Peluang perniagaan makanan memang mempunyai potensi yang sangat tinggi untuk berjaya. Siapa je yang tak suka makan. Ye tak? Berniaga makanan mempunyai pelbagai kelebihan. Antaranya ialah;
Table of Contents
1. Pelbagai jenis makanan
Di Malaysia, kita mempunyai pelbagai jenis makanan dengan pilihan harga tertentu. Oleh itu, modal untuk menjalankan perniagaan adalah fleksibel. Sama ada anda mempunyai modal kecil atau besar, anda boleh memilih perniagaan ini sebagai sumber pendapatan tetap atau tambahan.

2. Penguasaan pasaran tanpa had
Sambai bila-bila pun semua orang selalu memerlukan makanan. Di samping itu, kebayakkan penduduk Malaysia, tidak kira warna kulit, muda atau tua suka akan makanan ringan ketika bersama keluarga.
Jadi kita boleh katakan, bidang perniagaan ini mempunyai pengguna dengan nombor dan segmen yang mencapai banyak kumpulan.

3. Keuntungan yang lebih besar
Walaupun dalam hal masa dan tenaga, ia diklasifikasikan sebagai membazir, tetapi keuntungan yang kita capai dapat didarabkan dengan jumlah modal yang dibelanjakan.

4. Risiko kerugian agak rendah
Walaupun sekarang ini terlalu ramai yang terlibat dalam perniagaan makanan, akan tetapi peluangnya masih terbuka lebar. Persaingan ketat, tentu saja dapat diatasi dengan inovasi dan kreativiti anda mencipta makanan yang baru.

5. Inovasi berterusan
Jika kita lihat di media sosial, ada saja viral tentang makanan atau resepi baru. Ia akan membuat makanan tersebut menjadi daya tarikan yang sangat tinggi. Malah, mendapat permintaan yang tinggi dari masyarakat sekeliling.
Jika anda memilih tema tradisional, anda masih boleh mengembangkannya dengan rasa yang lebih moden. Tambahan lagi, sehingga kini makanan tradisional masih dalam permintaan. Bukan sahaja rakyat Malaysia bahkan dari pelancong luar yang melancong di negara kita ini.
Artikel ini dikreditkan kepada profhariz.com.
Baca juga: