12 Element Psikologi dalam Sales Page

Share This Post

Share on facebook
Share on linkedin
Share on twitter
Share on email

Saya ada terlihat video kat tiktok ada sorang ni share pasal Psikologi Harga. Bagaimana strategi harga ini mempengaruhi pembeli.. Seller ni nak cuba influence customer agar beli pakej paling mahal di sale page beliau iaitu Pakej RM59. Jadi dia pecahkan 3 pakej dan test kat pelanggan dia.. Dia buat strategi harga macam ni:
Pakej 1: Book RM19
Pakej 2: Video Recording RM49
Pakej 3: Book + Video Recording RM59

Selepas blast, hasil dari result. Customer paling ramai membeli Pakej 3. Dan 0% membeli pakej 2. Dan paling sikit membeli pakej 1. Secara kesimpulannya, Majoriti beli pakej mahal iaitu RM59. Jadi, Strategi dalam setting harga pakej ni memang mainkan peranan besar dalam conversion sales page tau. Jadi sebelum nak ke harga? Mesti ada elemen elemen psikologi yang lain kan? Yang customer perlu lalui?. Benda ni lah yang buat customer baca sales page sampai habis lagi dan lagi dan akhirnya mereka beli produk kita sekarang + Beli harga paling tinggi. Kuncinya: Faham MESEJ & Logik nak BELI SEKARANG + Dapat BANYAK. Saya selesa pakai section sebab dalam website kita design guna Elementor by section. Okay ni saya nak share.. Ini Elemen nya..

1. ELEMENT MAGIC WORD (Section 1)

– Headline utama dalam Sales page adalah berkaitan tentang MASALAH yg jelas
– Ada 4 Kategori Magic Word samada kita nak tekankan Problem, Fear, Dream & Inspiration.
– If produk kita jenis produk selesaikan masalah, sila Highligh Masalah yang paling TEPAT dengan pelanggan. Masalah ini yang kita fokus di awal sales page
– Support dengan video or gambar produk
– Keyword: Apa reason utama customer beli produk kita? Sebab apa?
.
Contoh:Produk XX membantu atasi masalah XXX hanya dengan YYY

2. ELEMENT PROBLEM SITUATION (Section 2)

– Masalah lain yang mungkin support kepada Masalah Utama yang kita highlight kat Magic Word
– Listkan masalah lain yang mereka hadapi, sebagai tambahan
– Boleh listkan gunakan icon list di sales page
– Masalah lebih kepada situasi situasi or fokus masalah tertentu + Nyatakan kesannya
.
Contoh:
Masalah XX yang buatkan selalu susah nak YYY
Sukar XXX yang dah bertahun tahun YYYY
Tahap YYY menyebabkan selalu ZZZZ

3. ELEMENT FAKTA YG SUPPORT MASALAH (section 3)

– Mungkin boleh masukkan 1-2 petikan surat khabar yg menunjukkan masalah ini jika ada
– Boleh screenshot dengan ‘keyword’ masalah di internet, akan jumpa banyak screenshot surat khabar
– Statistik yang mungkin membantu
– Cukup 2 – 3 Screenshot surat khabar
.
Contoh:
45% rakyat malaysia ada masalah XX & YY (Screenshot surat khabar)

4. ELEMEN EFFECT IF MASALAH DIBIARKAN (section 4)

– Kesan & akibat ini biasanya akan menjerumuskan kepada masalah lebih besar jika masalah sekarang ni dibiarkan & tak buat apa apa tindakan
– Kesan MASALAH sekiranya dibiar tidak dirawat, or diatasi
– Boleh masukkan gambar support or surat khabar, samada icon list
– Apa risiko mereka jika dibiarkan masalah XX ni
– Pastikan kesan ini memang benar belaku, bukan dibuat buat. Ini nak memastikan betapa penting nya buat sesuatu untuk atasi
.
Contoh:
Risiko Masalah Lelah & dijangkiti, jika btuk baby dibiarkan berterusan (Screenshot surat khabar, or gambar support)
…Akan jadi XXX
…Boleh jadi YYY tak ZZZ
…Kos XXX nak buat ni mungkin lebih YYY
…Kesan XXX ni mungkin boleh risiko utk YYY

5. SOLUTION USP (Section 5)

– Ni ambil dari 1 -2 kandungan USP dari produk untuk di highlighkan sbagai USP..
– Bagitau reason & sebabnya agar yang membaca rasa logik bahan XX ni bagus sebab ada YYY
– Masukkan Gambar supporting
– Then Hook dengan produk kita bagus sebab antaranya ada bahan yang kita dah highligh tadi
.
Contoh:
Daun XXX antara yang bagus untuk atasi masalah YYY sebab ZZZ. Jadi, produk XX ni sangat membantu kerana ada kandungan bahan YYY ini amat membantu atasi masalah ZZZZ

6. HIGHLIGHT TESTIMONIAL

– Masukkan screenshot gambar testimoni ataupun video
– Gambar ni mestilah screenshot, ada Headline setiap screenshot yg highligh apa feedback bagus bila guna produk kita
– Masukkan dlm 2-3 gambar & 1-3 Video jika ada
– Untuk elakkan web berat pastikan video tadi kita setting lazyload

