7 Cara Membuat Business Plan Untuk Perniagaan Anda

Cara Membuat Business Plan Untuk Perniagaan Anda

Share This Post

Share on facebook
Share on linkedin
Share on twitter
Share on email

Bagi anda yang telah atau mahu memulakan perniagaan anda sendiri, anda pasti sudah dengar mengenai business plan ataupun pelan perniagaan. Anda haruslah mengetahui cara-cara untuk membuat business plan sebelum memulakan perniagaan anda. Artikel kali ini akan mengajar anda bagaimana untuk membuat business plan. Sebagai contoh apa yang anda harus masukkan ke dalam business plan anda, apa yang tak perlu anda masukkan, bagaimana hendak meguruskannya dan sebagainya. Berikut adalah kandungan penting yang perlu ada dalam business plan anda.

1. Ringkasan Eksekutif (Executive Summary)

Ringkasan eksekutif adalah ringkasan secara keseluruhan mengenai rancangan pelan perniagaan anda. Ringkasan eksekutif ini akan berada di muka hadapan business plan anda. Ringkasan ini haruslah memberitahu pembaca apa yang anda mahu dan hal ini sangat penting. Anda harus menjelaskan apa yang anda minta di dalam ringkasan tersebut.  ·

2. Penerangan Perniagaan (Business Description)

Huraian perniagaan biasanya bermula dengan penerangan ringkas tentang industri anda. Apabila menerangkan tentang industri, bincangkan prospek masa kini serta kemungkinan-kemungkinan yang bakal terjadi pada masa depan. Anda juga harus memberikan maklumat mengenai semua pasaran dalam industri, termasuk sebarang produk atau perkembangan baru yang akan memberi manfaat atau menjejaskan perniagaan anda. ·

3. Strategi Pasaran (Marketing Strategies)

Cara Membuat Business Plan Untuk Perniagaan Anda1

Strategi pasaran adalah hasil analisis pasaran yang teliti. Para analisa pasaran akan memaksa usahawan-usahawan untuk menjadi familiar dengan semua aspek pasaran supaya target market dapat ditakrifkan dan syarikat dapat diletakkan dalam pasaran untuk memperoleh bahagian jualannya (share of sales). ·

4. Analisis Kompetitif (Competitive Analysis)

Cara Membuat Business Plan Untuk Perniagaan Anda2

Tujuan analisis kompetitif pula adalah untuk menentukan kekuatan dan kelemahan pesaing dalam pasaran anda, strategi yang akan memberikan anda kelebihan tersendiri, halangan yang boleh dibangunkan untuk mengelakkan persaingan daripada memasuki pasaran anda, dan sebarang kelemahan yang boleh dimanfaatkan dalam kitaran pembangunan produk. ·

5. Pelan Reka Bentuk & Pembangunan (Design & Development Plan)

Tujuan bahagian pelan reka bentuk dan pembangunan dalam business plan pula adalah untuk memberitahu para pelabur tentang perihal reka bentuk produk, carta perkembangannya dalam konteks pengeluaran, pemasaran dan syarikat itu sendiri, dan membuat anggaran belanja untuk membangunkannya yang akan membolehkan syarikat anda mencapai matlamatnya. ·

6. Pelan Pengurusan & Operasi (Operation & Management Plan)

Pelan operasi dan pengurusan pula direka untuk menerangkan bagaimana perniagaan itu akan terus berfungsi terus menerus. Pelan operasi akan menitikberatkan mengenai logistik organisasi seperti pelbagai tanggungjawab pasukan pengurusan, tugas-tugas yang diberikan kepada setiap bahagian dalam syarikat, dan keperluan modal dan perbelanjaan yang berkaitan dengan operasi perniagaan. ·

7. Faktor Kewangan (Financial Factors)

Data kewangan sentiasa berada di belakang business plan/pelan perniagaan, tetapi itu tidak bermakna ia tidak penting daripada bahan-bahan hadapan seperti konsep perniagaan dan pasukan pengurusan.

Artikel ini dikreditkan kepada techharvest.asia

Baca juga:

close

Leave a Reply

Subscribe To Our Newsletter

Get updates and learn from the best, Free Powerpoint Template worth $300.. Get Here!

More To Explore

create landing page mywebartist business boost
Teknik Pemasaran

Bina Skrip Sale Page Mudah

Sebelum ni saya jelaskan bagaimana pemasaran menggunakan teknik konten dimana selepas pembaca melihat konten berkaitan produk, mereka akan terus ke sale page melalui button cta. Jika kita dah berjaya bina

Sponsored

Case study Setup Messenger Ads dengan Chatbot Mudah

chatbot
Share on facebook
Share on google
Share on twitter
Share on linkedin
Share on facebook
Share on google
Share on twitter
Share on linkedin
Scroll to Top