Ingin meningkatkan jualan anda secara mendadak? Kemudian ubah fokus penjualan daripada menarik pelanggan baru untuk menarik pelanggan yang memang pasti untuk membeli barangan anda lagi. Prospek penjualan terbaik adalah prospek yang sudah ditukar dengan erti kata lain ialah salah satu pelanggan anda sekarang.
Fikirkan cara ini, sekiranya perniagaan anda terletak di sebuah bandar kecil dengan jumlah penduduk 1000 orang dan anda akan menjual barang kepada semua orang di tempat tersebut, anda menjual 1000 barang dan memenuhi pasaran anda. Hari menjual barang anda sudah berakhir. Adakah sudah sampai masanya untuk anda berkemas dan berpindah?
Tidak semestinya. Sekiranya anda mula memfokuskan tujuan jualan anda kepada pelanggan yang pasti membeli, anda akan dapat meningkatkan jualan barang anda dengan secara mendadak. Dan cara ini juga pasti akan meningkatkan jualan serta akan membantu anda dalam membina kesetiaan pelanggan juga. Mencuba beberapa ataupun semua idea yang akan menaikkan jualan anda.
Terdapat 6 cara terbaik untuk meningkatkan jualan anda. Saya akan kongsikan 6 cara ini untuk anda mencuba dalam perniagaan anda.
Table of Contents
1. Sediakan Program Insentif Jualan

Berikan sebab kepada staf jualan anda untuk mereka keluar dan menjual. Mengapa begitu banyak perniagaan yang bergantung kepada staf jualan mereka untuk mendorong penjualan yang mempunyai program insentif? Kerana menawarkan kepada staf jualan mereka percutian, TV atau manfaat besar yang lain untuk jumlah jualan yang mereka telah lakukan. Program insentif jualan anda perlulah berkesan, mudah dan dapat mencapai hasilnya setelah program berakhir.
2. Galakkan Kakitangan Jualan Anda Menjual

Pada asasnya, cadangan jualan tambahan yang terlibat perlulah sama dengan produk dan servis yang berkaitan dan membuatkan ianya menjadi senang dan perlu untuk pelanggan membelinya untuk memudahkan kerja mereka. Hanya meletakkan lebih banyak produk yang dekat dengan produk yang anda letak biasanya tidak akan menjadikan apa-apa perkara yang baik berlaku. Bagaimana anda meningkatkan jualan anda? Anda perlulah memujuk pelanggan anda dan menerangkan kepada mereka faedah yang akan dapat.
3. Berikan Pelanggan Anda Skop Dalaman
Sekiranya anda membuat promosi atau jualan untuk akan datang, sila beritahu pelanggan anda tentang perkara itu. Mereka akan kembali juga dan akan bawa bersama rakan-rakan mereka yang lain. Dengan ini, ianya akan dapat lebih meningkatkan jualan anda. Dan tidak lupa juga, anda juga boleh memberikan pelanggan anda skop dalaman melalui emel, menghubungi mereka ataupun meletakkan poster di semua platform media sosial juga.
4. Jaga Pelanggan Anda

Perlu ada perbezaan yang ketara dan jelas diantara pelanggan yang sedia ada dan pelangga yang baru beli ianya adalah perbezaan yang menunjukkan bahawa anda tetap menghargai pelanggan anda. Bagaimana anda dapatkan kesetiaan pelanggan jikalau anda melayan mereka seperti orang susah di jalanan? Terdapat pelbagai cara untuk anda tunjukkan kepada pelanggan anda dengan menilai mereka dari segi menyapa mereka dengan nama untuk menawarkan pinjaman dan diskaun.
5. Buat Program Ganjaran Pelanggan

Kita semua biasa dengan program ganjaran pelanggan yang terdapat dalam banyak perniagaan besar di tempat mereka. Tetapi, tiada alasan untuk perniagaan yang kecil tidak boleh memberikan ganjaran kepada pelanggan mereka juga. Tidak semestinya dalam bentuk duit untuk memberikan penghargaan kepada pelanggan mereka, ianya boleh ditukarkan kepada memberikan pelanggan anda potongan harga sempena hari lahir mereka ataupun memperolehi mata ganjaran dalam sistem. Ini sudah semestinya dapat membantu dalam membina kesetiaan pelanggan dan meningkatkan jualan.
6. Sebarkan Sampel Percuma
Mengapa begitu banyak pernigaan yang membuat sampel percuma untuk produk yang lain apabila kamu membeli sesuatu produk mereka? Disebabkan ini, anda boleh meningkatkan jualan anda dalam pelbagai cara. Pelanggan anda yang membeli produk yang asli mungkin akan mencuba dan suka akan sampel produk baru yang diberikan serta akan membelinya juga pada masa akan datang. Ataupun mereka akan memberikan sampel percuma itu kepada orangan lain dan orang itu suka akan produk itu serta boleh menjadi pelanggan baru anda. Sekurang-kurangnya pelanggan anda akan berfikir tentang kehangatan produk anda yang semakin laku dipasaran dan berharap akan berkongsikan cerita serta produk anda kepada orang lain.
Tingkatkan Jualan Anda Dengan Usaha Yang Sedikit
Menarik pelanggan yang baru adalah perkara bagus. Tetapi dalam menarik pelanggan baru adalah bukan sahaja cara untuk meningkatkan jualan anda. Dalam fakta, ianya adalah perkara yang sukar untuk menyelesaikannya. Mengalihkan fokus jualan anda untuk menarik pelanggan semasa anda dan dapat mendorong untuk ulangan belian serta menjana lebih banyak perniagaan dan lebih cepat. Membina kesetiaan pelanggan dan anda akan mencapai hasil jualan yang besar.
Dikreditkan oleh https://www.thebalancesmb.com/how-to-increase-sales-2948460
Untuk mengetahui maklumat yang lebih menarik sila klik di sinihttps://lernify.com/konsep-strategi-pemasaran-4p-dalam-perniagaan/