Ad Fatigue: Bahaya Iklan Sama Dan Lama.

Unnamed

Share This Post

Share on facebook
Share on linkedin
Share on twitter
Share on email

Sebagai pemasar online, anda pernah tak terfikir wujud satu situasi dimana prospek melihat iklan anda banyak kali sehingga mereka dah lali atau pun benci. Situasi ini dipanggil Ad Fatigue. Fenomena bagi yang dah lali, ia dipanggil banner blindness dimana secara sedar atau tak sedar mereka ini mengabaikan iklan yang mereka nampak. Adalah logik dalam teknik pemasaran dimana kita perlu tunjukkan iklan kepada prospek berulang kali sehingga timbul rasa minat mereka, tapi anda tahu ke berapa kali maksimum? Prospek ini tidak memberi ancaman, tapi ia membazir dari sudut anda sebagai pemasar. Bagi prospek yang dah menyampah atau benci, ini yang bahaya. Potensi iklan anda di lapor adalah tinggi sehingga iklan anda boleh diban oleh Facebook jika terlalu banyak laporan yang diterima.

Boleh ukur ke Ad Fatigue ni? Bagaimana nak tahu satu-satu iklan itu sudah capai limit atau belum? Dalam Facebook Ads Manager, anda boleh gunakan Frequency, walaupun ia cuma data anggaran tapi sedikit sebanyak anda dapat tahu jika iklan itu telah dilihat oleh orang yang sama banyak kali. Jika nilai Frequency itu tinggi, bermakna iklan dilihat banyak kali dan sebaliknya. Kesannya ialah pada kadar klik dan kadar conversion iklan.

ad fatigue

Cara Atasi Ad Fatigue

Boleh ikut tips dibawah ini untuk atasi Ad Fatigue:

1. Copywriting

Tukar iklan anda dengan bagi nafas baru pada copywriting. Tukar headline, pendekkan jika terlalu panjang, gunakan penulisan yang catchy, gunakan teknik soalan. Seterusnya jelas bagaimana anda boleh membantu, letakkan quote testimoni pelanggan. Jelaskan mengenai produk anda, gunakan dalam bentuk point. Dan akhirnya ayat CTA mengikut objektif anda.

2. Kreativiti

Tukar gambar atau video. Jika iklan guna satu gambar, boleh tukar kepada carousel ad. Jika iklan guna video, gunakan gambar thumbnail yang menarik atau clickbait. Tapi jangan langgar polisi yang ditetapkan.

3. Berjadual

Facebook beri fungsi ”Run Ads On A Schedule”, jadi anda boleh pilih hari dan masa untuk tampilkan iklan kepada prospek. Ini boleh elak iklan anda muncul pada prospek yang sama setiap hari dan menjadikan ia ad fatigue. Untuk gunakan fungsi Ad Schedule ini, kempen anda kena setkan Lifetime Budget.

4. Target Audience

Cara paling mudah ialah tukar sahaja target audience yang baru. Jika audience asal anda pernah beri keputusan yang baik tapi kini tiada respon dan anda sayang pada kelompok ini, gunakan Lookalike Audience. Seterusnya pelbagaikan interest audience. Apa-apa pun test itu perlu untuk mendapatkan target audience yang paling tepat.

Adalah penting anda atasi Ad Fatigue ini sekarang sebelum iklan anda capai tahap tak efektif terus. Konklusi yang saya boleh bagi ialah pastikan iklan anda sentiasa fresh dan menarik.

close

Leave a Reply

Subscribe To Our Newsletter

Get updates and learn from the best, Free Powerpoint Template worth $300.. Get Here!

More To Explore

7 Risiko Perniagaan Setiap Perniagaan Yang Perlu Diketahui
Artikel

7 Risiko Perniagaan Yang Perlu Diketahui

Membangun perniagaan memerlukan kerja – dan risiko. Tetapi beberapa risiko lebih berbahaya daripada yang lain. Berikut adalah beberapa risiko yang harus diingat oleh setiap pemilik perniagaan. Menjalankan perniagaan memerlukan kerja

CARA SPY ADS UNTUK RUJUKAN
Artikel

Teknik Spy Ads Untuk Rujukan

Ada masanya kepala dah pening nak brainstorm idea, nak run ads macam mana lagi dah ni? dah cuba macam-macam style asyik tak jadi jerr. Ini mungkin boleh jadikan panduan Lihat

Artikel

5 Tips Kurangkan Risiko Transaksi Online.

Telefon memang pintar, tapi pintarkah anda? Jika dulu telefon hanya digunakan untuk berhubung, kini segala kerja dari urusan peribadi sehingga bisnes menggunakan system yang lebih mudah di telefon pintar. Termasuklah

Sponsored

Case study Setup Messenger Ads dengan Chatbot Mudah

chatbot
Share on facebook
Share on google
Share on twitter
Share on linkedin
Share on facebook
Share on google
Share on twitter
Share on linkedin
Scroll to Top