Keperluan Asas Untuk Membina Sebuah Website

Share This Post

Share on facebook
Share on linkedin
Share on twitter
Share on email

Anda mempunyai hasrat untuk memiliki website sendiri tetapi terhalang kerana tidak tahu bagaimana caranya untuk membuat website sendiri?

Anda mahu belajar cara membuat website sendiri?

Cara buat website tidaklah sesukar yang disangka. Dengan sedikit bimbingan anda pasti dapat membuatnya sendiri.

Dan yang menariknya:

Website boleh digunakan untuk bisnes dan juga untuk mencari pendapatan sampingan.

Malah ia boleh menjadi punca pendapatan utama jika anda buat sungguh-sungguh. Kerja dari rumah!

Dalam post ini, saya akan menerangkan tentang apa yang diperlukan untuk membina website sendiri dengan mudah, dalam bahasa yang paling senang difahami.

WordPress Sebagai Platform

Dalam post ini, kita akan menggunakan wordpress sebagai website.

Yang baiknya tentang WordPress ini adalah:

  • Tersedia untuk blog
  • Senang untuk digunakan
  • Boleh diurus dari mana-mana komputer yang mempunyai sambungan internet
  • Tidak memerlukan pengetahuan coding
  • Bagus untuk SEO

Jangan bimbang, dengan WordPress, anda tidak perlu mengetahui program seperti html, css, js atau program server untuk membuat blog, melainkan anda ingin membuat sesuatu benda yang sangat terperinci.

Keperluan Utama untuk Buat Blog

4 perkara penting jika anda berhasrat untuk buat blog iaitu:

  1. Masa: Masa untuk blog anda
  2. Nama domain: contohnya ithmm.com
  3. Website hosting: Tempat fail dan data blog anda disimpan
  4. Bajet: Untuk membayar domain dan web hosting

Jika anda mahu mencuba yang percuma dahulu boleh rujuk sini: Buat Blog @ laman web percuma di WordPress.com

Tapi jika anda benar-benar mahu serius, saya cadangkan anda miliki website dengan domain sendiri kerana terdapat banyak kelebihannya.

Urutan Langkah untuk Buat Website

Berikut merupakan urutan langkah untuk buat website sendiri:

  1. Pilih Tema Website
  2. Tentukan Nama Domain
  3. Beli Domain dan Hosting
  4. Install WordPress
  5. Akses Admin WordPress
  6. Install Theme WordPress
  7. Buat Page & Post

Mari ikuti langkah demi langkah untuk membuat blog ini dengan lebih terperinci dalam post yang lain.

close

Leave a Reply

Subscribe To Our Newsletter

Get updates and learn from the best, Free Powerpoint Template worth $300.. Get Here!

More To Explore

5 Sebab Untuk Menggunakan Jetpack Untuk Wordpress
Artikel

5 Sebab untuk Menggunakan Jetpack untuk WordPress

Apa yang berlaku apabila orang di belakang WordPress.com, berkumpul untuk membuat plugin WordPress? Anda mendapat Jetpack. Dengan lebih daripada 5 juta pemasangan aktif, Jetpack dirancang untuk menjadi pemalam serba guna

Artikel

3 Teknik Membuat Video Instagram

Bercakap tentang Instagram, sekarang, ini bukan sekadar mengandungi gambar sahaja. Sama seperti media sosial yang lain, Instagram sebagai platform yang paling popular juga berjaya meningkatkan dan membuktikan persaingan untuk kandungan

10 Sebab Simpan Data Pengguna
Artikel

10 Sebab Simpan Data Pengguna

Sebab # 1: Dapatkan pulangan yang nyata Kesedaran jenama adalah penting. Oleh itu, anda menghabiskan banyak wang untuk merekrut duta jenama, memberikan produk percuma, dan membuat pengaktifan dan pengalaman untuk

Sponsored

Case study Setup Messenger Ads dengan Chatbot Mudah

chatbot
Share on facebook
Share on google
Share on twitter
Share on linkedin
Share on facebook
Share on google
Share on twitter
Share on linkedin
Scroll to Top