Pada pandangan saya, close sales adalah satu proses menukar seorang prospek supaya mereka timbul rasa minat kepada produk dan atau servis yang kita jalankan, percaya kepada kita dan produk sehingga menjadi seorang pembeli melalui komunikasi verbal atau non-verbal. Secara ringkasnya, proses tukar prospek kepada pembeli melalui komunikasi verbal atau non-verbal.
Close sale juga boleh ditakrif sebagai satu aktiviti konsultasi antara peniaga dengan prospek. Dimana peniaga membantu memberi khidmat nasihat kepada prospek supaya membuat keputusan yang betul untuk mengurus masalah yang sedang mereka hadapi. Terdapat pelbagai platform yang dijadikan tempat untuk sesi closing bersama pelangan antara nya adalah:
App Whatapps – antara yang mudah disebabkan boleh dikatakan 70% rakyat Malaysia bagi linkungan usia 20 – 50 tahun umur mempunyai app ini untuk berhubung antara satu sama lain. Jadi ia menyebabkan antara tempat paling mudah untuk sesi closing. Antara yang app lain di inbox messenger fb dan juga email yang dimana tempat yang memberikan notifikasi setiap kali kite di berikan info-info dan sesi closing bermula.
Table of Contents
3 Aliran Close Sale

1. STRANGER
Prospek yang pm/whatsapp kita bertanyakan tentang produk. Mereka masih belum kenal kita dan kita juga masih belum kenal siapakah mereka.
2. FRIEND
Fasa break the bricks, bina rapport dengan prospek. Supaya prospek rasa selesa dengan kita dan tidak menganggap kita sebagai orang asing. Layan mereka seperti kawan yang kita kenal.
3. CUSTOMER
Apabila mereka sudah selesa dengan kita, mudah untuk kita buat mereka percaya pada kita dan juga produk terutamanya. Seterusnya menjadi pembeli .