3 Tips Kembangkan Perniagaan

Share This Post

Share on facebook
Share on linkedin
Share on twitter
Share on email

Berikut adalah 3 perkara penting yang anda perlu dapatkan, amalkan terhadap diri sendiri jika mahu kembangkan perniagaan menjadi lebih maju.

1. Kembalikan aura hebat anda 

Berusaha untuk kembali bertenaga. Juga punyai kualiti daya penarik yang mampu membuatkan orang tertarik pada anda, sehingga memudahkan anda untuk berjaya.

Mungkin ini adalah sebab paling utama ramai orang berjaya memberikan nasihat pada yang baru nak mula berniaga, agar memilih perniagaan yang mereka benar-benar minat nak buat.

Dengan melakukan sesuatu yang memang dah disukai, tidak terasa penat atau putus asa. Mata bersinar ketika buat kerja, peluh meleleh tak terasa. Memang akan terasa aura hebat keluar dari orang yang menghayati kerja yang dia suka.

Oleh itu, jika ada peluang, ada pilihan, ada masa, memang disarankan supaya anda memilih satu perniagaan yang membuatkan aura anda tersembul keluar tanpa perlu dipaksa.

2. Jelas hala tuju dan punyai daya tumpuan yang tinggi 

Tahu membezakan mana yang paling penting diantara perkara-perkara penting yang perlu dilaksanakan. Juga berupaya mengelakkan diri daripada cubaan dan gangguan yang mahu membuatkan anda terpesong daripada menuju ke matlamat yang disasarkan.

Bila badan sihat secara fizikal, mental juga perlu sihat. Untuk pastikan mental anda sihat, anda hanya perlu bertanggung jawab sepenuhnya terhadap apa yang berlaku pada diri anda.

Jangan salahkan orang lain. Sebaliknya berusahalah mencari jalan untuk mendapatkan apa yang anda mahu dalam keadaan serba kekurangan. Buat senarai 3 ke 5 perkara kecil yang boleh dilakukan segera. Berusaha laksanakan sampai siap dan buat senarai selanjutnya pulak.

Bergerak ke depan sedikit demi sedikit dan pecahkan rintangan yang ada. Kejayaan yang kecil yang dikecapi secara konsisten bakal membawa kejayaan yang amat besar, insyaallah. Anda perlu bergerak sendiri dan bertindak mengatasi segala rintangan tanpa perlu mengeluh atau mengadu domba.

Jika begitu sikap anda, sah bahawa anda punya tahap kesihatan mental yang amat tinggi.

3. Membina jaringan kenalan dan bantuan 

Berusaha untuk merapatkan diri dan membina rangkaian kawan dan kenalan yang dapat membantu anda mencapai matlamat. Samada mereka dari kalangan sama industri mahupun diluar industri yang anda ceburi. Kawan dan kenalan mestilah yang dapat membantu memberikan nasihat, motivasi, idea dan semangat apabila diperlukan.

Jangan tangguh dan berikan seribu alasan untuk berusaha laksanakannya jika anda benar-benar mahu kembangkan perniagaan yang sedang anda jalankan sekarang. Jika semuanya berjaya djadikan gaya hidup anda, usaha untuk kembangkan perniagaan menjadi lebih mudah lancar dan berkesan.

Semoga kita semua dapat melakukannya, Insyaallah !

Kredit kepada hidupringkas.com.

Lihat juga artikel yang berkaitan:

pentingnya blog untuk bisnes

16 faktor usahawan gagal dalam bisnes

close

Leave a Reply

Subscribe To Our Newsletter

Get updates and learn from the best, Free Powerpoint Template worth $300.. Get Here!

More To Explore

Sponsored

Case study Setup Messenger Ads dengan Chatbot Mudah

chatbot
Share on facebook
Share on google
Share on twitter
Share on linkedin
Share on facebook
Share on google
Share on twitter
Share on linkedin
Scroll to Top