6 Tips Follow Up Pelanggan Sedia Ada

Share This Post

Share on facebook
Share on linkedin
Share on twitter
Share on email

Ramai orang bila berniaga, dia tak pandai nak pujuk pelanggan untuk beli lagi dengan dia. Biasa apa yang dia buat bila pelanggan dah beli pertama kali dia biarkan je pelanggan dia tanpa tanya khabar.
.
Dia suka cari pelanggan baru sedangkan pelanggan lama tu kita boleh pujuk dia untuk beli untuk kali kedua, ketiga dan kebiasaannya kita boleh pujuk dia untuk beli produk yang paling premium.
.
Kenapa begitu? Sebab pelanggan tu dia dah ada kepercayaan bila dia beli kali pertama, jadi tak mustahil untuk kita jadikan dia pelanggan yang beli berulang-ulang kali.

Nak tahu macamana tips untuk kita pujuk pelanggan sedia ada untuk beli dari kita?

1. Bertanya Khabar

Cara untuk anda engage dengan pelanggan yang pernah beli dari anda yang paling praktikal dan mudah adalah dengan bertanya khabar. Teknik tanya khabar ini bertujuan melanjutkan hubungan antara bisnes anda dengan pelanggan supaya anda tidak terputus dan senyap.

Kalau kita lihat suasana biasa kehidupan, semua orang suka bertanya khabar dan suka menerima soalan “apa khabar?” sebab ianya satu benda yang merapatkan, gembira, ambil berat dan ambil tahu. Manusia suka diambil berat, terasa ada orang ambil tahu perkembangan dia. Begitu juga dengan pelanggan anda.

2. Follow Up dan Upsell

Cara untuk anda engage dengan pelanggan yang pernah beli dari anda yang paling praktikal dan mudah adalah dengan bertanya khabar. Teknik tanya khabar ini bertujuan melanjutkan hubungan antara bisnes anda dengan pelanggan supaya anda tidak terputus dan senyap.

Kalau kita lihat suasana biasa kehidupan, semua orang suka bertanya khabar dan suka menerima soalan “apa khabar?” sebab ianya satu benda yang merapatkan, gembira, ambil berat dan ambil tahu. Manusia suka diambil berat, terasa ada orang ambil tahu perkembangan dia. Begitu juga dengan pelanggan anda.

3. Update Info

Dari masa ke semasa, anda perlu share content yang baik pada pelanggan sedia ada. Share tips-tips penjagaan, info untuk selesaikan masalah berkaitan, tips penggunaan, dan macam-macam lagi content yang bertujuan beri ilmu atau knowledge pada pelanggan. Pointnya adalah pandaikan pelanggan anda.

Ini akan memudahkan pelanggan sedia ada ini bertukar kepada raving fans. Jadi kalau anda upsell sekalipun, mereka beli tanpa banyak soal.

4. Layanan Istimewa

Kadang-kadang, cara nak bagi penghargaan pada customer yang selalu support bisnes anda adalah dengan beri layanan istimewa. Layanan extra atau istimewa yang membezakan satu kumpulan customer dari customer yang sedia ada.

Biasanya yang ada membership mudah untuk buat pengasingan. Contohnya, sebelum anda releasekan suatu produk pada umum, anda boleh promo pada pelanggan special dengan harga tawaran sebagai penghargaan sebelum anda launch secara rasmi. Ataupun anda berikan customer special ni untuk buat pre-order dengan harga jauh lebih murah dan jimat.

Pelanggan-pelanggan begini akan rasa teruja dan rasa istimewa. Kaedah ni seolah anda layan mereka seperti VVIP. Anda WAJIB buat kalau anda ada customr yang selalu beli dari anda berbulan atau mungkin bertahun lamanya. Beri layanan istimewa pada mereka kerana selama ini support bisnes anda.

5. Kongsi Testimoni

Sentiasa share testimoni terbaru dengan pelanggan sedia ada. Sharing ini bertujuan nak bagitahu pelanggan bukan dia seorang je yang ada masalah begitu, orang lain pun ada malah mungkin lagi teruk kisahnya. Testimoni pada pelanggan sedia macam nak bantu bina keyakinan dia untuk dia selalu guna produk, jangan malas atau jangan tangguh untuk guna produk atau servis secara berkala.

Testimoni boleh jadi inpirasi pada orang, boleh jadi beri keyakinan, beri pengaruh, beri galakan dan paling power, pengaruh pelanggan untuk dapatkan produk premium. Jadi, cepat dan teruskan kumpul testimoni. Ada orang gembira, cerita atau kisah diri dia boleh buat orang berubah atau inpiring others.

6. Beri Hadiah/ Freegift

Berikan hadiah pada pelanggan anda sempena apa-apa peristiwa. Contoh peristiwa yang dimaksudkan, sempena ulangtahun bisnes, hari lahir owner bisnes, hari lahir pelanggan (database kena lengkap), sempena hari peristiwa (Hari Malaysia atau Merdeka), sempena awal tahun, atau Year end Sale.

Berikan diskaun, promo, percuma apa sahaja barang yang boleh beri manfaat pada pelanggan sedia ada. Orang suka bila ada hadiah sempena ni. Macam anda dulu beri hadiah pada bakal untuk lebih sayang pada anda.

Sekarang anda dah tahu macam mana nak layan atau nak follow pelanggan yang sedia ada. Jangan biarkan mereka berlalu begitu sahaja. Inilah peluang untuk anda buatkan pelanggan sedia ada beli dari anda berulang kali..

Artikel ini dikreditkan kepada gramixxdesign.com.

Baca juga:

close

Leave a Reply

Subscribe To Our Newsletter

Get updates and learn from the best, Free Powerpoint Template worth $300.. Get Here!

More To Explore

7 Risiko Perniagaan Yang Perlu Diketahui
Bisnes

7 Risiko Perniagaan Yang Perlu Diketahui

Membangun perniagaan memerlukan kerja – dan risiko. Tetapi beberapa risiko lebih berbahaya daripada yang lain. Berikut adalah beberapa risiko yang perlu diingat oleh setiap pemilik perniagaan. Menjalankan perniagaan memerlukan kerja

Kekurangan Perniagaan Di Website
website

Kekurangan Perniagaan di Website

Perniagaan dalam talian mempunyai pelbagai kelebihan, seperti kos permulaan yang rendah, pemeliharaan minimum, dan kemampuan untuk mengatasi halangan geografi dan bahkan yang berkaitan dengan bahasa. Namun, perniagaan dalam talian juga

Sponsored

Case study Setup Messenger Ads dengan Chatbot Mudah

chatbot
Share on facebook
Share on google
Share on twitter
Share on linkedin
Share on facebook
Share on google
Share on twitter
Share on linkedin
Scroll to Top