6 Cara Meningkatkan Brand Awareness

Share This Post

Share on facebook
Share on linkedin
Share on twitter
Share on email

Tahukah anda apa itu “Brand Awareness”? Adakah orang ramai tahu tentang jenama anda? Sebagai peniaga, anda perlu buat orang ramai tahu tentang jenama anda.

Brand Awareness merupakan kemampuan pelanggan mahupun bakal pelanggan untuk mengenali dan mengalami pengalaman tersendiri ketika mendapatkan perkhidmatan dan produk bagi sesebuah perniagaan. Untuk dapatkan perhatian pelanggan, penggunaan logo yang mampu naikkan ‘rating’ jenama produk berkenaan secara mendadak bagi tempoh yang lama.

Terdapat 3 peringkat di dalam proses meningkatkan kesedaran jenama produk anda.

  • Brand Recognition (Pengenalan Jenama)
  • Brand Recall (Mengingatkan kembali)
  • Top of Mind (Puncak)

Untuk berada di tahap Top of Mind, peniaga perlu tahu strategi pemasaran yang kukuh untuk menyedarkan pelanggan tentang potensi produk anda. Berikut antara tips mudah yang boleh dijadikan panduan di dalam membina ‘brand awareness’ produk anda.

1. Nama Produk Yang Senang Diingat

Pastikan nama produk yang digunakan cukup mudah untuk diingati oleh pelanggan. Gunakan nama yang ringkas dan unik dari aspek sebutannya.

2.  Idea Yang Unik

Hasilkan konsep dan idea unik yang boleh menunjukkan perbezaan jenama anda dengan pesaing. Contoh: gunakan iklan yang menarik, yang viral dan mudah diingati.

3. Slogan Yang Efektif

Menggunakan slogan yang efektif bagi membantu pelanggan untuk mengingati jenama anda. Slogan ini boleh digunakan di dalam kempen pengiklanan media, penerbitan akhbar mahupun melalui penggunaan papan Billboard.

4. Logo Yang Berkaitan Dengan Jenama Produk

Pilihlah logo atau simbol yang berkaitan dengan jenama produk.

5. Promosi

Anda boleh juga membuat acara dan majlis promosi produk untuk dekatkan pelanggan dengan perniagaan anda.

6. Manfaatkan Media Sosial

Gunakan kelebihan media sosial bagi memudahkan anda melancarkan jenama produk anda dan kepentingannya terhadap pengguna. Gunakan sedikit teknik yang kreatif untuk jadikan orang ramai ingat. Contohnya Mood Republik menawarkan hadiah cabutan bertuah iaitu sebuah kereta mewah untuk pengunjung karnival jualannya.

Artikel ini dikreditkan kepada gramixxdesign.com

close

Leave a Reply

Subscribe To Our Newsletter

Get updates and learn from the best, Free Powerpoint Template worth $300.. Get Here!

More To Explore

10 Laman Web Fesyen Dalam Talian Yang Boleh Anda Beli Di Malaysia
Tips Menarik

10 Laman Web Fesyen Dalam Talian di Malaysia

Hari ini kami menyenaraikan 10 laman web fesyen yang mungkin berguna untuk pencarian almari pakaian anda. Teruskan membaca untuk melihat apa yang kami ada dalam senarai! Butik Fesyen Dalam Talian

8 Tips Penting Buat Bisnes Online Dropship
Teknik Pemasaran

8 Tips Untuk Bisnes Online Dropship

Zaman sekarang boleh katakan semua orang nak buat bisnes online. Senang cakap, kalau kita ambil batu dan baling, mesti akan jatuh atas kepala orang yang buat bisnes online. Ha, macam tu lah

7 Peluang Perniagaan Dalam Talian Di Malaysia
Bisnes

7 Peluang Perniagaan dalam talian di Malaysia

Peluang perniagaan dalam talian di Malaysia merangkumi memulakan kedai e-Commerce, Pasaran Dalam Talian, Perkhidmatan Reka Bentuk Grafik, Pemasaran Afiliasi, menjual produk melalui Facebook Live video, Program Rujukan MLM Dalam Talian,

Sponsored

Case study Setup Messenger Ads dengan Chatbot Mudah

chatbot
Share on facebook
Share on google
Share on twitter
Share on linkedin
Share on facebook
Share on google
Share on twitter
Share on linkedin
Scroll to Top