5 Teknik Asas Photo Editing

5 TEKNIK ASAS PHOTO EDITING

Share This Post

Share on facebook
Share on linkedin
Share on twitter
Share on email

Tentu ramai yang tak berpuas hati dengan hasil editing mereka. Ini kerana mereka masih belum menguasai teknik asas photo editing. Teknik ni amat penting kerana mampu menjadikan sesuatu gambar lebih cantik dan menarik.

Sekarang sudah banyak aplikasi untuk photo editing seperti photoshop, gimp, canva dan lain-lain. Namun, anda juga perlu menguasai teknik-teknik asas photo editing. Jika anda mengunakan Photoshop khususnya, inilah lima teknik asas photo editing yang harus anda kuasai.

1. Cropping dan Rule of Thirds

5 TEKNIK ASAS PHOTO EDITING5 TEKNIK ASAS PHOTO EDITING

Untuk mendapatkan komposisi gambar yang sesuai, pasti akan ada beberapa gambar yang nampak lebih cantik lagi setelah dilakukan cropping.

Teknik ini merupakan teknik asas yang paling efektif untuk menarik perhatian orang yang melihat ke fokus yang ingin anda tonjolkan. Biasanya cropping dilakukan untuk menghilangkan objek yang tak sengaja masuk ke dalam frame.

Ketika melakukan cropping anda perlu memerhatikan aturan sepertiga (rule of thirds) dalam komposisi frame. Ia adalah dengan menempatkan objek pada titik persimpangan dari garis pandu frame.

2. Rotation

5 TEKNIK ASAS PHOTO EDITING

Rotation gambar adalah teknik asas sekaligus perkara yang penting ketika mengedit gambar. Situasi yang mengharuskan anda melakukan rotation adalah saat ada objek-objek seperti lukisan atau meja yang terlihat senget masuk ke dalam frame anda. Mengganggu kan?

Teknik rotation ini dapat memperbaiki perspektif gambar sekaligus menghilangkan ‘benda’ yang tak sengaja tertangkap.

Tips agar lebih mudah melakukan rotation adalah dengan menggunakan grid sebagai panduan yang lebih tepat. Jangan lupa untuk melakukan cropping setelahnya untuk melakukan framing.

Rotation juga dilakukan bukan hanya untuk membetulkan posisi. Adakalanya teknik ini digunakan sebagai alat kreativiti yang membuat hasil gambar menjadi luar biasa.

3. Mengunakan layers penyesuaian dan masks

5 TEKNIK ASAS PHOTO EDITING

Sekiranya anda ingin mengedit tahap kontras, kecerahan, warna, saturasi dan yang lainnya, ada baiknya anda menggunakan layer penyesuaian. Hal ini perlu dilakukan agar data pada gambar aslinya tidak rosak dan jika anda tidak menyukai hasilnya anda hanya perlu buang sahaja layer-nya saja tanpa kehilangan data gambar yang asli.

Setiap layer ini juga memiliki mask (ditandakan dengan gambar kotak putih disamping nama layer). Mask ini berfungsi untuk mengawal tahap visibility dari layer penyesuaiannya.

Secara mudahnya, dengan menerapkan teknik ini anda bebas melakukan pengubahsuaian terhadap hasil gambar tanpa harus merosakkan data gambar yang asli.

4. Menambah baik warna dan saturation

5 TEKNIK ASAS PHOTO EDITING

Kebanyakkan kamera digital pada masa ini sudah sangat canggih, tapi kerana pengaruh dari cahaya atau cara simpanan data, kadang-kadang warna gambar akan terlihat agak kusam. Contohnya warna kulit atau warna-warna pakaian yang sedikit berubah gara-gara keadaan cahaya ketika gambar diambil.

Ketika ini sudah banyak aplikasi edit gambar yang memiliki filter Auto Color Correction yang hasilnya bagus, tapi tak seperti yang diinginkan.

Cara lainnya adalah dengan menggunakan penyesuaian Level (RGB channels), Hue/saturation, dan menggunakan filter foto.

Pembetulan warna juga boleh dilakukan untuk menciptakan hasil yang monochrome. Lihat tips photografi monochrome lebih jauh dalam artikel ini.

5. Sharpening

5 TEKNIK ASAS PHOTO EDITING

Sharpening (penajaman) selalu menjadi tahap terakhir dalam proses editing foto. Efeknya sesuai dengan namanya, iaitu melakukan penajaman terhadap gambar dan detail-detail yang kecil.

Teknik ini akan membuat contrast gambar secara keseluruhan meningkat dan membuat gambar terlihat berbeza. Hasilnya akan sangat jelas jika foto tersebut memiliki kawasan yang lebih halus.

Inilah lima teknik asas yang perlu anda ketahui dan kuasai sekiranya ingin mengedit sebuah hasil gambar. Semoga anda dapat menguasai teknik ini ye.

Lihat juga artikel lain:

https://lernify.com/apps-online-edit-gambar-cepat-dan-mudah/

https://lernify.com/7-perbezaan-antara-photoshop-dan-illustrator/

close

Leave a Reply

Subscribe To Our Newsletter

Get updates and learn from the best, Free Powerpoint Template worth $300.. Get Here!

More To Explore

download stock photo
Tips Menarik

Download Stock Photo Percuma Untuk Blog Anda

Sebagai pemasar digital, gambar adalah satu elemen terpenting. Gambar banyak digunakan dalam pelbagai tujuan seperti cover blog, post di media sosial, bisnes branding, dan banyak lagi. Tapi satu perkara yang

6 Sebab Mengapa Menjadi Usahawan
Bisnes

6 Sebab Mengapa Menjadi Usahawan

Terdapat banyak sebab mengapa individu memilih untuk menjadi usahawan berbanding dengan cara yang lebih tradisional untuk menjadi pekerja. Hanya anda yang dapat menentukan kehidupan yang sesuai untuk anda, tetapi dengan

Sponsored

Case study Setup Messenger Ads dengan Chatbot Mudah

chatbot
Share on facebook
Share on google
Share on twitter
Share on linkedin
Share on facebook
Share on google
Share on twitter
Share on linkedin
Scroll to Top