Table of Contents
1. Buat kerja secara Part Time
- Bagi memulakan perniagaan anda perlulah bekerja di bawah orang terlebih dahulu untuk merasakan sendiri bagaimana tekanannya untuk kerja dibawah orang lain.
- Kumpulkan gaji yang diperolehi bagi menjayakan perniagaan anda sedikit demi sedikit. Jangan terlalu gopoh dalam memulakan perniagaan anda.
- Kaedah ini juga dapat mengelakkan anda daripada berhutang daripada mana-mana individu dan institusi yang menawarkan hutang. Kalau boleh jangan mulakan perniagaan anda dengan berhutang kerana ianya berisiko tinggi.
2. Rumah sebagai operasi perniagaan
- Rumah anda adalah tempat palng sesuai bagi mana-mana individu yang ingin memulakan perniagaan sendiri. Ini kerana produk yang diperolehi akan lebih mudah diambil dan diperiksa berbanding kita menyewa mana-mana premis.
- Namun begitu, jika bisnes anda sudah berkembang maju cari lah mana-mana premis untuk disewa untuk meletakkan produk-produk kita. Selain itu, anda boleh mencari pekerja baru untuk menguruskan hal-hal produk dan lain-lain.
3. Perniagaan berasaskan kemahiran anda
- Ilmu perniagaan amat penting bagi sesiapa yang hendak memulakan perniagaan. Anda perlu mengenalpasti kemahiran yang anda ada yang boleh menjadikan manfaat dalam perniagaan anda. Selain itu, anda juga memboleh membantu mana-mana individu yang baru bermula untuk memulakan perniagaan.
- Sebagai contoh, anda mempunyai kemahiran dalam bertutur pelbagai bahasa seperti bahasa India. Anda boleh membaut video berkaitan pertuturan dalama seharian dan memuatnaik ke dalam youtube. Daripada situ anda juga membuka kelas secara online secara tidak langsung.
4. Menjual barangan terpakai
- Anda boleh memulakan perniagaan anda secara kecil-kecilan dengan menjual barangan yang dah terpakai ataupun dibuang. Barangan ini tidak kira apa jua jenis barangay sebagai contoh baju, seluar, buku dan lain-lain barangan yang boleh dijual semula.
- Ini juga merupakan cara paling mudah bagi anda yang baru sahaja menjinakkan diri ke dalam bidang perniagaan.
5. Menjadi dropship atau agent
- Kaedah ini juga sama seperti kaedah yang pertama. Cumanya ianya agak berlainan sedikit daripada cara kerja. Jikalau kita menjadi agent kita tidaklah perlu memikir untuk menyimpan produk atau pun menghantar kerana ianya akan diuruskan oleh pihak syarikat itu sendiri.
- Anda juga tidak perlu mengeluarkan modal (ini bergantung kepada syarikat). Keuntungan bagi setiap produk yang kita perolehi juga agak besar dan boleh mencecah ribuan ringgit jika rajin dan selalu mencuba.
6. Daftar perniagaan dengan SSM
- Tujuan anda mendaftarkan anda punya eprniagan di SSM adalah untuk bagi tujuan melindungi perniagaan anda. Ini kerana ramai orang juga yang berniaga tetapi tidak berdaftar dengan SSM kerana urusan yang banyak. Pemikiran sebegini amatlah terpesong daripada jalan sebenar.
- Pihak SSM juga sekarang amat memudahkan para peniaga yang baru memulakan perniagaan. Dengan cara boleh mendaftar secara online sahaja, tidak perlu ke bangunan SSM untuk mendaftar disana. Ianya menjadi satu kewajipan bagi peniaga-peniaga di seluruh Malaysia untuk berdaftar dengan SSM.