Perkara pertama yang perlu anda ketahui sebelum mula membina website anda ialah memilih hosting yang sesuai. Hosting amat penting bagi sesuatu website kerana ia boleh diibaratkan seperti tanah. Yela, mana mungkin kita boleh membina rumah tanpa tanah. Betul tak?
Kami ada senaraikan di bawah ni, 5 syarikat hosting provider yang sememangnya mempunyai kredibiliti dan kepercayaan di kalangan dunia blogger professional.
1) SiteGround
2) NameCheap
3) DataKL
5) ServerFreak
Jadi, jom kita lihat apa yang perlu dilihat sebelum memilih hosting untuk website anda:
1) Uptime:
Uptime memainkan peranan yang sangat penting demi kejayaan sesuatu blog. So pastikan hosting pilihan anda mempunyai reputasi uptime yang sentiasa mantop.
Tak mau lah nanti tiap kali pembaca nak tuju ke blog kita, mereka di beritahu server is down. Mesti dorang fed up kan.
Coba bayangkan, apa kita rasa tiap pagi kita sampai ke stesen LRT untuk naik train ke ofis, dan hampir setiap kali kita di beritau system down, so perkhidmatan keretapi tergendala sebentar pada waktu itu.
2) Bandwidth:

Yang ni, pon penting jugak, untuk memastikan berapa banyak data yang site kita boleh kirim ke internet dan berapa ramai pengunjung ia boleh menampung pada satu masa.
Kebanyakan hosting yang offer sewa bulanan murah , biasa nya mereka hadkan pada jumlah yang paling minima.
3) Security:
Haahh yang ni paling lah penting, sebab kita nak pastikan yang hosting (tuan tanah) ada sediakan back up data. Malware dan site kena hack bagai ni biasa kita dengar kan, so pastikan syarikat hosting pilihan kita sentiasa ada di belakang kita jika mala petaka yang sedemikan melanda.
4) Khidmat pelanggan:

Bagi yang kurang mahir dalam isu2 tech so, customer support sangat penting untuk sesuatu hosting.
Sebab nya? Jika sesuatu trajedi berlaku ke atas site, anda perlukan bantuan sepantas kilat untuk setel kan masalah itu. Anda sangat perlukan bantuan ini untuk memastikan website anda sentiasa dalam keadaan terbaik.
5) Kos :

Kos untuk menyewa hosting ni berbeza dari satu syarikat kepada yang lain. Ada yang menawarkan bayaran bulanan, dan ada pula yang memerlukan bayaran upfront untuk setahun, juga ada yang meminta bayaran untuk tiga tahun sekali gus.
So terpulang lah pada bajet anda. Ada juga yang percuma ya, so up to you to make a wise decision based on your budget and needs.
6) Mesra pengguna:
Pastikan juga ia mudah untuk anda navigate. Unless anda menggunakan khidmat web designer professional untuk mereka blog anda, you don’t have to bother about it being user friendly or not.
Tapi, jika anda sama cam kami, yang sume nya pon sendirian berhad, pastikan ia mudah untuk di gunakan, ok.
7) Perkhidmatan Tambahan:
Pastikan juga yang hosting pilihan anda ada menyediakan khidmat tambahan seperti akaun emel, Whois untuk privacy, SSL untuk security, (yang ni penting ya, jika anda nak buat ecommerce yang menerima pembayaran online)
8) Hosting Percuma :
Jika anda belom lagi ada bajet untuk membina blog di atas hosting berbayar, untuk permulaan boleh coba yang percuma dulu.
Seperti Blogger, Wix, Weebly dan sebagainya.
Ia boleh di remove (without warning) jika melanggar peraturan yang di tetapkan atau atas sebab2 yang hanya tuan tanah saja yang tau.
Kaedah nya sama seperti platfom media sosial FB atau IG. Kita sering dengar, kengkawan kita mengadu, yang akaun mereka telah di lupuskan, ghaib, tak dapat di kesan radar huhu.
Tak mahal mana pon sewa nya. Adab orang meniaga, mestilah nak bayar sewa tapak, iya kan?
Lagi pon, platfom percuma mempunyai feature yang sangat terhad.
Untuk menjana pendapatan dari blog, anda memerlu kan sokongan dari beberapa WordPress plug in, dan ini hanya mampu di lakukan ke atas site yang menggunakan hosting berbayar (self-hosted)
So, sekian perkongsian kami tentang macam mana cara pilih hosting yang terbaik untuk blog WordPress untuk bisnes online anda.
Semoga bermanfaat, in sha Allah
Artikel ini dikreditkan kepada kaksu.com
Baca juga: