Marketing Funnel Simple by Facebook

marketing funnel simple

Setiap iklan, ada perjalanan dia sebelum seseorang itu memilih untuk buat pembelian. Iaitu, perjalanan dia bermula daripada Stranger —> Prospect —> Customer. Saya tak cakap benda ni proven ya, apa apa hal, kita test la dulu ikut funnel ni. Dan juga ikut juga kesesuaian bisnes masing-masing. Marketing funnel simple yang saya nak utarakan di sini ialah Awareness, Consideration, dan Conversion.

KEMPEN

1. Kempen Awareness

Dalam strategi kempen, nak tukarkan dari stranger ke Initial prospect tu, kenalah buat iklan Awareness. Antaranya yang Facebook rekomen boleh gunakan Video Views. Push iklan untuk perbanyakkan lihat video pada fasa permulaan ini. Sebab bukan mudah, orang tak kenal, nak tiba tiba membeli dengan kita ya. Video antara boleh menaik keyakinan mereka pada peringkat permulaan. Atau, strategy lain boleh perbanyakkan konten, bila orang baca konten, enggagement share meningkat, awareness juga meningkat. Konten ada tiga iaitu Post Konten, Web Artikel dan Video konten.

2. Kempen Consideration

Manakala, strategy nak convert dari initial prospect kepada ultimate prospect adalah dengan strategy kempen bersifat consideration. Dimana kempen yang dicadangkan adalah kempen berbentuk traffic. Jika tidak main game Ecommerce, boleh guna kempen messenger, leads gen, dan sebagainya. Traffic ini, kita nak drive action user untuk masuk dalam website, selepas lihat iklan kita. Tak kisah lah masuk ke Home page, Sales page, mahupun Product page. Dari sini, sebahagian traffic akan wujudnya action user yang menjerumus kepada behaviour ‘nak’ membeli, antaranya View Product,Add to Cart, atau Initiate Checkout.

3. Kempen Conversion

Kemudian, nak drive daripada ultimate prospect kepada buyer, perlulah run iklan yang bersifat conversion. Kempen yang optimize conversion baru boleh dijalankan pada Fasa terakhir ini. Antara audiens yang ditekankan pada saat ini adalah:
1. Custom Audiens (CA) – untuk follow up user dari inital prospect, prospect.
2. Lookalike (LA) – Similar audiens daripada custom audiens, perbanyak, pelbagaikan Lookalike untuk dapat best result.
Ingat, Audiens CA mesti berlainan Adset dengan Audiens LA

Kategori Follow-up

Custom audiens, kita boleh follow up semula user yang dah lihat video or tak, action pada fasa Awareness & Consideration tadi. Malah, kita pun boleh follow up untuk fasa Conversion, dimana dah lihat produk, dah masuk sales page, dah isi nama, tapi belum buat pembelian lagi. So iklan follow up disini saya pecahkan kepada 3 iaitu: Follow up Fasa Awareness, Follow up fasa Consideration., dan Follow up Fasa Conversion.

1. FollowUp Awareness

Follow up Fasa Awareness, follow up lebih kepada behaviour video
– CA Video Views 25% 7 days (low)
– CA Video Views 50% 7 days (Medium)
– CA Video Views 75% 7 days (high)
*Setiap level ni, mesej iklan berbeza. Dimana:
1. Low – baru lihat video sikit, follow up mereka lihat video lain yang meyakinkan mereka sebelum ke iklan consideration.
2. Medium – dah lihat separuh, boleh tarik untuk iklan consideration.
3. High – boleh tarik iklan consideration or terus ke iklan conversion, kena test

2. FollowUp Consideration

Manakala, Follow up fasa consideration, follow up lebih kepada behaviour traffic
– CA Traffic Spesific Page or URL 7 Days
– CA Traffic Sales page 7 days; Atau
– CA Traffic All 7 Days…7.

Follow up Conversion.Dimana, Follow up conversion untuk mereka yang khas dah ada beahviour ‘nak’ membeli tadi iaitu;
– CA Content Views 7 Days
– CA Add to Cart 7 days
– CA Initiate Checkout 7 days
– CA Add Payment Info 7 days

Conversion Windows

Dalam kempen conversion kita buat, perasan tak ada setting untuk conversion windows, dimana kita boleh pilih
..1 days click
..7 days click
..1 days click and 1 days view
..7 days click and 1 days view.
Ia bermaksud, kempen conversion ini dinilai dan di optimasikan bergantung pada action seseorang bila lihat iklan tersebut..,
1 days click – Iklan akan optimize conversion untuk seseorang yang klik dalam masa sehari, bermaksud, siapa klik harini, iklan conversion akan optimize nampak iklan continuosly dalam sehari tersebut
7 days click – iklan akan optimize untuk mereka yang klik dalam masa 7 hari
1 days click & view – iklan akan optimize pada sape2 yang ternampak iklan dalam sehari dan sape2 yang klik iklan or button CTA
7 days click and 1 days view – iklan akan optimize pada sape2 yang nampak iklan dlm 1 hari, dan optimize pada sape sapa klik iklan selama 7 hari

Recomendation? Saya prefer test dulu, or guna jerr option default, tak payah pening pening.. iaitu setting default adalah 7 days click & 1 days view. Pendapat saya:
1. Jika adset iklan guna audiens LA, guna option 1 days click shj, sebab iklan LA ini akan nampak lagi future iklan follow up nanti.
2. Jika adset guna iklan CA, guna option default.
3. Jika adset guna DT, guna option 1 days click or views atau setting default je

Terbaru!!

Panduan Ecomm Masterclass

Case Study Jualan RM1.9 Juta kurang dari setahun dengan Strategi Ecommerce Ads

Isi borang dibawah ini.. Lepas Register ni, Dapat BONUS Free bernilai RM249

Leave a Comment