5 Kelebihan Syarikat Sdn. Bhd Berbanding Enterprise

Share This Post

Share on facebook
Share on linkedin
Share on twitter
Share on email

Sekarang, ramai golongan muda yang mengambil keputusan untuk membuka perniagaan sendiri kerana tidak mahu bekerja dibawah telunjuk orang. Namun sebelum mendaftarkan pemilikan perniagaan tersebut, pasti ada satu persoalan yang akan bermain diminda, iaitu adakah perniagaan tersebut lebih sesuai didaftarkan sebagai Enterprise ataupun Sdn. Bhd? Untuk makluman, sebenarnya syarikat Sdn. Bhd lebih mendatangkan untung berbanding syarikat enterprise. Berikut merupakan kelebihan syarikat Sdn. Bhd.

1. Liabiliti Sdn. Bhd

Dari segi liabiliti, syarikat Sdn. Bhd merupakan liabiliti terhad. Ini bermaksud sekiranya berlaku sebarang kerugian didalam perniagaan, yang akan terjejas hanyalah terhad kepada harta didalam syarikat itu sahaja. Harta pemilik serta pemegang saham tidak akan terlibat. Berbeza dengan pemilikan enterprise, harta pemilik berisiko untuk turut sama terjejas jika berlaku kerugian dalam perniagaan.

2. Jangka Hayat

Jangka hayat sesebuah perniagaan juga akan lebih terjamin dalam syarikat Sdn.Bhd. Sekiranya salah seorang dari ahli pemegang saham syarikat anda itu meninggal dunia, perniagaan anda itu tak akan dibubarkan. Sebaliknya saham tersebut akan dipindahkan mengikut wasiat pemegang saham tersebut. Untuk mereka yang memilih untuk mendaftarkan syarikat mereka dengan pemilikan jenis enterprise ini pula, jangka hayat perniagaan lebih pendek. Sekiranya anda mempunyai seorang lagi rakan kongsi sekalipun, perniagaan anda terpaksa juga dibubarkan sekiranya salah seorang meninggal dunia.

3. Cukai

Dari segi bayaran cukai pula, cukai untuk syarikat Sdn. Bhd lebih murah. Sebagai contoh keuntungan sebanyak 500k akan dikenakan cukai sebanyak 20%. Untuk syarikat enterprise pula,keuntungan 500k cukai yang dikenakan sebanyak 26%. Perbezaan yang sangat besar bukan? Yang lebih menarik lagi, syarikat Sdn. Bhd turut mendapat pelbagai jenis pelepasan cukai. Sebaliknya pemilik syarikat enterprise tidak akan mendapat pelepasan yang sama. Ini kerana cukai syarikat enterprise telah dikira sekali sebagai cukai pendapatan yang wajib dibayar pemilik perniagaan.

4. Modal

Bagi syarikat Sdn. Bhd. peluang untuk mendapatkan modal lebih besar kerana sistem syarikat jenis ini yang lebih teratur dari segi pengurusan lembaga pengarah, mesyuarat agung tahunan, laporan audit dan juga laporan tahunan. Situsi ini berbeza untuk syarikat enterprise. Syarikat enterprise agak sukar untuk mendapatkan pinjaman modal dari pihak bank kerana lazimnya pemilikan jenis ini tidak mempunyai penyata kewangan yang beraudit. Jadi pihak bank kurang yakin untuk memberi pinjaman walaupun perniagaan tersebut berdaya maju.

5. Mudah Dikembangkan

Jika anda mendaftarkan perniagaan anda sebagai pemilikan jenis Sdn. Bhd, secara automatik ia akan menjadi syarikat bertaraf SME (Small Medium Enterprise). Ini dapat membuka lebih banyak peluang kepada perniagaan tersebut. Syarikat Sdn. Bhd juga mudah dikembangkan dengan cara penggabungan, ambil alih atau usahasama. Modal, idea dan kemahiran pengurusan yang terhad menyebabkan perniagaan agak sukar dikembangkan.

Kesimpulannya, pemilikan jenis Sdn.Bhd ini lebih banyak mendatangkan keuntungan bukan sahaja kepada pemilik tetapi juga kepada perniagaan anda. Namun begitu, semua keputusan masih terletak ditangan anda. Sedikit nasihat kepada anda yang mengambil keputusan untuk menubuhkan syarikat Sdn.Bhd, baca setiap helaian dokumen sebelum menandatanganinya. Baca dan fahami walaupun banyak. Ini bagi menjaga kepentingan individu anda dan syarikat dimasa hadapan.

Kredit kepada saudagar2u.

Lihat juga artikel-artikel yang berkaitan:

16 faktor usahawan gagal dalam bisnes

tips memilih rakan niaga

close

Leave a Reply

Subscribe To Our Newsletter

Get updates and learn from the best, Free Powerpoint Template worth $300.. Get Here!

More To Explore

5 TEKNIK ASAS PHOTO EDITING
photo editing

5 Teknik Asas Photo Editing

Tentu ramai yang tak berpuas hati dengan hasil editing mereka. Ini kerana mereka masih belum menguasai teknik asas photo editing. Teknik ni amat penting kerana mampu menjadikan sesuatu gambar lebih

Kebaikan Dan Keburukan Link Building
website

Kebaikan dan Keburukan Link Building

Kualiti lebih penting daripada sebelumnya, kerana Google telah mula menghukum laman web yang membina pautan berkualiti rendah atau spam. Pada masa lalu, SEO dapat berbatasan dengan pihak yang berisiko ketika

Sponsored

Case study Setup Messenger Ads dengan Chatbot Mudah

chatbot
Share on facebook
Share on google
Share on twitter
Share on linkedin
Share on facebook
Share on google
Share on twitter
Share on linkedin
Scroll to Top