5 Platform Bina Infografik Dengan Mudah Secara Online

Share This Post

Share on facebook
Share on linkedin
Share on twitter
Share on email

Infografik adalah satu kaedah penyampaian sesuatu info dalam bentuk gambar (vector) dan mempunyai maklumat dan data-data yang telah diringkaskan. Infografik banyak digunakan oleh mereka yang banyak melakukan kajian, dengan data-data yang telah dikumpul, proses penyampaian kepada umum lebih mudah difahami dengan sedikit teknik gambaran serta poin penting yang menyokong. Tapi bagaimana ingin hasilkan infografik jika kurang kemahiran dalam software seperti Adobe Illustrator? Disini terdapat 5 platform online yang boleh digunakan dengan mudah.

1. Canva

Canva sangat membantu mereka yang kurang pengetahuan dalam design terutama dengan interfacenya yang ringkas. Kebanyakan koleksi gambar dan ikon di dalam Canva adalah percuma. Jika tiada idea untuk mulakan dari awal, Cuma perlu pilih template sedia ada yang ringkas tetapi sangat menarik. Setiap gambar, text dan ikon boleh diubah mengikut kehendak pengguna.

2. Visme

Visme menggunakan system block dalam membina infografik. Ia lebih kompleks berbanding Canva  jika memilih membina dari kosong. Proses bermula dari block headers, statistic, gambar rajah, grafik, dan sebagaiya. Boleh memilih antara menggunakan konten yang sedia ada atau mengupload dari sumber lain. Untuk pengguna percuma, beberapa fungsi agak terhad seperti hanya 5 projek sahaja, template yang terhad dan hanya boleh disimpan dalam bentuk JPG sahaja.

3. Piktochart

Piktochart juga salah satu platform online yang dapat hasilkan infografik yang lebih professional. Template dan interface Piktochart lebih baik dari Visme, tetapi ada beberapa fungsi yang tidak dapat menandingi Visme. Untuk pengguna percuma, hasil Cuma boleh dimuaturun dalam format PNG dan mempunyai watermark.

4. Venngage

Venngage lebih menyerupai Canva dan tidak menggunakan system block seperti Visme. Kelebihan Venngage adalah mempunyai tools group and lock dimana ia memudahkan kerja editing infografik yang besar kerana mudah untuk menyalin fungsi block.

5. Infogram

Infogram juga merupakan online platform yang terbaik untuk membina infografik, tetapi untuk pengguna percuma fungsinya sangat terhad. Hasil infografik percuma hanya boleh dimasukkan kedalam blog dan akan mempunyai watermark serta tidak boleh muaturun dalam bentuk gambar ataupun PDF.

close

Leave a Reply

Subscribe To Our Newsletter

Get updates and learn from the best, Free Powerpoint Template worth $300.. Get Here!

More To Explore

8 Tips Penting Buat Bisnes Online Dropship
Artikel

8 Tips Untuk Bisnes Online Dropship

Zaman sekarang boleh katakan semua orang nak buat bisnes online. Senang cakap, kalau kita ambil batu dan baling, mesti akan jatuh atas kepala orang yang buat bisnes online. Ha, macam tu lah

Artikel

Apa tu hosting VPS?

Untuk membuat laman web tersedia dalam talian, failnya perlu dimuat naik ke pelayan web, yang biasanya dibeli daripada penyedia hosting. Perkhidmatan ini dikenali sebagai web hosting. Hosting VPS adalah sejenis

Website Digantung (Suspended)
website

Website Digantung (Suspended)

Website digantung kerana tidak mematuhi terma dan syarat: 1.Penyalahgunaan syarat penggunaan:  Semasa memilih perkhidmatan hosting, seseorang perlu mendaftar untuk beberapa syarat penggunaan. Pembekal perkhidmatan mengharapkan pengguna mengikuti syarat-syarat ini secara

Sponsored

Case study Setup Messenger Ads dengan Chatbot Mudah

chatbot
Share on facebook
Share on google
Share on twitter
Share on linkedin
Share on facebook
Share on google
Share on twitter
Share on linkedin
Scroll to Top