5 Tips Untuk Naikkan Ranking SEO Website Anda

Pasti di antara anda yang biasa dengan Search Engine Optimization ataupun lebih dikenali dengan pangilan SEO kan? Tapi tahukah anda SEO macam mana untuk menaikkan ranking SEO bagi sesuatu website? Jom kami share 5 tips untuk menaikkan ranking SEO website anda:

1. Hasilkan Konten Yang Relevan Untuk SEO Website Anda

Artikel yang anda buat sangat penting untuk menentukan ranking SEO website anda. Jadi anda perlu menghasilkan artikel-artikel yang relevan dengan niche website anda. Hasilkan artikel yang spesifik bertujuan untuk menaikkan site traffic dan untuk menaikkan jumlah site visitor ke website anda.

Kenalpasti Focus Keyword yang anda nak gunakan untuk setiap artikel. Ini sangat penting kerana user atau visitor akan mencari apa yang mereka nak cari berdasarkan Fokus Keyword. Sekiranya Focus Keyword artikel anda bertepatan dengan apa yang mereka cari, maka semakin besar peluang untuk menaikkan ranking SEO anda. Jadi anda perlu berfikir Focus Keyword apa yang akan menarik user atau visitor untuk masuk ke website anda.

Gunakan bolditalics, tag heading (terutamanya H1)  dan tag-tag lain untuk highlightkan frasa ini. Akan tetapi jangan gunakan terlalu banyak. Jangan abaikan bahasa dan writing style anda supaya user dapat maklumat yang mereka cari.

2. Selalu Update Konten Anda

Tulis konten yang menarik. Pastikan update content anda secara konsisten untuk mendapatkan index yang baik di search engine. Ini kerana cara ini yang akan menentukan site relevency anda.

3. Internal Dan External Link

Ketika anda menghasilkan sesuatu konten, sebaiknya masukkan sekali internal dan external link dalam konten anda. Internal link adalah link yang akan membawa visitor ke konten-konten lain yang ada di dalam website anda. Manakala External link adalah link yang akan membawa mereka ke website lain. Contoh external link adalah link artikel yang digunakan sebagai rujukan untuk bahan dalam konten yang anda sedang buat.

4. Metadata

Ketika membina website anda, setiap muka surat perlu mengandungi ruang atau space di antara tag <head> untuk memasukkan metadata atau sebarang maklumat tentang kandungan muka surat anda. Untuk pengguna website CMS, fungsi tersebut telah tersedia ada untuk setiap muka surat website. Anda juga boleh mengunakan plugin insert header and footer untuk memasukkan metadata.

5. Mengunakan Alt Tag

Sentiasa menggunakan tag alt, ataupun alternative text descriptions untuk describe visual dan video. Perkara ini penting kerana search engine boleh digunakan untuk menempatkan muka surat website anda di mana ia adalah sangat penting terutamanya untuk mereka yang menggunakan text-only browser ataupun screen readers.

Baca Juga:

Terbaru!!

Panduan Ecomm Masterclass

Case Study Jualan RM1.9 Juta kurang dari setahun dengan Strategi Ecommerce Ads

Isi borang dibawah ini.. Lepas Register ni, Dapat BONUS Free bernilai RM249

Pertanyaan & Pendapat sila komen dibawah

Scroll to Top