Boosted Posts Blog Post 1080x628 1080x628

Berdasarkan survey yang saya buat, memang ramai peniaga online yang baru bermula dan belum tahu mengenai Facebook Ads pernah mencuba menggunakan Facebook Boosted Post walau sekali. Mereka yang menggunakan boost post ini memberi respon bahawa post mereka sememangnya ada reaksi dari pengguna Facebook tapi sekadar like dan sedikit komen. Jadi untuk mendapatkan jualan adalah agak sukar. Penulisan kali ini adalah ingin mengulas sedikit adakah boost post in berbaloi?

Apa Itu Facebook Boosted Post?

Facebook Boosted Post adalah post yang berada di Facebook Timeline ditukar kepada iklan menggunakan butang “boost post”. Sebarang post boleh dijadikan iklan dengan syarat ia merupakan post di page bukannya personal.

Screenshot 3 1

Butang ini ada disetiap post menjadikan ia lebih mudah untuk promosikan konten anda tanpa perlu uruskan iklan seperti di Ads Manager. Hanya beberapa langkah mudah, anda sudah dapat iklan anda yang pertama:

  • Klik Boost Post
  • Pilih Objektif samada nak dapatkan engagement (react, comment & share) atau nak berhubung dengan bakal pelanggan.
  • Pilih butang post yang sesuai dan arahkan ke link samada ke website, whatsapp, dsb.
  • Tetapkan sasaran audience
  • Tetapkan durasi iklan dan bajet
  • Mula boost post

Beza Facebook Boosted Post dan Facebook Ads

Secara kasar, Facebook Boosted Post (FBP) dan Facebook Ads (FA)adalah benda yang sama. Tetapi sebenarnya kedua iklan ini adalah sangat berbeza. berikut adalah beberapa perbezaan yang ketara:

1. Pengurusan Iklan

FA dibina dan diurus di dalam Ads Manager dan diberi lebih banyak pilihan fungsi. Manakala FBP terus dijadikan iklan dari post di timeline itu sendiri, dan bila dah di boost anda tiada kawalan penuh ke atas iklan tersebut.

2. Objektif

FBP hanya mempunyai dua jenis objektif iaitu untuk dapatkan engagement dan chat sahaja. FA pula beri 11 pilihan objektif ( 3 kategori utama: Awareness, Consideration, & Conversion)

3. Kedudukan Iklan

FBP hanya paparkan iklan di dua tempat iaitu Facebook News Feed (mobile & desktop) dan Instagram. Anda tidak dapat memilih kedudukan iklan ini akan keluar di paparan pengguna. Manakala FA lebih flexible, iklan boleh dipaparkan di News Feed, Messenger, Instagram, marketplace, suggested feed, Right column, dan stories.

4. Waktu Iklan

FBP bagi anda menetapkan waktu mula dan tamat sahaja. Dengan FA anda boleh memilih waktu tertentu dan boleh dijadualkan awal-awal.

5. Jenis Iklan

Untuk FBP, anda boleh tukar dari gambar tunggal dan video kepada iklan. Manakala FA, anda boleh buat iklan menggunakan gambar tunggal, video, carousel, slideshow dan banyak lagi.

6. Bajet Iklan

Untuk FBP, anda terus masukkan jumlah bajet untuk digunakan sepanjang tempoh yang telah ditetapkan. FA pula, anda mempunyai pilihan bajet, dan boleh memilih samada menggunakan bajet harian atau bajet seumurhidup.

Fungsi FBP ini sememangnya amat sedikit jika dibandingkan dengan FA, kerana ia dicipta untuk memudahkan dan menjimatkan masa anda untuk dapatkan engagement terhadap konten anda sahaja.

Kebaikan Facebook Boosted Post

Kebaikan FBP ini ialah sangat mudah digunakan walaupun untuk orang yang kurang ilmu dalam pemasaran online. Nak tetapkan FBP sangatlah mudah dan cepat. Jika dulu FBP hanya sekadar post kepada pengguna secara rawak, tapi kini FBP telah membolehkan anda memilih sasaran audience anda sendiri.

Kekurangan Facebook Boosted Post

Antara kekurangan FBP ialah anda tak dapat sasarkan mengikut bahasa, jadi post anda berkemungkinan sampai ke pengguna yang tak boleh faham mengenai post anda. Anda juga tak boleh kecilkan atau spesifikkan sasaran audience. Dan kekurangan paling besar ialah kemungkinan untuk dapatkan jualan dan conversiona dari boost post ini sangat rendah.

Kesimpulan, FBP bukanlah sesuatu yang tak elok tetapi ia bergantung kepada objektif anda. Jika anda post konten terutama berunsur perkongsian dan mendapat reaksi organik yang sedikit, FBP mungkin boleh membantu.

Terbaru!!

Panduan Ecomm Masterclass

Case Study Jualan RM1.9 Juta kurang dari setahun dengan Strategi Ecommerce Ads

Isi borang dibawah ini.. Lepas Register ni, Dapat BONUS Free bernilai RM249

Leave a Comment