4 Strategi Marketing Di Instagram

Share This Post

Share on facebook
Share on linkedin
Share on twitter
Share on email

1. Pilih gambar yang sesuai dengan konsep produk/servis/jenama anda.

Strategi Marketing bagi kebanyakan brand yang berjaya dalam perniagaan Instagram sangat mengambil berat tentang pemilihan gambar yang menunjukkan brand identiti mereka. Selalunya mereka mempunyai tema yang tersendiri untuk brand mereka dan tema ini juga berkait rapat dengan imej bisnes secara keseluruhan.

Anda boleh lihat contoh Instagram brand tudung popular di Malaysia, iaitu @theduckgroup. Mereka membawa misi untuk menerapkan imej elegan kepada wanita berhijab yang berkerjaya. Selain daripada membuat posting tentang tudung mereka, mereka ini juga sentiasa menyajikan post outfit of the day (ootd) untuk memberikan inspirasi penggayaan tudung kepada wanita diluar sana.

2. Gunakan Instagram Ads

Instagram kini membolehkan semua syarikat untuk membuat iklan melalui platform Instagram Ads. Pada beberapa bulan yang lepas, hanya jenama besar sahaja yang dibenarkan membuat iklan di Instagram. Namun kini, semua peniaga boleh mengiklankan perniagaan mereka di Instagram.

Untuk membuat Instagram Ads, anda hanya perlukan akaun Facebook. Iklan boleh dibuat melalui Ads Manager di Facebook. Anda boleh cuba iklankan perniagaan anda bagi mendapatkan reach yang lebih tinggi kepada posting anda.

3. Jadi followers

 Brand yang besar dan terkenal, mungkin tidak perlu menjadi followers atau followback pelanggan mereka, kerana sudah tentu pelanggan yang akan mencari brand mereka.

Tetapi jika anda baru memulakan perniagaan di Instagram, anda bukan sekadar perlu followback tetapi anda juga perlu mencari prospek baru untuk anda follow.

Terdapat beberapa strategi yang boleh anda gunakan untuk mencari prospek yang patut anda follow

  1. Cari orang yang sudah anda kenal. Semasa log masuk, pergi ke halaman profil anda dan klik di penjuru kanan sebelah atas skrin. klik “Find Friends” untuk follow orang dari senarai rakan Facebook, senarai kenalan dan senarai pengguna yang dicadangkan.
  2. Cari dan follow orang atau bisnes yang anda kenal menggunakan bar carian Instagram.
  3. Follow orang yang like posting pesaing anda.     
  4. Cari dan follow orang hasil dari penggunaa hashtags yang berkaitan dengan bisnes anda. Ini merupakan strategi yang paling berkesan untuk mencari target prospek dalam niche anda.

4. Guna gambar dan video yang menarik untuk tingkatkan engagement

Posting gambar produk dan selfie pastinya menjadi sebahagian daripada koleksi feeds anda, tetapi anda haruslah pastikan gambar & video yang digunakan adalah menarik untuk tingkatkan engagement kepada post anda. Antaranya anda boleh cuba :

  1. Lebihkan penggunaan ekspresi muka manusia (close up)
  2. Pelanggan sebenar yang menggunakan produk anda
  3. Penggunaan warna- warna terang lebih digalakkkan berbanding warna gelap. Hal ini kerana, secara psikologikal warna-warna terang lebih mendapat tarikan.
  4. Gambar dengan ruang latar belakang yang tinggi akan mendapat lebih banyak engagement daripada gambar yang mempunyai ruang latar belakang yang rendah.

!!! SILA SCROLL KE BAWAH UNTUK MENGETAHUI STRATEGI YANG LEBIH BAGUS !!!

TIPS YANG BERKESAN UNTUK POSTING PROMOSI ONLINE

Waktu Pagi : 6.15am – 7.00am

Kebiasaannya waktu pagi adalah waktu yang paling tepat kerana kebiasaan manusia yang bekerja mahupun tidak bekerja akan membuka social media terlebih dahulu apabila bangun daripada tidur.

Masuk Kerja : 8.00am – 10.00am

Kebiasaannya waktu ini adalah waktu yang biasa semua pekerja akan masuk ke tempat kerja. Di tempat kerja pula mereka akan akses masuk ke FB untuk melihat posting ataupun berita yang terkini.

Lunch Hour : 12.30pm – 2.00pm

Kebiasaannya apabila sampai waktu rehat adalah waktu yang paling berkesan kerana apabila semua pekerja berehat sambil menunggu waktu makan tengah hari mereka akan melayari atau mengakses semua media sosial mereka untuk melihat perkembangan terkini.

Sebelum Balik : 5.30pm – 6.15pm

Kebiasaannya waktu untuk menunggu balik ataupun yang dah balik. Semua pekerja akan mengambil masa 5 minit ataupun 10 minit awal sebelumbalik untuk mengemas tempat kerja mereka. Apabila selesai mereka akan akses media sosial mereka dengan menggunakan telefon bimbit.

Lepas Isyak : 9.00pm – 12am

Kebiasaannya waktu ini adalah waktu santai bagi semua orang yang sudah berkeluarga mahupun belum. Waktu santai ini akan dimanfaatkan bersama keluarga ataupun sendirian sahaja. Waktu ini juga digunakan untuk mengakses semua media sosial yang mereka ada.

Selain itu, untuk mana-mana yang mahu bermula untuk berniaga hendaklah bersabar dalam membuat perkara ini. Ini kerana tidak semua benda yang kita posting itu akan terus mendapat sambutan yang begitu gempak. Itu semua adalah bergantung kepada rezeki masing-masing. Masa untuk menaikkan perniagaan juga memerlukan masa yang agak panjang dan bagi semua kenal kita punya perniagaan juga memakan masa. Oleh itu, saya menasihati agar semua peniaga yang mahu bermula ataupun yang sudah mula lama lagi untuk sentiasa positif dalam membuat pelbagai perkara berkaitan perniagaan dan jangan mudah putus asa. Keep Fighting !!!

Artikel ini dikreditkan kepada http://ariffcs.com/bisnes-simkad/?nota=8&a

Sekiranya anda ingin mengetahui lebih lanjut berkaitan hal-hal perniagaan. Sila kilk sini

close

Leave a Reply

Subscribe To Our Newsletter

Get updates and learn from the best, Free Powerpoint Template worth $300.. Get Here!

More To Explore

Sponsored

Case study Setup Messenger Ads dengan Chatbot Mudah

chatbot
Share on facebook
Share on google
Share on twitter
Share on linkedin
Share on facebook
Share on google
Share on twitter
Share on linkedin
Scroll to Top