Hi, hari ni saya nak kongsi nasihat saya untuk team. Ini juga boleh pakai untuk mana-mana pemilik bisnes di luar sana. Kadang kala kita tak perasan, pada title kita leader, founder, owner, dsb tetapi tiap-tiap hari masih pening fikir dan buat iklan, fikir CPP, ROAS depan komputer. Asbab kita masih sibuk bekerja dalam bisnes, yang akhirnya tak sempat nak fikir bagaimana nak luaskan lagi team dan bisnes kita. Sesetengah masih tak terfikir nak hire pekerja, takut nak bekerjasama & kongsi untung. Dan kesannya pendapatan masih di tahap sama, semua kerja perlu buat sendiri sehingga kita burn out.
Sebagai leader/owner kita tak boleh fikir 1 skop sahaja, kita kena fikir bagaimana:
- Dari 1 staf berkembang kepda 5-6 staf, pecah kepada beberapa bahagian, pengurusan yang makro bukannya central.
- Dari marketer sebelum ni sendiri yang buat, tapi dah mula bahagi-bahagi kepada team atau leader yang pantau untuk jalankan iklan.
- Dari bergantung pada 100% paid ads, assign beberapa team untuk fokus konten video & artikel. Banyakkan organik trafik.
- Dari segi pengurusan kewangan, penting untuk ada sekurang-kurangnya seorang yang fokus hanya pada kewangan sahaja. Wujudkan satu team finance yang buat unjuran dan analisis kesihatan kewangan bisnes bulanan.
- Dari seorang pemilik bisnes yang ada 10 staf, bentukkan 10 staf ini menjadi leadar kepada 10 orang lagi.
- Untuk design kreatif, wujudkan team grafik yang boleh bagi bahan-bahan kreatif sebanyak mungkin kepada team pemasaran utuk fasa split test.
- Dari 1 produk, mula jalankan 2-3 produk dengan PIC yang lead tentang projek-projek baru. wujudkan multiple income stream
- Dan fikirkan plan untuk besarkan syarikat sedia ada.
Jadi, bila kita sebagai leader mempunyai fikiran dan plan seperti ini. Kongsikan dengan team sehingga masing-masing bersemangat nak grow team. Semoga perkongsian ini bermanfaat untuk semua. – CC: Ubaidullah Jaafar