Flow Bina Web Jualan (Sale Page)

sale page

Buat web-jualan sebenarnya sama macam buat ayat iklan. Cuma web-jualan ni kita masukkan sekali info produk yang tersusun.

Intro –>> Problem –>> Fact –> Testimonial –> Product –> Offer –> Action

Cuma web-jualan ni fokus untuk dapatkan jualan la. Orang baca, dan nak beli akhirnya. Ini ialah flow yang boleh digunakan:

1. Intro

Apa masalah yang pelanggan selalu hadapi, apa pelanggan yang mahukan.. Apa penyelesaian yang kita boleh bantu.. Beserta ayat penguat. Ayat penguat ni mcm penyelesaian pada masalah tadi yang unik.

2. Masalah

Senaraikan masalah yang mungkin pelanggan hadapi. Dari satu produk tadi, kita boleh pecahkan kepada beberapa masalah..Dalam sales page nanti, kita boleh tambah gambar ataupun icon beserta sub tajuk masalah, dan penerangan ringkas.

3. Fakta

Masa ni boleh bagi keputusan yang bersifat nombor dan angka, yang boleh menyokong point masalah tadi. Kalau macam Fakta, boleh masukkan statistik sikit.. dan menyokong & menjawab pada masalah tadi. Boleh nyatakan sumbernya daripada mana. Boleh masukkan gambar infografik.

4. Testimoni

Pengalaman orang lepas yang gunakan produk kita. Dalam sales page biasa nya ada gambar pengguna, dan apa feedback mereka. samada dalam bentuk video mahupun gambar.

5. Produk

Perkenalkan produk anda. Ada gambar produk, nama produk. dan penyelesaian yang boleh bantu kepada pelanggan anda.

6. Ciri-ciri Produk

Ciri-ciri produk. Masa ni boleh la, cerita penyelesaian kepada masalah tadi berdasarkan ciri ciri yang produk kita ada. Sama macam part masalah tadi. Kena buat dalam bentuk point. Boleh masukkan gambar mahupun icon dalam sales page tadi. Pastikan ciri-ciri yang unik ya. Ciri yang berbeza menentukan produk kita ada kelebihan tersendirinya daripada produk pesaing.

7. Pengguna (Who?)

Siapa yang sesuai dapatkan produk ni. Kepada golongan yang macam mana. Ataupun situasi yang mcm mana sehinggakan produk ini diperlukan. Untuk siapa yang sesuai gunakan produk ini. Pun dalam bentuk point. Ini boleh buatkan pembaca lebih faham dengan apa yang dia nak. Ibarat ‘sharp-shooter’. Kita dah target awal kepada siapa. Yang baca, akan terasa dia lah yang tepat dengan masalah dihadapi.

8. Kesan (What?)

Apa yang pengguna akan dapat? Jika produk berbentuk pakej, ataupun ada tambahan tambahan lain. Boleh masukkan. Cuma lebih jelas, jika bergambar. Setiap apa yang pelanggan dapat, dihimputkan dalam 1 gambar @ poster.

9. Harga

Mesti kenalkan dulu harga asal. Harga diluar sana. Kemudian kita bagi harga promosi (jika ada). Sebab orang suka tawar menawar kan? Ni kita dah siapkan dah, harga tawaran.

10. CTA / Button

Samada melalui butang ke whatsapp, atau ke halaman pembayaran.

Sales page ni pasang pixel Facebook ya, dimana ia boleh track setiap traffik masuk. Selepas trafik masuk. Sebahagian yang berjaya buat pembelian tu. Kita boleh ‘exclude’ daripada lihat ‘repetitive’ iklan conversion.
Jom dapatkan template salespage lengkap ikut susunan diatas di link ini.

Terbaru!!

Panduan Ecomm Masterclass

Case Study Jualan RM1.9 Juta kurang dari setahun dengan Strategi Ecommerce Ads

Isi borang dibawah ini.. Lepas Register ni, Dapat BONUS Free bernilai RM249

Leave a Comment