita nak dapatkan data-data mengenai audiens dan mengenai post-post. Nak tahu iklan mana yang ada potensi, post yang mana dapat banyak engagement.
- Jualan – dari page kita boleh terus letak produk di bahagian Shop. Jika di post boleh nak hardsell atau softsell.
Banyak lagi kelebihan jika ada Facebook Business Page ni. Susah ke nak buat page ni? Senang sangat. Follow sahaja step dibawah:
Table of Contents
1.Create Page
Pergi ke facebook.com/page/create. Ada dua pilihan iaitu nak page untuk Business or Brand atau Community or Pulic Figure. Boleh pilih ikut objektif dan nature bisnes kita. Untuk post kali ni, kita buat untuk page bisnes. Klik butang Get Started.

Kemudian, masukkan nama page dan kategori. Nama ni biarlah yang memudahkan orang cari seperti nama brand produk atau nama syarikat. Klik butang Continue bila dah selesai.

2.Gambar
Masukkan gambar untuk Profile Picture dan Cover Photo. Pilih gambar yang sesuai dengan bisnes kita. Disebabkan profile picture akan berada dalam bulatan, pastikan gambar brand tak sampai ke bahagian bucu gambar. Bila dah ada gambar yang sesuai, klik Upload

3.Username
Lepas step 2 diatas, maka wujudlah satu page anda. Tapi belum siap sepenuhnya lagi, masih ada beberapa setting yang perlu dibuat. Seterusnya ialah setkan Username. untuk apa Username ni? kegunaannya ialah memudahkan pengguna facebook lain mencari. Bila dah masukkan username, klik Create Username


4.Maklumat Bisnes
Page dah ada, mestilah kena ada maklumat yang kita nak bagitahu pengguna apa nature bisnes, lokasi, waktu beroperasi, macam mana mereka nak hubungi kita dsb. Isi semua dan save.

5.Mula Post
Kita dah boleh create post kontent yang ingin kita sampaikan kepada pengguna. Untuk permulaan jangan terus menjual, mulakan dengan beri kontent dan intro dahulu.

6.Publish Page
Dan akhirnya kita boleh publish page! Yay!! Tapi disebabkan kita create page baru, jadi masih belum ada follower/fans. Jadi kita boleh invite senarai rakan dahulu untuk permulaan. Seterusnya baru buat kontent dan like marketing atau engagement. Baca sini jika nak jadikan senarai rakan terus kepada follower/fans.
