Selamat Tahun Baru. Tahun 2021 ni dah mula jalan ke strategi bisnes yang di rancang akhir tahun 2020? Nak kongsi sikit strategi iklan 2021 ni, keep reading ok.
Jika tahun 2020, bila semak jumlah Ads Spend dah macam boleh bayar Lambo Cash. Tapi total dalam bank, ada habuk jerr. Selepas tolak semua Cukai LHDN, AUdit Firm, Gaji staf, bonus akhir tahun, overhead, KWSP semua, ada yang tinggal lagi ke? . Bila tak ada strategi dan tak execute maka kita akan terus bayar kat mak zukermberg jerr.. Sampai bila?
Set Matlamat 2021
InshaAllah, ni relevan kalau uolls pandai susun, nak susun ni dari sekarang tau. Pertama sekali letakkan matlamat yang kita nak capai tahun ni. Saya boleh letak dua matlamat dalam beriklan:
1. Berapa new customer kita nak tahun ni
2. Berapa ‘Rate of repetition from existing customer’.
Nak capai matlamat ini, kita boleh guna semula teknik ni : Branding > Seeding Konten > Database Remarketing > Follow up Existing. Kali ni kita boleh cuba target bukan new customer, tapi mereka yang dah enggage, dah mesej, dah tanya dan dah pernah beli ni. Mereka ni la sebenarnya mempunyai potensi tertinggi untuk buat pembelian. Ramai seller lupa yang ni, sebab asyik cari yang baru je. Pemasaran Existing Prospect ataupun customer boleh jimatkan kos dengan banyak.
Teknik Pool
Tahun 2020 sepatutnya kita dah penuhkan pool kita. Jadi untuk tahun 2021 ni kita dah boleh manfaatkan pool ni sahaja. Bagi yang dah banyak poolnya tahniah, yang belum boleh mula sekarang. Penuhkan setiap platform dengan audiens yang berminat & follow kita antaranya.
1. Telegram Channel – Free.
2. Group Facebook – Free.
3. Email marketing – Free & Cheap.
4. SMS Blasting – Cheap.
5. Remarketing & Follow up.
Kat mana nak guna tool yang ada siap Email marketing & SMS yang mudah?. Boleh guna Onpay. Tahun 2016, saya dah buat dah strategi ni. Saya pool database masuk dalam list email & sms. Run wajibkan sehari RM80 untuk feed konten & masuk dalam list. Ending of the stage, saya launch, saya tak run ads pun masa tu. Saya follow up ke pool yang ada sekarang. Kesannya? masa lauch produk baru tu. Sales meningkat 100%, tanpa ads..
Katakan kita dapat simpan fasa pertama 10K database. katakan 5% daripada database itu sedia membeli, maknanya 500 orang dah sedia membeli. Jika produk harga RM100, InshaAllah, kita boleh berjaya capai RM50K untuk launching tanpa kos yang besar..
Platform Pool Terbaik – Telegram
Kenapa saya kata telegram adalah platform terbaik untuk pool? Kerana dimana setiap post, akan sampai pada semua yang subscribe. Katakan kita berjaya tarik & enggage dengan konten di telegram Channel, 10K subscriber. 2% yang beli, dah 20K dah dapat disini sahaja. Yang penting, tak ada keluarkan modal.
Jadi untuk 2021 ni, yang iklan berbayar kita tetap jalan tapi yang percuma ni kita lebihkan. Tarik semula prospek dan pelanggan lama, manfaatkan kolam yang ada dan data-data yang telah dikumpul selama ni. Boleh cuba retarget semua ni:
1. Fans di Page kita.
2. Retarget di Existing Traffic ke website kita.
3. Retarget yang Views video kita.
4. Retarget yang Enggage Page kita.
5. Follow up di Email.
6. Follow up di SMS.
7. Blast di Telegram Channel.
8. Live di Facebook Page