5 Google Chrome Extension Yang Memudahkan Kerja

Share This Post

Share on facebook
Share on linkedin
Share on twitter
Share on email

Anda salah seorang pengguna tegar google chrome? Tahu tak sebenarnya banyak chrome extension yang boleh digunakan dan sangat berguna dalam google chrome sahaja tanpa perlu install apps di komputer. Disini ada 5 extension yang mungkin berguna untuk anda di masa hadapan.

1. Colorzilla

Jika anda sudah tahu trik untuk tarik warna di luar Photoshop menggunakan eyedropper, tahniah. Tapi jika belum, anda boleh gunakan Colorzilla ini untuk dapatkan contoh warna terus dari internet tanpa perlu download atau screenshot. Ia juga mempunyai fungsi lain seperti Web Color Analyzer, generate colour palette dan CSS Gradient Generator.

2. WhatFont

Kadangkala semasa kita melayari internet, terlintas satu font yang sangat menarik. Tapi kita tidak tahu apa nama atau jenis font yang digunakan. Cuma letakkan cursor mouse pada font yang anda minat, Whatfont akan terus mengesan jenis font dan boleh ditambah ke library anda.

3. Sticky Notes

Ya, di computer anda pun dah ada sticky notes. Tapi tak semua ingin buka sticky note setiap masa. Jadi untuk memudahkan kerja, extension Sticky Notes di browser Chrome sangat membantu anda membuat nota ringkas secepat mungkin. Bukan sahaja ia backup nota anda setiap hari malah boleh export sebagai text document atau PDF

4. Smart PDF

Smart PDF converter membantu mempercepatkan proses copy text terus kedalam bentuk PDF. Ia boleh menukar dari Word, Excel, Powerpoint, dan JPEG kepada format PDF dan sebaliknya.

5. Full Page Screen Capture

Kadangkala terlintas di browser website atau page yang menarik, dan ingin kita kongsikan. Tapi bila screenshot cuma bahagian yang dipaparkan di screen sahaja yang kelihatan, maka banyak screenshot yang perlu diambil. Full Page Screen Capture membantu anda mengambil keseluruhan page (top to bottom) dengan mudah.

close

Leave a Reply

Subscribe To Our Newsletter

Get updates and learn from the best, Free Powerpoint Template worth $300.. Get Here!

More To Explore

website

Apa tu hosting VPS?

Untuk membuat laman web tersedia dalam talian, failnya perlu dimuat naik ke pelayan web, yang biasanya dibeli daripada penyedia hosting. Perkhidmatan ini dikenali sebagai web hosting. Hosting VPS adalah sejenis

Sponsored

Case study Setup Messenger Ads dengan Chatbot Mudah

chatbot
Share on facebook
Share on google
Share on twitter
Share on linkedin
Share on facebook
Share on google
Share on twitter
Share on linkedin
Scroll to Top