6 Cara Mudah Mengurus Kewangan Secara Bijak

Share This Post

Share on facebook
Share on linkedin
Share on twitter
Share on email

Apabila tiba hujung bulan ramai antara individu sering mengalami masalah untuk mengurus kewangan secara bijak. Ini kerana, ada yang sering kali terlebih belanja hingga duit yang sepatutnya dikeluarkan untuk membayar komitmen bulanan turut digunakan. Hal ini, pasti sering kali berlaku kepada ramai individu di luar sana.

Masalah kewangan dan risiko dibebani hutang boleh menimpa sesiapa sahaja jika mereka tidak tahu cara bagaimana menguruskan kewangan secara berhemah. Namun, melalui pengurusan kewangan yang bijak pasti membantu anda merancang pendapatan dengan baik.

Berikut 6 tip yang boleh dijadikan panduan dalam mengurus kewangan anda secara berhemah:

1. Setiap kali terima gaji bulanan, pastikan anda mengasingkan sejumlah wang sekurang-kurangnya 10% untuk dijadikan simpanan.

2. Utamakan keperluan berbanding kehendak diri. Jelaskan segala komitmen bulanan seperti kereta, rumah dan bil-bil bulanan terlebih dahulu. Kemudian baharu memasang niat untuk berbelanja ke arah memenuhi kehendak diri.

3. Belanja mengikut kemampuan, elakkan berhutang untuk barang yang bukan menjadi keperluan. Kecuali untuk membeli barang yang tidak mampu dibeli secara tunai seperti kereta dan rumah.

4. Bebas daripada hutang jahat seperti kad kredit, pinjaman peribadi dan seangkatan dengannya. Impak terikat dengan hutang sebegini hanya akan mengakibatkan anda menanggung beban hutang yang mempunyai kadar faedah yang tinggi.

5. Wujudkan akaun simpanan yang tidak menggunakan kad ATM supaya mengelakkan anda mengeluarkan wang sesuka hati. Sebagai contoh simpanan ASB di mana pengeluaran wang hanya boleh dilakukan di kaunter bank.

6. Pastikan anda mempunyai pelan insurans yang mampu melindungi diri anda dan keluarga secara komprehensif. Kita tidak dapat menjangka apa yang akan berlaku pada masa depan. Jadi sebaiknya, mencegah lebih baik daripada mengubati.

Kesimpulannya, anda harus tahu bagaimana untuk menguruskan kewangan anda supaya anda mempunyai kewangan yang stabil untuk kehidupan seharian anda dan juga semasa kecemasan.

Artikel ini dikreditkan kepada easicircle.com

Baca juga:

close

Leave a Reply

Subscribe To Our Newsletter

Get updates and learn from the best, Free Powerpoint Template worth $300.. Get Here!

More To Explore

Kos Ads Mahal
Artikel

Kos Ads Mahal?

Ada je ni cost per purchase RM300… Mana ada orang run ads kalis kos rendah.. in reality, kita kena test test dan test….Tapi lesson sy dapat kat sini:..Penulisan ayat iklan

Artikel

6 Langkah Optimize Sale Conversion di Website

Semua orang impikan sale conversion yang automate. Kalau boleh automate beli direct melalui website. Tau-tau sales dah masuk, bunyi kcing kcing kat apps woocommerce menandakan order bertalu-talu masuk. Nak tahu

Artikel

3 Tips Kembangkan Perniagaan

Berikut adalah 3 perkara penting yang anda perlu dapatkan, amalkan terhadap diri sendiri jika mahu kembangkan perniagaan menjadi lebih maju. 1. Kembalikan aura hebat anda  Berusaha untuk kembali bertenaga. Juga

Sponsored

Case study Setup Messenger Ads dengan Chatbot Mudah

chatbot
Share on facebook
Share on google
Share on twitter
Share on linkedin
Share on facebook
Share on google
Share on twitter
Share on linkedin
Scroll to Top