Tahun 2020 menandakan satu era baru dalam perniagaan. Tidak kira la secara online mahupun ofline. Dan ramai founder-founder yang mengeluarkan pelbagai produk baru. Memandangkan sekarang ramai yang hendak buat produk sendiri, ini ada sedikit tips mencipta jenama sendiri.

1) Jangan jadikan jenis produk sebagai jenama. Sebagai contoh, jika menjual krim kecantikan, jangan jadikan krim itu sebagai nama utama, seperti krim gold, krim plus dan lain-lain. Nama-nama sebegini tidak akan boleh didaftarkan sebagai trademark.
2) Jika jenis produk diangkat menjadi jenama, ia tidak akan ada keunikan. Tujuan diwujudkan jenama adalah untuk mewujudkan keunikan dan membezakan di antara produk kita dengan produk orang lain di pasaran. Jika semua orang guna nama Krim, macam mana hendak tahu perbezaan di antara produk-produk krim kecantikan yang ada di pasaran.
3) Kalau hendak pakai nama krim juga, gabungkan dengan perkataan lain yang unik. Contoh, Krim Sendayu. Angkat nama Sendayu di dalam kempen pemasaran. Dan nama yang boleh didaftar sebagai trademark adalah Sendayu, bukannya krim.
4) Jangan guna nama tempat sebagai jenama produk, ia tidak akan diterima jika ingin daftarkannya sebagai trademark. Nama tempat tidak melambangkan keunikan.
5) Fokus kepada membina reputasi jenama, bukannya kepada jenis produk. Produk mungkin akan bertukar, tetapi jenama akan tetap kekal. Jika pelanggan sudah setia dengan jenama, keluarlah produk apa sekalipun, sudah pasti pengikut setia jenama akan membelinya.
6) Wajib daftar jenama sebagai trademark. Bisnes boleh runtuh sekelip mata jika tidak ada perlindungan terhadap jenama. Orang sekarang boleh keluarkan produk tiruan hanya semalaman dan budaya ciplak sudah menjadi amalan. Sediakan payung sebelum terlambat.
Oleh itu, anda perlu tahu apa yang anda perlukan sebelum membuat jenama anda sendiri. Anda juga boleh membaca artikel-artikel yang berkaitan dibawah:
1 thought on “6 Tips Mencipta Jenama Sendiri”
sesuai ke guna nama sendiri utk brand perfume?