Cara-cara untuk setup messenger ads di Facebook

Share This Post

Share on facebook
Share on linkedin
Share on twitter
Share on email

Semakin hari semakin ramai mula menceburkan diri dalam perniagaan online sama ada di Facebook, Instagram mahupun lain-lain platfom media sosial yang lain.

Dalam artikel ini, saya akan ajar sedikit tentang cara-cara untuk setup messenger ads dengan cepat dan senang.

1. Create Campaign

Ok, mula-mula pergi ke ‘manage ads’. Lepas tu create new campaign.

2. Pilih jenis campaign

Setelah korang create new campaign, Korang pilih pulak jenis kempen yang korang nak. Dalam artikel ni kita nak buat messenger ads jadi kita pilih option ‘messenger’

3. Set budget

Korang boleh set berapa budget yang korang  nak untuk messenger ads ni. Untuk permulaan, saya cadangkan korang start dari RM10-RM30 dulu. Kalau ads tu perform baru korang tambah budget korang ikut kemampuan.

4. Message destination

Pastikan korang punya ads tu betul destination dia. Kalau salah takut tak masuk pulak dalam inbox messenger korang.

5. Audience

Yang ni korang tentukan la sendiri siapa audience yang korang nak. Pastikan audience ni sesuai dengan produk korang sebab audience ni la yang merupakan potential leads yang akan jadi custumer korang. Kalau salah rugi la sebab iklan nanti tak sampai pada orang yang sepatutnya.

6. Placement

Placement ni pulak untuk korang tentukan iklan ni akan pergi ke mana. Korang boleh letakkan iklan korang kat Facebook, Instagram dan juga Messenger.

7. Format ads

Korang boleh pilih format iklan untuk ads korang sama ada nak dalam format carousel atau format single image/video. Nanti korang boleh masukkan gambar dan video yang menarik untuk iklan korang.

8. Ads setup

Yang ni part last sekali untuk setup messenger ads korang. Korang boleh masukkan copywriting korang yang power tu dalam ni. Lepas tu korang pastikan yang Call To Action korang adalah Send Message.

Lepas siap semua tu, korang dah boleh publish korang punya messenger ads korang. Haaaa….senang je kan. Korang juga boleh buat try and error untuk dapat kan ads yang murah dan berkualiti. Selamat mencuba.

close

Leave a Reply

Subscribe To Our Newsletter

Get updates and learn from the best, Free Powerpoint Template worth $300.. Get Here!

More To Explore

Artikel

4 Jenis Pertumbuhan Perniagaan

Pertumbuhan perniagaan adalah matlamat bagi mana-mana individu yang bergelar usahawan. Sama ada gerak ke tempat lebih besar ataupun menjadikan produk anda adalah produk antarabangsa, mencipta perniagaan yang boleh menghasilkan produk,

Baby Marketing New Parents Marketing 5W Public Relations
Artikel

5 Tips Pemasaran Untuk Pemula Bisnes

Baru nak mulakan bisnes? Nak jadikan bisnes kita dikenali orang dan akhirnya mendapat kepercayaan agak sukar jika tak dirancang dan dimulakan dengan betul. Di sini sedikit tip pemasaran untuk pemula

marketing funnel part 2
Artikel

Funnel Dalam Pemasaran Digital (Bahagian 2)

Artikel sebelum ni kita sudah tahu salah satu funnel pemasaran iaitu Like Marketing (Baca sini). Sambungan ini ialah untuk funnel pemasaran ke-2 iaitu Video Funnel. Video Funnel Tak ramai tahu,

Sponsored

Case study Setup Messenger Ads dengan Chatbot Mudah

chatbot
Share on facebook
Share on google
Share on twitter
Share on linkedin
Share on facebook
Share on google
Share on twitter
Share on linkedin
Scroll to Top