Geotargeting: Sasaran Iklan Berdasarkan Lokasi

geotargeting

Geotargeting adalah satu istilah bagi iklan yang mensasarkan pengguna berdasarkan lokasi tertentu. Contoh anda ada kedai kek di Kuala Lumpur, sasaran anda mestilah penduduk di sekitar KL dan Selangor sahaja, adalah tak relevan jika nak sasarkan penduduk di pantai timur atau utara. Melainkan anda mampu buat penghantaran sehingga ke negeri lain. Jadi di iklan anda kena pinpoint di tempat sekitar sahaja.

Facebook beri pilihan geotargeting mengikut negara, kawasan, negeri, postal code, dan alamat. Untuk target yang lebih spesifik, anda boleh gunakan umur, jantina, dan interest berdasarkan niche bisnes anda. Pilihan ini anda guna untuk kecilkan (narrow) audience menjadi yang lebih spesifik dan betul-betul berpotensi untuk membeli.

Sasaran Mengikut Tingkah Laku Geografi

Sistem Facebook telah bantu senangkan kerja anda dalam mencari golongan audience tertentu ini mengikut kategori berikut:

  • People living in or recently in this location – Ini termasuk orang yang rumah mereka berada dalam likungan lokasi yang disasarkan (berdasarkan bandar yang diset pada Facebook Profile), dan juga orang yang sedang berada di lokasi berdasarkan pergerakan telefon mereka.
  • People living in this location – Ini merujuk kepada alamat rumah yang di set pada Facebook Profile pengguna dan juga berdasarkan IP Addresses.
  • People recently in this location – Ini dikesan mengikut telefon pintar apabila pengguna check-in di lokasi tertentu.
  • People traveling in this location – Ini merujuk kepada pengguna yang pernah check-in di kawasan sasaran dan berjarak lebih 200km dari lokasi rumah yang diset di Facebook Profile.

Sasaran Mengikut Wilayah (Region)

Jika anda nak sasarkan kawasan yang luas, gunakan Drop Pin dan laraskan guna radius slider untuk jarak yang dikehendaki. Maksimum hanya 50 batu/80km. Follow langkah ini untuk setkan mengikut wilayah/kawasan:

  1. Pilih kategori Location yang sesuai dengan bisnes anda. saya ambil contoh kedai kek diatas yang berada di Kuala Lumpur. Jadi sasaran saya adalah mereka yang tinggal atau yang baru-baru ni pernah berada di kawasan KL
  2. Drop pin pada lokasi kedai
  3. Klik pada butang jarak lokasi
  4. Dan gunakan radius slider untuk ubah
Geotargeting
Target Location

Jika dalam wilayah yang anda pilih itu, ada kawasan tertentu yang anda rasa tak sesuai atau tak perlu kerana alasan tertentu. Boleh gunakan pilihan Exclude untuk keluarkan kawan itu.

Exclude Location
Exclude Location

Jika anda nak sasarkan banyak kawasan dan ada senarai lokasi itu, boleh gunakan Add Location in Bulk. Fungsi ini memudahkan kerja anda dari memilih pelbagai lokasi.

Bulk Location
Bulk Location

Bagaimana jika tak ada kedai fizikal? maknanya anda boleh sasarkan di mana-mana sahaja. Strategi iklan berdasarkan lokasi adalah sangat sesuai untuk bisnes yang ada lokasi fizikal samada kedai dsb, untuk online brand adalah lebih baik fokuskan pada jenis audience berbanding lokasi.

Terbaru!!

Panduan Ecomm Masterclass

Case Study Jualan RM1.9 Juta kurang dari setahun dengan Strategi Ecommerce Ads

Isi borang dibawah ini.. Lepas Register ni, Dapat BONUS Free bernilai RM249

Leave a Comment