Rancang Pemasaran Anda Dengan S.M.A.R.T

Smart

Untuk capai matlamat bisnes, anda mungkin dah buat macam-macam strategi pemasaran, trial & error, buat kajian pasaran. Tapi masih belum capai matlamat itu. Dengan S.M.A.R.T ini akan membantu bisnes ada sentiasa di laluan yang betul, fokus, membuat keputusan lebih baik dan lebih produktif. Jom kita huraikan satu persatu.

Blog Feature Smart

1. Specific (Spesifik & Jelas)

Pertamanya anda sendiri kena jelas dan terperinci mengenai matlamat bisnes anda. Adakah anda nak naikkan untung? atau nak naikkan jualan? atau untuk branding? Untuk lebih dapat matlamat yang lebih spesifik, boleh gunakan teknik soalan ‘W’:
– What ( Apa yang matlamat anda nak capai? )
– Why ( Kenapa penting untuk anda capai matlamat itu? )
– Who ( Siapa yang akan terlibat dan terkesan dari matlamat itu? )
– Where ( Dimana matlamat itu akan dibuat dan digunakan? )
– Which ( Sumber yang mana akan digunakan untuk capai matlamat itu? )

Jika anda seorang pemasar (marketer), matlamat anda boleh jadi untuk dapatkan sebanyak mungkin lead atau audience. Jika anda seorang penjual, matlamat anda sudah semestinya nak tingkatkan jualan.

2. Measurable (Boleh Diukur)

Matlamat itu mestilah boleh diukur supaya anda boleh buat kira-kira tahap bisnes anda telah membangun dan berapa pencapaian yang telah dibuat. Ini untuk anda tahu kemajuan bisnes anda, samada ke hadapan, statik, atau ke belakang. Boleh tanya soalan ini:
– Berapa banyak masa dan usaha yang diperlukan untuk capai matlamat itu?
– Berapa lama tempoh untuk capai dan berapa lama ia boleh bertahan?
– Bagaimana anda nak tahu yang akhirnya matlamat itu telah dicapai?

3. Attainable (Boleh Dicapai)

Pastikan matlamat yang ditetapkan itu tak terlalu tinggi ke angkasa, kerana anda tahu sendiri maksimum kemampuan diri, dan matlamat ini akan mempengaruhi motivasi anda sekarang dan masa depan. Pastikan ia realistik dan boleh dicapai dalam masa yang ditetapkan. Ambil kira berapa boleh dicapai jika anda seorang, berapa boleh capai jika anda ada team. Ambil kira faktor kewangan, produksi, latar belakang dan segala yang berkaitan.

4. Relevan

Matlamat yang anda pilih harus berkait dengan bidang bisnes. Bila buat rancangan pemasaran, jangan sasarkan perkara yang tak berkaitan. Tanya soalan in:
– Adakah ia penting untuk kemajuan bisnes?
– Adakah masa ini sesuai untuk capai matlamat ini?
– Adakah persekitaran boleh membantu realisasikan matlamat ini?

5. Time

Tetapkan matlamat dengan adanya tarikh akhir (deadline). Dan pastikan tarikh ini diikut oleh semua yang terlibat. Tanya soalan ini:
– Bila anda boleh capai atau penuhi matlamat ini?
– Adakah dalam 6 bulan? setahun? atau lebih?
– Apa kesan dan yang perlu dilakukan jika tak capai sebelum tarikh ini?

Matlamat SMART akan membantu anda memberi kejelasan mengenai strategi bisnes/pemasaran anda, dalam masa yang sama ia akan mendorong, fokus dan tak lari dari trek sehingga akhir.

Terbaru!!

Panduan Ecomm Masterclass

Case Study Jualan RM1.9 Juta kurang dari setahun dengan Strategi Ecommerce Ads

Isi borang dibawah ini.. Lepas Register ni, Dapat BONUS Free bernilai RM249

Leave a Comment