Teknik Closing Mudah

teknik closing mudah

Ada banyak faktor yang mempengaruhi hasil close sale. Antaranya tahap kesedaran, emosi, promosi, dan keperluan. Sebelum anda ingin closing, anda kena pastikan segala persolan di bahagian penjual (seller) sudah selesai. Persoalan apa?
Who – kenali siapa prospek
Why – kenali kenapa prospek mencari kita
What – kenali produk yang boleh menyelesaikan masalah prospek
Where – kenali tempat/platform prospek untuk dapatkan produk

Prospek dan apa yang mereka mahukan

Jenis prospek yang dapat selalunya ia bergantung kepada copywriting yang anda tulis, sebarang lead atau comment anda telah menyentuh jiwa prospek untuk mengetahui lebih lanjut tentang solution yang anda ada. So bermulalah episod… “PM”

Orang private message (PM) ni ada dua kategori, berminat ataupun tidak. So langkah pertama kita sebelum terangkan lebih lanjut pasal produk yang kita jual ialah kenali masalah mereka, cuba kaitkan dengan situasi/trend semasa. Letakkan diri kita di tempat mereka sekejap, jangan terus jadi hardcore seller. Dan yang paling penting kita membuatkan prospek rasa yang kita ni berpotensi dalam membantu dia mengatasi masalah mereka.

Penyelesaian yang diberikan

Problem
Problem

Apabila kita bercakap pasal masalah tertentu, kita juga akan bercakap pasal penyelesaian yang tertentu. Pertama sekali jangan bagi jalan penyelesaian yang banyak sehingga memaksa mereka terpaksa buat pilihan atau keliru. Kenal pasti masalah A, penyelesaiannya mesti A, masalah B, selesai dengan B. Tapi jika masalah A dan B ini mempunyai jalan penyelesaian yang sama. Gunakan fungsi kepelbagaian.

Contoh kalau anda ada produk yang multipurpose yang boleh rawat obesiti, stamina dan macam2 lagi. So anda kena kenal pasti dulu apa masalah prospek, dan kaitkan dengan produk anda tadi dengan specific ingredients yang mampu membantu setiap masalah tu. Kuatkan lagi penjelasan dengan testimoni. Tapi untuk lebih berkesan pastikan testimoni kita tu memang berkait rapat dengan masalah prospek kite ni tadi. . Cerita sedikit tentang testimoni tu. Dia ni siapa, apa masalah dia, macam mana dia jumpa produk ni, macam mana hasil selepas pakai.

Tawaran dan Pilihan

Apa yang perlu buat jika prospek sudah membuat keputusan untuk dapatkan produk kita? Kita boleh menggunakan teknik Alternate Closing dimana kita memberi pilihan kepada mereka mengikut kesesuaian. Tawarkan dahulu set A atau set B dan terangkan secara ringkas apa yang mereka akan dapat dari setiap set itu. Kemudan baru cadangkan mana yang lebih sesuai untuk mereka.

“Sebab set A ni macam ni macam ni. Ramai juga ambil set A sebab yang ini adalah set permulaan sesuai untuk semua. Set B ni advance sikit. Macam ni macam ni. Cik Puan nak ambil set A?”

Now bila saya cakap “ramai juga ambil” ni anda jangan la pula reka cerita. Pastikan fakta yang anda berikan itu betul. Dan, selitkan tawaran dengan sedikit urgency. Contoh:

“Sis kalau sis payment harini sebelum jam 5:00 petang, saya nak bagi diskaun 20% dekat sis”.

Akhirnya, bila mereka dah setuju, berikan alternatif untuk mereka buat pembayaran. Ini adalah sedikit teknik closing mudah yang boleh apply sedikit sebanyak dalam bisnes korang. Semoga bermanfaat, terima kasih

Terbaru!!

Panduan Ecomm Masterclass

Case Study Jualan RM1.9 Juta kurang dari setahun dengan Strategi Ecommerce Ads

Isi borang dibawah ini.. Lepas Register ni, Dapat BONUS Free bernilai RM249

Leave a Comment