Table of Contents
Pengenalan
Kebanyakkan orang malu untuk mengakui bahawa ramai pekerja yang tidak bermotivasi yang berada di dunia ini. Ianya sama ada mereka telah cuba buat yang terbaik ataupun mereka tidak mendapatkan sepenuh perhatian dan juga motivasi daripada pengurus untuk meningkatkan motivasi mereka. Ini adalah situasi yang amat berbahaya bagi pengurus dalam menguruskan pekerja-pekerja.
Menurut kajian baru-baru ini oleh Dale Carnegie, kurang daripada 25% pekerja bukan pengurusan sepenuhnya bermotivasi dan bekerja. Ini jelas merupakan masalah yang mesti ditangani. Sekiranya pekerja merasa tidak ada alasan untuk bekerja keras, mengapa mereka melakukannya? Membuat faktor motivasi yang mudah tetapi berkesan dalam budaya syarikat anda adalah jawapannya. Berikut adalah 5 cara untuk memotivasikan pekerja anda untuk melakukan yang terbaik.
1. Tetapkan Matlamat Dan Mengiktiraf Kejayaan
Pekerja anda inginkan cabaran, itu adalah sifat biasa manusia normal. Jika mereka datang setiap hari membuat tugas yang agak berat yang sama untuk dilakukan tanpa tujuan yang dapat diterima, ianya akan menjadikan pekerja itu tidak bermotivasi. Menetapkan matlamat yang betul untuk semua pekerja. Ini amat membantu pekerja-pekerja mencapai matlamat tersebut dan ini akan membantu pengurus agar dapat mengukur prestasi semua pekerja yang datang.
Jika pekerja tidak mencapai matlamat yang telah disebutkan oleh majikan, majikan boleh mengenal pasti sama ada mahu melepaskan mereka ataupun meningkatkan lagi motivasi pekerja tersebut agar dapat mencapai matlamat yang dimahukan. Apabila matlamat anda telah tercapai, pastikan anda menyambutnya ataupun memberitahu kepada pekerja-pekerja anda tentang berita gembira ini. Sambutan boleh dibuat dalam bentuk bersederhana juga ianya bergantung kepada anda. Anda boleh mengadakan jamuan ataupun menaikkan gaji mereka, agar mereka lebih bersemangat dalam mencapai matlamat yang seterusnya.
2. Memotivasikan Dan Mendengar Pekerja
Salah satu motivasi yang paling besar adalah di mana seorang pengurus mendengar akan rintihan yang diluahkan oleh pekerja anda tentang masalah yang mereka hadapi di tempat kerja mahupun masalah peribadi. Ini tidak bermaksud bahawa setiap permintaan atau keluhan yang diluahkan oleh pekerja anda perlu selesaikan tetapi mendengar apa yang diluahkan oleh pekerja anda adalah motivasi. Kadang-kala pekerja ada idea-dea yang baharu untuk diberitahu, ada kalanya juga idea itu adalah tidak masuk akal tetapi cukuplah setakat mendengar idea mereka. Sesetengah orang amat menyukai jika ada yang sudi mendengar rintihan mereka dan jika mereka dapat majikan yang tidak mahu mendengar luahan mereka, ini mungkin akan menjejaskan prestasi mereka untuk melakukan pekerjaan dalam mencapai matlamat syarikat.
3. Bayar Gaji Pekerja Dengan Baik
Untuk memastikan pekerja anda dalam tahap terbaik, anda perlulah membayar gaji mereka seperti yang dijanjikan dengan tepat. Ini mungkin mudah bagi sesetengah organisasi untuk melakukan tetapi pastikan mereka tidak ditangguhkan gajinya. Jika prestasi yang ditunjukkan amat memuaskan,berikan mereka sedikit bonus. Ini akan memberi tahu mereka bahawa mereka dihargai. Sekiranya anda tidak dapat membayar gaji mereka, maka fikirkanlah cara untuk memberikan mereka bonus berdasarkan prestasi yang ditunjukkan. Bonus boleh diberi dalam pelbagai bentuk seperti dalam bentuk kewangan mahupun percutian bergaji ianya bergantung kepada organisasi itu sendiri.
4. Peduli Akan Masa Hadapan Pekerja
Sebagai seorang pengurus anda perlulah menunjukkan rasa minat dan terlibat dalam menentukan masa depan pekerja anda untuk menaikkan motivasi mereka. Ciptakan peluang bagi pekerja-pekerja anda untuk menaikkan pangkat mereka ataupun membiayai pendidikan untuk mereka sambung ke peringkat lebih tinggi. Pekerja akan rasa lebih bernilai dan dihargai apabila majikan mereka mengambil berat tentang mereka dalam syarikat mahupun dalam kerjaya. Sebagai seorang mentor anda perlulah membina kepercayaan dan motivasi dengan pekerja anda untuk masa hadapan syarikat anda.
5. Membuat Suasana Kerja Yang Baik
Pastikan syarikat anda mempunyai suasana kerja yang baik. Jangan hanya memberikan gaji yang bagus dan memberikan kebaikan kepada semua pekerja tetapi anda perlulah memastikan pekerja anda seronok dengan kerja yang dibuat. Sekiranya suasana negatif yang terdapat dalam syarikat anda. Anda perlulah memikirkan kenapa pekerja-pekerja anda perlu mencapai matlamat syarikat sedangkan pekerja anda tidak menyukai kerja yang mereka buat? Anda tidak perlu untuk meraikan secara berlebihan ataupun mengadakan meeting hari-hari, cukup sekadar hanya membuat aktiviti berkumpulan seperti makan tengah hari bersama-sama untuk membina semangat berpasukan ini cukup memberikan mereka motivasi.
Untuk memastikan pekerja anda yang bermotivasi untuk bekerja keras dan memberikan yang terbaik dalam setiap tugasan yang diberikan adalah kunci bagi perniagaan yang berjaya dan sihat. Terdapat beberapa pekerja yang mungkin akan memerlukan sedikit dorongan dan motivasi untuk bekerja lebih keras dan ada beberapa pekerja yang boleh menyelesaikannya sendiri tetapi pada akhirnya pengurus itu sendiri yang perlu memainkan peranan dalam menyelesaikan hal mereka.
Untuk tips yang lebih bermotivasi untuk perniagaan boleh klik di sini