7. ELEMENT PRODUCT

– Memperkenalkan produk XXX & Gambar
– USP & Kebaikkan, Manfaat produk secara ringkas (icon List, or image List)
– Bagitau PRODUK XX ni bagus utk atasi masalah yg refer masalah yg kita highligh diawal tadi

8. ELEMENT HANDLING OBJECTION

Ketahui apa rejection punya mereka yang kurang yakin sbb dah cuba produk sebelum ni..
Or apa kata kata mengata mereka diluar sana yang mungkin terjadi..
Or apa reason yang buat mereka ragu2 nak beli..
Or kecaman.. Kita menjawab kat sini..
Boleh buat list atau buat dalam perenggan, Biasa saya buat perenggan. Sebab nak nampak story telling sikit.

Contoh OBJECTION:
Ada jerr yang mengata, Betul ke produk XXX ni bagus.. Bukan apa.. dah try macam2 produk dah.. Baik beli kat XXX jerr, senang sbb tak perlu risau pasal ZZZZ kan..Then, Kita JAWAB SEMULA kata kata objection diatas ni.. Sama da dalam bentuk point atau explaination.

Contoh HANDLING OBJECTION:
Ya.. Mmg kat luar sana dah try mcm2.. Tapi lebih baik cuba.. sebab produk XX pun guna Bahan XX yang mmg ada kajian sgt bagus utk masalah YYY.. Plus dah dapat liputan TV Alhijrah lagi.. Plus2 ramai jgk artis2 pakai mcm XXXX.. Plus customer kita sendiri repeat & amalkan produk XXX ni..

Tambah dengan Support gambar2 kreadibiliti kita ada, Support dengan gambar labtest & KKM jika ada, Support dengan list kenapa produk sis bagus.. Antaranya boleh Highlight Kandungan AKTIF yg bagus dlm Produk

9. ELEMEN FREEGIFT

– Jangan lah hanya tepek gambar freegift tanpa masukkan value & menyatakan kebaikkannya untuk pelanggan..
– Listkan freegift kita beri & gambar
– Letakkan value RM pada setiap freegift tadi, dan nyatakan freegift ni bagus untuk pelanggan sebab
(Manfaat)- Barulah orang yang membaca tu rasa, bagus nya freegift ni penting jgk laa. CUMA KENA HIGHLIGHT.. URGENCY.. KALAU BELI SEKARANG, DPT FREEGIFT NI…
Contoh Freegift CTA NOW:Berita baik, Kalau dapatkan sekarang, dapat Freegift bernilai RMXXX tau.. Kita bagi Percuma jerr.. If beli Sekarang..Then listkan freegift, manfaat + Value..

10. ELEMEN HARGA (1 UNIT)

– Bagi harga sebenar
– Bagi harga Freegift yang kita bagi TOTAL
– Bagi harga Promosi
– Nyatakan berapa mereka dapat JIMAT

11. ELEMEN PRICING TABLE

– Listkan Pakej anda..
– Samada pakej, Combo, Buy 2 Free 1, or dll
Setiap Pakej kena listkan apa mereka dapat. Listkan sekali Freegift yang mereka dapat kat atas Certain Pakej Harga ada yang tak dapat freegift utk pakej 1 unit, akan dapat freegift utk pakej kedua, dan dapat freegift lebih utk pakej ketiga. Bergantung pada Strategi masing masing.

Pastikan Pakej kedua lebih banyak ITEM berbanding pakej 1. Pakej ketiga paling mahal, dan paling banyak dapat ITEM…Totalkan harga OFFERTotalkan berapa penjimatan vs (Normal Price:RMXXX)..Button CTA, JELAS KLIK UTK BELI SKRG!!

12. ELEMEN Q&A

– Soal jawab pelanggan masukkan disini

13. ELEMEN CUSTOMER SERVIS

– Button Whatsapp yang jelas, untuk mereka yang prefer nak konsultansi

close

Leave a Reply

Subscribe To Our Newsletter

Get updates and learn from the best, Free Powerpoint Template worth $300.. Get Here!

More To Explore

close sale
Artikel

Apa Itu Close Sale?

Pada pandangan saya, close sales adalah satu proses menukar seorang prospek supaya mereka timbul rasa minat kepada produk dan atau servis yang kita jalankan, percaya kepada kita dan produk sehingga

viral video content 1170x570
Artikel

Pemasaran Menggunakan Teknik Konten

Konten adalah bagaimana kita nak educate bakal pelanggan. Educate ni tak semestinya nak kongis tips jer, boleh jugak cerita pengalaman sendiri, boleh cerita masalah dihadapi, Perkongsian dari pengalaman orang lain,

Kos Ads Mahal
Artikel

Kos Ads Mahal?

Ada je ni cost per purchase RM300… Mana ada orang run ads kalis kos rendah.. in reality, kita kena test test dan test….Tapi lesson sy dapat kat sini:..Penulisan ayat iklan

Sponsored

Case study Setup Messenger Ads dengan Chatbot Mudah

chatbot
Share on facebook
Share on google
Share on twitter
Share on linkedin
Share on facebook
Share on google
Share on twitter
Share on linkedin
Scroll to Top