Whatsapp Business adalah apps yang dibina khas untuk tujuan bisnes terutama yang berurusan dengan pelanggan menggunakan whatsapp. Dengan fungsi yang tertentu dan sedikit berbeza dengan Whatsapp biasa menjadikan Whatsapp Business lebih mudah dan cepat. Saya menulis artikel ini sebab saya perasan masih ramai peniaga diluar sana yang belum tukar kepada Whatsapp Business. Sedangkan fungsi-fungsi yang ada memang sangat sesuai dan diperlukan terutama yang berniaga online dan berurusan melalui whatsapp.
Disebabkan ia adalah apps yang berlainan jadi anda ada 2 pilihan:
– tukar nombor personal kepada bisnes
– daftar nombor baru khas untuk bisnes
Jika anda nak kekalkan nombor whatsapp personal di Whatsapp Business, pastikan backup dahulu supaya mesej lama tidak hilang bila anda tukar apps. Tapi saya prefer guna nombor lain untuk Whatsapp Business sebab anda boleh asingkan mesej personal dan bisnes dalam 2 apps berbeza.
Fungsi Tambahan Whatsapp Business
1. Profil Bisnes
Sesetengah apps, detail hanya boleh diset sekali atau ada had, tetapi untuk Whatsapp Business, detail bisnes boleh ditukar bila-bila masa dan tiada had. Anda boleh set pekara berikut:

- Nama Bisnes
- Nombor Phone
- Alamat & Map
- Jenis Bisnes
- Penjelasan Bisnes (Description)
- Waktu Beroperasi
- Website
2.Short Link
Anda boleh copy dan share short link (https://wa.me/6xxxxxxx) Whatsapp Business dengan cepat. Beserta fungsi default message iaitu apabila cust klik short link akan keluar greeting message (message ini boleh diubah), Contoh default message yang boleh diletak ialah ” Hi, saya berminat nak order XXXX”, jadi bila kita terima mesej ni kita tahu cust ini datang dari mana.
3.Messaging Tools
Whatsapp Business ada 3 jenis message kita boleh set terus iaitu Away Message, Greeting Message, & Quick Replies
Away Message Greeting Message Quick Replies
Away message adalah automatik reply yang kita set bila kita sibuk atau not available. Mesej ini boleh diset masa bila akan aktif dan bila akan tamat, contoh seperti gambar diatas, saya ada meeting dari jam 10 – 11 keesokan harinya. Jadi saya dah set dahulu message sehari awal. Away message akan terus balas jika ada message whatsapp masuk dari sesiapa pun.
Greeting Message adalah automatik reply bila orang mesej kita, boleh set pada semua mesej yang diterima atau certain contact. Contoh pada gambar ke-2 diatas bagi cust service: jadi saya set default message “Hi, apa yang saya boleh bantu?”. Greeting Message ini hanya dihantar kepada sesiapa yang pertama kali mesej atau selepas 14 hari tiada aktiviti.
Quick Reply ialah automatik reply berdasarkan keyword yang telah diset. Cara nak set adalah dengan menggunakan simbol ( /) dan masukkan keyword. Keyword ini perlulah perkataan yang sering diberi oleh cust dan reply yang kita bagi adalah benda yang sama, contoh keyword bagi cust service: /thanks quick reply yang saya set ialah “welcome, jika ada perlukan bantuan…..”. Quick reply ini boleh diset seberapa banyak yang kita mahu.
4. Catalogue
Cataloque ialah satu section dimana kita boleh letak semua produk yang kita ada beserta gambar, harga, detail dan link ke website. Apabila cust klik pada View Contact, Catalogue akan ditampilkan dibawah detail. Anda boleh setkan gambar produk, nama produk, harga, detail produk, link seperti gambar dibawah:
Catalogue manager Catalogue Setup
5.Label
Fungsi paling saya suka yang ada pada whatsapp business ialah fungsi LABEL, fungsi ini boleh digunakan untuk melabelkan pada contact mengikut kategori dengan warna-warna tertentu. Jika lihat pada gambar dibawah, saya labelkan ikut kategori payment seperti belum bayar, akan bayar, dah bayar, dsb

Untuk fungsi lain Whatsapp Business masih sama seperti Whatsapp biasa, contoh fungsi broadcast, Whatsapp Web, dan Star Message.
BERITA BAIK buat pengguna IPHONE!!, kini anda boleh dapatkan Whatsapp Business untuk IOS. Disebabkan ianya masih baru, beberapa fungsi masih belum ada seperti di Android.
