7 Kelemahan Perniagaan Online

7 Kelemahan Perniagaan Online

1. Tiada Siapa Tahu Tentang Perniagaan Online Anda

Dalam hal ini, tidak kiralah anda membuat perniagaan secara online yang berskala kecil mahupun sederhana, ini akan membuatkan anda kalah dalam permainan berdaya saing ini jika anda membandingan diri anda dengan organisasi yang besar. Anda baru sahaja bermula dalam perniagaan, jadi jangan letakkan diri anda sebagai satu organisasi besar.

Jadi macam mana anda boleh mengambil peluang dalam hal begini. Anda mungkin tergolong dalam kategori yang agak unik. Sebagai contoh, semua orang tahu akan makanan  yang popular di restoran tetapi mereka mungkin tidak ke sana ketika mereka mencari pengalaman makan makanan di sana untuk dijadikan sebagai kenangan.

2. Anda Kekurangan Sumber Untuk Berkembang Dalam Perniagaan

Saya tahu sendiri betapa seramnya untuk mengeluarkan wang tunai bagi memulakan sesebuah perniagaan. Saya telah berjuang untuk membayar bil dan saya juga terpaksa melawan keinginan saya untuk memperoleh lebih banyak dan kekurangan sumber daya yang dikeluarkan untuk mewujudkannya.

Tetapi apa yang saya belajar di sini adalah. Sesebuah usaha yang dilakukan boleh mendapat keputusan yang sangat bagus. Menjadi susah dalam bab kewangan boleh mendorong kita berhati-hati dan berjimat cermat dalam membelanjakan kewangan kita untuk masa kini dan masa hadapan.

Kita semua ada kekurang dan kekuaran masing-masing dalam pelbagai perkara. Tetapi itu semua hanyalah bergantung pada diri kita sama ada untuk membiarkan atau meningkatkannya. Perubahan yang dilakukan bukanlah datang dalam bentuk yang sangat singkat ianya memerlukan kreativiti, inovasi dan usaha.

3. Anda Baru Dalam Industri Perniagaan Online

Apabila anda masuk ke dalam industry sebagai pendatang baru, perspektif pelanggan terhadap anda mungkin agak kurang. Tetapi di sini terdapat beberapa perkara yang hebat iaitu anda boleh menjadi pelanggar peraturan, orang yang melihat cara yang lebih baik untuk melakukan sesuatu berdasarkan status orang luar anda. Apabila anda tidak terpikat dengan cara berfikir lama, anda mungkin lebih baik untuk mengembangkan penyelesaian revolusioner.

4. Ketiadaan Pekerja Berkemahiran Tinggi

Oleh itu anda mungkin tidak dapat menguoah orang yang merupakan pakai dalam industry ini. Anda mungkin dianggap berada dalam keadaan yang tidak menguntungkan. Tetapi itu tidak semestinya berlaku adakalanya berlaku adakalanya tidak berlaku.

Dalam beberapa situasi untuk mengambil pekerja yang berkemahiran serta tepat dengan piawaian yang anda mahukan dan ianya juga mesti berharga agak tinggi kerana kemahiran yang diperolehinya adalah kemahiran kursus yang tidak semua orang ada. Anda boleh melatih melatih seseorang untuk mengetahui sedikit proses yang perlu dilakukan dalam organisasi, tetapi adakah mereka boleh menyerap budaya serta sikap yang diterapkan dalam organisasi.

Anda boleh sahaja mengupah orang yang tidak terlatih dan dalam masa yang sama anda juga boleh melatih mereka dengan cara yang betul. Jika didikan sebegini yang diterapkan dan selalu dipraktikkan pekerja itu boleh menjadi sama berharga seperti pakar yang mahir dalam industri.

5. Apa Yang Anda Tawarkan Tidak Jelas Kepada Pelanggan

Apa yang anda tawarkan perlu lah jelas. Untuk ini hanya boleh menjadi kelebihan pada jangka masa yang singkat. Semasa anda memulakan, sangat sesuai untuk memulakan konsep minimum dan memperhalus penawaran anda semasa anda mendengar maklum balas pelanggan anda.

Untuk menjadi jelas, anda tidak perlu bercakap mengenai perancangan organisasi anda seperti bisi dan misi apa yang bakal anda lakukan untuk masa hadapan. Tetapi bercakaplah mengenai penawaran yang bakal dibuat untuk kesemua pelanggan anda bagi memenuhi permintaan mereka di tempat anda.

6. Kualiti Menggambarkan Harga Sesebuah Produk

Adalah normal jika barangan yang anda jual itu menjadi mahal ini kerana barangan yang anda keluarkan itu semestinya berkualiti bersamaan dengan harga bagi membuat produk itu. Jadi dalam membuat persaingan perniagaan, jika anda mendapati bahawa pesaing anda lebih murah itu tidak menjadi masalah atau kelemahan kerana sesebuah produk yang mahal tidak semestinya perkara yang buruk.

Cuba membuat andaian bahwa anda tidak kehilangan pelanggan daripada harga anda, itu adalah sesuatu yang bagus bermakna anda boleh mengaut keuntungan yang lebih besar. Pakar mungkin dapat mengenakan lebih banyak wang dan memperoleh keuntungan dengan lebih mudah daripada syarikat yang gagal membuat pengkhususan.

7. Teknologi Bukanlah Kekuatan Terbesar Perniagaan Anda

Saya tahu bahawa banyak perniagaan yang risau kerana tidak mempunyai laman web perniagaannya sendiri atau tidak memahami semua teknologi yang berada disyarikat. Namun begitu, anda tidak perlulah risau tentang kekurangan fahaman anda dalam teknologi ini.

Ianya kerana anda boleh mengupah pakar yang lebih arif dalam hal ini. Untuk itu anda juga boleh jadi tahu serba sedikit tentang teknologi ini. Pertimbangkan untuk membayar pakar untuk menangani keperluan teknologi di syarikat anda ianya dapat mengurangkan bebanan anda untuk melakukan pekerjaan dengan gambaran yang besar.

Sebilangan besar kejayaan sesebuah perniagaan adalah mengenai sikap dan disiplin masing-masing. Tetapi kita semua mempunyai kelemahan dan kekuatan. Jadi apa yang kita perlu buat adalah belajar dan mengubah mentality orang lain terhadap diri kita melalui kreativiti, inovasi dan tekad.

Untuk mendapatkan lagi idea yang menarik dalam perniagaan sila klik sini

Terbaru!!

Panduan Ecomm Masterclass

Case Study Jualan RM1.9 Juta kurang dari setahun dengan Strategi Ecommerce Ads

Isi borang dibawah ini.. Lepas Register ni, Dapat BONUS Free bernilai RM249

Leave a Comment